Saturday, 8 August 2015

Air sunnah {air nabeez}


Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins). Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam wadah yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya.

Air nabeez ini merupakan kegemaran Rosulloh SAW. Nabi merendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satunya) di dalam air matang dalam wadah bertutup selama 12 jam. Airnya diminum & buah kurma yang sudah lembut ditelan sekali telan.

Ada beberapa hadis yang menyebutkan tentang cara membuat air nabeez ini, salah satunya riwayat dari Imam Muslim sebagai berikut :

Aisyah pernah ditanya tentang nabeez, kemudian ia memanggil seorang budak wanita asal Habasyah. “Bertanyalah kepada wanita ini!” Kata Aisyah. “Karena ia dahulu pernah membuat nabeez untuk Rasulullah SAW,” tambahnya.

Lalu wanita asal Habasyah itu berkata, “Aku pernah membuat nabeez untuk beliau dalam sebuah kantung kulit pada malam hari. Kemudian aku mengikatnya dan menggantungnya. Lalu di pagi harinya beliau SAW meminumnya.”

Dari Aisyah dia berkata, “Kami biasa membuat perasan untuk Rasulullah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di sore hari, atau membuat rendaman di sore hari lalu meminumnya di pagi hari.” (H.R. Muslim)

Berbicara mengenai infused water. Orang barat baru sekarang faham dan baru mempopulerkan khasiat infuse water ini. Tetapi Nabi Muhammad SAW. telah lama melakukan hal ini.

Dari segi kesehatan tubuh, buah kurma telah terbukti sebagai :
1. Pemberi & pemulih tenaga (inilah sebab mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa).

2. Tinggi kandungan fiber ~ menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit).

3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.

4. Kaya akan pottassium ~ penting dalam menjaga jantung & menstabilkan tekanan darah.
hanya guna kurma kuning

kurma yang cantik

Cara membuat air nabeez :
Rendamlah beberapa butir kurma (sebagusnya dalam bilangan ganjil) ke dalam air masak didalam segelas air. Alangkah baiknya dibuat pada waktu petang menjelang malam, dan pastikan gelas rendaman kurma tersebut tertutup rapat. Keesokkan paginya (+ 8-12 jam setelah perendaman), air rendaman baru boleh diminum & buah kurma hasil rendaman yang telah lembut ikut dimakan. 

Kurma yang baik digunakan untuk membuat air nabeez adalah kurma ajwa. Tapi kalo tidak ada kurma ajwa bisa menggunakan buah kurma yang lainnya.

Kalau ingin membuat air nabeez dengan menggunakan buah kismis pun bisa. Caranya ambil segenggam kismis, kemudian direndam dalam segelas air. Dan dibiarkan semalaman seperti membuat air rendaman kurma.

Kalau ingin meminum air nabeez di waktu pagi hari, siapkan rendaman kurma / kismis pada sore menjelang malam. Dan kalo ingin meminum air nabeez di waktu malam, buatlah rendaman kurma / kismis di waktu pagi hari (+ 8 sampe 12 jam perendaman).

Larangan dalam membuat air nabeez :
Hanya menggunakan salah satu daripada kedua buah tadi (Kurma / Kismis) pada satu waktu. Tidak boleh mencampurkan antara kurma dan kismis dalam membuat air nabeez. Maksudya tidak boleh mencampurkan kedua buah tersebut dalam satu wadah.

Air nabeez bila tersimpan di dalam peti sejuk bisa bertahan 1 hingga 2 hari.Tetapi dilarang meminum air rendaman kurma / kismis yang sudah memasuki lebih dari 3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma / kismis yang dibiarkan melebihi 3 hari terjadi proses fermentasi, yang menjadikan, air rendaman kismis / kurma tersebut menjadi arak, dan hukumnya haram untuk diminum.
Oleh karena itu, lebih baik membuat air nabeez fresh daily.

Dalam meminum atau menikmati Air nabeez ini dapat ditambah dengan susu / yogurt. Semoga bermanfaat. Silakan bagikan tips sehat ala nabi ini agar dibaca oleh saudara, tetangga dan teman-teman.
jom sihat !!

Friday, 7 August 2015

MP Parit Buntar (Mujahid Yusof Rawa) sertai Gerakan Harapan Baru dan sabotaj PAS??

 Maafkan Tok sebab terlepas pandang akan berita ni.Maklum laa Tok busy sket akhir2 ni..
  Terkejut Tok bila baca tajuk kt Sinar yang Pas Perak minta Mujahid yg juga Ahli Parlimen Parit Buntar meletak jawatan.

   IPOH - Pas Perak meminta Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa melepaskan jawatan sekiranya mahu menyertai parti politik baharu.
 
Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, perkara itu sewajarnya dilakukan memandangkan Mujahid memenangi kerusi berkenaan atas tiket Pas.
 
“Pada hakikatnya, Mujahid perlu melepaskan jawatan beliau sekiranya mahu menyertai parti selain Pas.
 
“Cumanya, yang nak ditekankan dan perlu beliau fahami adalah, setiap Ahli Parlimen Pas mempunyai ‘perjanjian khas’ dengan parti,” katanya ketika dihubungi 
 
                                             
                                                                                adakah kerana gambar ini??

Habis ini mcmana pulak?bai'ah??

Nampaknya selepas menyertai Gerakan Harapan Baru,teruk mantan2 PAS ni menghentam bekas parti yang memberi mereka tempat dan jawatan.
                              
                                         

    ini salah sorang yang kuat menghentam PAS


Adakah ini benar? Gerakan Harapan Baru atau Pakatan Rakyat Baru yang bakal menjadi parti politik pada 14 September menjadikan Pas sebagai sasaran untuk dilumpuhkan. Pemimpin G18 yang terdiri daripada pemimpin IKRAM dan lain-lain yang kalah dalam pemilihan di Muktamar Pas lalu menyimpan dendam yang cukup tinggi dengan kepimpinan Pas apalagi UMNO dan Barisan Nasional.

Agak pelik sebuah gerakan Islam yang lama dikenal dengan JIM dan bertukar menjadi IKRAM tidak ada sifat menyantuni sebagai dai’ dan murabi sebaliknya memilih pendekatan konflik untuk melanjutkan perjuangan Islamnya.

Lebih pelik lagi GHB atau PRB ini memilih untuk bersama dengan DAP yang cauvinis dan anti-Islam. Konsep sama rata DAP sangat hipokrit seolah-olah orang Melayu-Islam tidak pernah tahu sejarah PAP Singapura meminggirkan orang Melayu-Islam dan strategi Lim Guan Eng meminggirkan orang Melayu di Pulau Pinang.seterusnya boleh baca di sini

Adakah ini suatu tamparan hebat kepada ahli2 PAS Parit Buntar dan pengundi2 Mujahid??

Nantikan pendedahan Tok seterusnya...bersambung.....



Thursday, 7 May 2015

TABUNG HAJI GUNA DUIT PENYIMPAN UNTUK TOLONG 1MDB???


Sejak malam semalam tersebar di media sosial mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang hartanah di kawasan Segitiga Emas KL dari 1MDB untuk menyelamatkan 1MDB. Satu bidang hartanah untuk Residential Tower yang bernilai RM 188.5 juta dan satu bidang untuk Signature Tower yang bernilai RM 577 juta.
Itu adalah satu laporan yang tidak benar yang cuba membakar sentimen pendeposit-pendeposit TH.
Dakwaaan tersebut tidak benar 100 %.
Tanah tersebut tidak dibeli oleh Tabung Haji (TH). Ianya dibeli oleh Tabung Haji Properties (THP). Sebuah anak syarikat TH yang beroperasi dalam bidang hartanah. Di sini orang ramai perlu faham perbezaan antara TH dengan THP. Bidang THP adalah beli tanah, jual tanah, bina bangunan, beli bangunan dan jual bangunan. Pernahkah anda dengar pendeposit-pendeposit pergi menyimpan duit di THP ? Pernahkah anda dengar THP yang menguruskan jemaah-jemaah haji ke Tanah Suci ?
THP tidak membeli kedua-dua bidang tanah seperti yang didakwa. THP hanya membeli SEBIDANG SAHAJA untuk pembangunan Residential Tower dengan harga RM 188.5 juta. Pembelian itu dibuat setelah THP membuat kajian dengan teliti merangkumi pelbagai aspek. Selain daripada untung rugi sebarang aspek bisnes melibatkan THP antara yang utama diambil kira adalah urusniaga yang dijalankan adalah mestilah mengikut syarak.
Kenapa THP membeli tanah 1MDB ?
Perniagaan melibatkan hartanah adalah perniagaan teras THP. Apabila ada peluang yang baik untuk mendapat untung maka sudah tentulah peluang harus diambil.
Tanah yang ditawarkan berada di kawasan Segitiga Emas yang mana ianya tanah yang bernilai tinggi dan peluang mendapat untung yang lumayan. Pelabur-pelabur lain daripada dalam dan luar negara berebut-rebut membeli tanah di kawasan berkenaan dengan harga yang lebih tinggi kerana potensi pulangan yang lumayan. Salahkah jika sebuah agensi umat islam membeli tanah dikawasan yang menjadi rebutan pelabur ?
Tambahan pula THP ditawarkan dengan harga yang lebih rendah. THP telah melantik sebuah penilai bebas untuk menilai pasaran di kawasan berkenaan. Kajian yang dijalankan mendapati apabila siap kelak nilai bangunan itu RM 828 juta. Manakala modal yang THP keluarkan untuk pembelian tanah (RM 188.5j) dan modal pembinaan bangunan (RM 456j), dimana kos keseluruhannya RM 644.5j. THP akan mendapat untung RM 183.5j dalam masa 3 tahun.
Dimana dengan wang keuntungan RM 183.5j , ianya boleh menanggung seramai 25’171 orang subsidi jemaah haji.
Disini umat islam perlu faham, setiap tahun kos menunaikan haji semakin meningkat. Di Malaysia jemaah kali pertama hanya perlu membayar RM 9980.00 untuk menunaikan haji. Sedangkan kos sebenar untuk menunaikan haji sekarang adalah RM 17’270.00 seorang. TH perlu menanggung subsidi sebanyak RM 7290 seorang jemaah. Bayangkan sebanyak 40 ribu jemaah yang perlu ditanggung. Kosnya mencecah 300 juta setahun. Itu belum diambil kira lagi kos petugas, pembimbing haji, kesihatan dan sebagainya. Subsidi hanya untuk menanggung penginapan dan pengangkutan sahaja.
Atas dasar itulah anak-anak syarikat TH termasuklah THP perlu agresif mencari peluang-peluang perniagaan yang menguntungkan. Kerana setiap tahun setiap anak syarikat akan membayar dividen kepada syarikat induk iaitu TH. Wang itu yang digunakan untuk menanggung subsidi haji serta membayar dividen yang mencecah 8 % setahun kepada penyimpan.
Jika tidak ada perniagaan bagaimana mahu membuat untung. Jika tidak membuat untung bagaimana mahu menolong umat-umat islam di Malaysia menunaikan haji ? Bagaimana mahu membayar dividen kepada penyimpan ?
Jika THP menolak tawaran yang ditawarkan 1MDB mereka telah terlepas satu peluang perniagaan yang menguntungkan. Perlu diingat bukan senang untuk anak-anak syarikat TH mencari perniagaan. Kerana mereka terikat dengan syarak. Setiap sen yang dilaburkan mereka perlu tahu halal haram kerana wang itu akan digunakan untuk jemaah haji.
Ada dakwaan yang mengatakan 1MDB mendapat tanah tersebut dengan harga yang lebih murah dan dijual kepada THP dengan harga yang lebih mahal. Untuk pengetahuan, dalam perniagaan hartanah atau perniagaan apa-apa sekalipun, kita tidak boleh mengambil kira berapa modal penjual. Kita perlu tahu berapa modal kita dan berapa kita akan dapat untung. Jika kita rasa menguntungkan kita maka kita boleh beli. Bagaimana pula dengan anak orang kampung yang mendapat tanah percuma daripada bapa mereka kemudian hendak dijual dengan harga yang mahal ? Bolehkah kita pertikaikan ? Dalam hal ini THP telah melantik penilai untuk menilai tanah tersebut sebelum membelinya. Tanah yang dijual 1MDB telah ditukar status dan siap dengan infrasuktur. THP hanya beli dan boleh terus bina bangunan.
Kesimpulannya dalam kes ini tidak ada apa-apa isu . THP tidak menyelamatkan mana-mana syarikat (bailout). THP hanya membeli aset dimana untuk mereka mendapat untung dan akhirnya untung itu akan dinikmati oleh bakal jemaah-jemaah haji serta pendeposit.
Isu ini sengaja dipolitikkan untuk tujuan politik. Semoga Allah membuka pintu hati mereka yang memfitnah dan memutar belit fakta untuk bertaubat.

Friday, 17 April 2015

GOLONGAN ULAMAk DITOLAK ERDOGAN PAS??KATANYA PARTI ISLAM??


Gambar2 di atas bukti golongan ulamak ditolak mentah2.Apa dan ke mana hala tuju PAS sekarang??Di mana kata2 hikmah dulu yang PAS adalah parti islamik?

Adakah dengan kerjasama PKR dan DAP akan menjulang nama islam seperti yang dilaung-laungkan?

Rupa-rupanya sejak lama lagi Anwar sudah memasukkan jarum perpecahan di dalam PAS..tak percaya rujuk gambar di bawah



Ternyata PAS bukan lagi releven untuk dinobatkan sebagai parti islam.PKR dan DAP terang-terang menolak hudud dan kesepakatan untuk memartabatkan islam di MALAYSIA bumi bertuah ini.


Nik Abduh dinasihatkan berbaik dengan UMNO tidak lama sebelum bapanya Arwah Nik Aziz meninggal dunia (Al-Fatihah )kepada arwah..

"Nik Mohamad Abduh, mengakui turut menerima amanat daripada bapanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mewujudkan hubungan baik dengan Umno bagi memudahkan pelaksanaan hudud."

"Nik Abduh berkata, sebelum meninggal dunia, allahyarham berpesan kepadanya bahawa kerjasama dapat dilakukan antara PAS dengan Umno dalam usaha memartabatkan agenda Islam."
“Saya akui ayah cakap sendiri di depan saya bahawa untuk melaksanakan hudud dan apa-apa agenda Islam kita boleh bersama dengan Umno demi membawa agenda Islam lebih baik.”

Sebelum ini Mohd Amar dilaporkan berkata Nik Aziz meminta beliau dan ahli PAS menjalinkan hubungan baik dengan Umno serta tidak mengkritik parti itu.

Ini kerana pihaknya perlu berurusan dengan Umno mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan. Jelas sekarang Arwah juga mempercayai hakikat yang UMNO jujur untuk melaksanakan hudud cuma banyak perkara perlu diambil kira..jadi..wahai ahli2 pas SEJATI..TEPUK DADA TANYA SELERA..
 

Tuesday, 14 April 2015

Prevention of Terrorism Act 2015 (POTA)



APA ITU POTA?
✔POTA atau Prevention of Terrorism Act (Akta Pencegahan Keganasan) bukanlah di gubal bagi menangani isu hasutan tetapi isu aktiviti pengganasan yang mana isu aktiviti ini adalah telah dimaktubkan di dalam undang2 substantif yg lain termasuklah Bab VI dan Bab VIA di dalam Kanun Keseksaan. ✔POTA juga terpakai apabila aktiviti pengganasan ini melibatkan entiti yang telah disenaraikan di dalam Seksyen 66B dan 66C Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUA) 2001. ❌ Tuduhan bahawa POTA ini akan digunakann kepada PENGHASUT PEMBENCI KERAJAAN dilaman sosial atau mereka yang mengubahsuai gambar pemimpin negara bagi mewujudkan dan menanam kebencian di kalangan rakyat adalah sama sekali TIDAK BENAR. POTA adalah bagi menangani KEGANASAN dan BUKAN HASUTAN. ❌POTA juga tidak boleh digunapakai bagi menahan seseorang hanya kerana fahaman atau aktiviti politiknya. Namun, sekiranya parti/ahli/pengikut sesebuah parti politik itu terlibat dalam aktiviti keganasan, maka POTA adalah terpakai. ✔Akta POTA mencegah sebelum kegiatan aktiviti keganasan itu dilakukan. Apakah tuan/puan mahu melihat KLCC & KLIA diletupkan oleh pengganas, baru diambil tindakan? Apakah tuan/puan mahu anak2 tuan/puan terlibat dalam aktiviti pengganasan, kemudian bila nasi sudah mnejadi bubur,tindakan baru dibuat? Ini kerana di dalam kes pengganasan, bukti2 yang diperolehi adalah berbentuk risikan dan kebanyakkan bukti2 ini sukar dibawa ke Mahkamah atas keengganan saksi untuk hadir ke Mahkamah untuk memberikan keterangan. ✔ Akta ini adalah bersifat Pencegahan yang mana kuasa eksekutif Menteri untuk menjatuhkan hukuman telah dipindahkan kepada Lembaga Pencegahan Keganasan yang dilantik oleh Yang DiPertua Agong (YDPA). Ahli2 Lembaga adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman sekurang2nya 15 tahun pengalaman di dalam bidang undang2. ✔Keputusan Lembaga ini boleh dicabar dengan Semakan Kehakiman (Judicial Review). dan ✔Peguambela dibenarkan hadir semasa keterangan diambil oleh Pegawai Inkuiri (IO) yang dilantik oleh YDPA dan IO mestilah bukan seorang anggota/pegawai PDRM. ❌👮 ✔Perintah Tahanan POTA boleh dicabar, oleh itu tuduhan bahawa Perintah Tahanan POTA tidak boleh dicabar adalah sama sekali tidak benar. ✔Perintah Tahanan ini juga haruslah di bawa ke satu lagi Lembaga Penasihat sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan. ✔Memandangkan POTA adalah undg2 pencegahan, para tahanan akan menjalani Modul Pemulihan Khas yang telah dirangka bagi meneutralisasikan fahaman ekstemisme mereka yg mana modul2 ini menekankan aspek keagamaan (mengikut agama tahanan), moral dan rohani serta isu hubungan kekeluargaan yang mana ahli keluarga tahanan juga terlibat dalam memberikan semangat kepada para tahanan agar berjaya meneruskan proses neutralisasi. ✔Harus diingat bahawa undang2 pencegahan ini adalah berbentuk pencegahan dan bukannya undang2 punitif(bersifat menghukum). ❌Maklumat berkenaan pusat tahanan di sebuah pulau seluas 1000 ekar di utara Sabah adalah tidak benar. Ini bukan seperti Penjara Alcatraz di Teluk San Francisco yang menahan penjenayah terkenal Al-Capone. Sebaliknya para Tahanan akan ditempatkan di satu Pusat Tahanan Khas. ❗Saya menyeru agar tuan/puan menyebarkan tentang perkara ini memandangkan terlalu banyak maklumat palsu mengenai undang2 ini telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Harus diingatkan bahawa penyebaran maklumat palsu yg boleh mencetuskan kegemparan awam di mana2 platform media sosial adalah satu kesalahan dan boleh di ambil tindakan undang2 dibawah undang2 sedia ada termasuklah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan. ✔ Undang2 ini digubal bagi menjamin keselamatan anak cucu generasi akan datang. Janganlah disebabkan kekurangan kita dalam memahami sesuatu perkara, natijahnya ia menjejaskan masa depan anak cucu kita. Kita bertanggungjawab dalam mencorak dan menyediakan masa depan yang lebih selamat kepada generasi akan datang

Friday, 10 April 2015

BUAL BICARA PM NAJIB BERSAMA TV3 9/4/2015



Hari ini Perdana Menteri menjawab pelbagai persoalan yang banyak diperkatakan akhir2 ini termasuk dari mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad


Sambil menegaskan bahawa keutamaan beliau ialah kepada rakyat dan negara, Najib menjawab segenap aspek persoalan dan kritikan terhadap pentadbiran beliau, meliputi isu pengurusan 1MDB, pelaksanaan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan), BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia), kes pembunuhan Altantuya, Akta Hasutan, POTA (Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan) dan prospek ekonomi negara.


Beliau mengupas segala isu itu ketika diwawancara Hamdan Ahmir dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas yang disiarkan malam ini.


Berikut adalah transkrip penuh wawancara itu:


MUKADIMAH HAMDAN: Sejak kebelakangan ini, ada beberapa pihak yang mengkritik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkaitan beberapa isu pengurusan kewangan dan pentadbiran. Malah ada pihak yang meminta supaya Perdana Menteri melepaskan jawatan kerana mereka berpendapat UMNO dan Barisan Nasional akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Yang Amat Berhormat terus memimpin. Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, saya alu-alukan kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


SOALAN: Saya ingin mulakan sesi kita dengan menyampaikan rasa simpati kami kepada Datuk Seri dan juga warga kerja Pejabat Perdana Menteri atas kehilangan sahabat Datuk Seri yang cukup rapat, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, dan juga dua pegawai kanan yang paling rapat dengan Datuk Seri, Datuk Azlin Alias dan Datuk Mohd Poad (Jelani). Bagaimana Datuk Seri menangani kesukaran dalam saat-saat yang berdukacita ini?


NAJIB: Tentu sekali kehilangan mereka bertiga merupakan tragedi bagi Pejabat Perdana Menteri, lebih-lebih lagi bagi diri saya sendiri, tentu sekali bagi keluarga mereka, sahabat handai. Dalam konteks pentadbiran negara, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis telah memberi sumbangan yang besar dalam pelbagai kapasiti di dalam dan luar negara.


Allahyarham Datuk Azlin dalam pentadbiran pejabat saya telah menjalankan tugasnya dengan efisien, dengan amanah. Begitu juga dengan Datuk Poad sebagai setiausaha sulit saya, telah jalankan tugasnya dengan baik.


Namun, walaupun saya tetap dalam kesedihan tetapi kehilangan mereka itu menguatkan iltizam saya untuk menjalankan tugas-tugas saya memimpin negara dengan sebaik mungkin untuk mencapai segala impian, segala cita-cita dan wawasan negara.


SOALAN: Kita dapati Datuk Seri, kerajaan membuat penilaian semula dari segi perkembangan ekonomi negara akibat tekanan-tekanan yang kita hadapi secara global. Dari segi ekonomi, bagaimana Datuk Seri melihat usaha-usaha yang dijalankan setakat ini dalam memantapkan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi?


NAJIB: Memang penilaian semula itu sangat kena pada masa berikutan kejatuhan harga minyak yang agak begitu drastik, merudum jatuh hingga ke paras separuh daripada masa-masa sebelum ini. Sudah tentu mana-mana negara pengeluar minyak terpaksa membuat penyesuaian/adjustment kepada kedudukan fiskal negara, supaya langkah-langkah yang lebih proaktif kita dapat menjamin bahawa fundamental ekonomi negara kita masih kukuh.


Ini yang nak saya tekankan. Meskipun harga minyak jatuh tetapi fundamental ekonomi negara kita tetap utuh dan kita masih boleh mencapai kadar pertumbuhan yang sederhana tinggi.


Kita masih boleh menarik pelaburan, kita masih boleh melaksanakan pembaharuan transformasi negara dan kita boleh terus memastikan rakyat Malaysia terbela.


SOALAN: Kita dapati banyak pihak yang menyambut baik usaha-usaha yang dibuat kerajaan dari segi memantapkan ekonomi negara. Dalam pada itu, Datuk Seri, ada pihak-pihak tertentu yang nampaknya tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Datuk Seri sendiri sebagai Perdana Menteri.


Saya ingin khususkan kepada kritikan-kritikan yang dibuat sejak akhir-akhir ini oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri sendiri. Bagaimana Datuk Seri melihat kritikan yang datang ini?


NAJIB: Saya tetap hormati Tun Dr Mahathir seperti mana saya hormati rakyat Malaysia. Saya terbuka sekiranya mana-mana pihak yang mengkritik kepimpinan saya, pentadbiran saya.


Saya harap kritikan itu dibuat dengan penuh berhemah dan cara bertanggungjawab. Saya meneliti, saya menimbang kewajaran setiap kritikan itu. Tetapi saya perlu tegaskan pada kesudahannya, saya perlu membuat keputusan sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden UMNO, dan saya bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan kepada parti. Itu saya nak tegaskan.


Apapun pendapat individu, pada kesudahannya, saya akan bertanggungjawab kepada rakyat dan kepada parti.


SOALAN: Kita ambil contoh misal kata pengenalan GST pada 1 April. Ada pihak yang beranggapan bahawa dari segi timing GST diperkenal itu kurang sesuai di kala rakyat merasakan kesan ekonomi dunia yang memberi kesan kepada Malaysia itu juga menghimpit mereka. Apa komen Datuk Seri?


NAJIB: Sebenarnya, tiada masa yang dikatakan sesuai untuk memperkenalkan GST. Kalau kita lihat pada keseluruhannya, antara faktor yang boleh dikatakan menyebelahi langkah kerajaan untuk memperkenalkan GST; harga minyak dah jatuh.


Bila harga minyak jatuh, maknanya harga petrol dan diesel lebih rendah dari masa-masa sebelumnya. Itu satu...rakyat mendapat faedah daripada penurunan harga minyak dunia. Yang kedua, kerajaan telah membuat persediaan yang begitu lama.


Soal GST ini sejak tahun 80-an lagi. Bukan perkara baharu. Jadi kita laksanakan daripada makronya sesuai masanya sebab kerajaan perlu kepada punca kewangan tambahan sebab hasil dividen daripada Petronas akan berkurangan kerana harga minyak dah jatuh.


Jadi amat sesuai kita perkenal sekarang dan kita juga telah membuat satu bentuk di mana banyak produk perkhidmatan keperluan rakyat yang di-zero rated atau dikecualikan. Lebih daripada 4,000. Tak pernah mana-mana negara yang membuat cara sedemikian dan ini bukan cukai tambahan.


Ini penggantian kepada cukai perkhidmatan dan jualan (SST) yang selain daripada itu, kita tambah BR1M, Bantuan Rakyat 1Malaysia, kita bagi pengurangan cukai peribadi antara satu hingga tiga per cent. Dan kita kurangkan juga cukai korporat, juga satu per cent. Jadi pakej, jika kita lihat keseluruhannya, adalah pakej yang tidak membebankan rakyat.


Kerana kita nak pastikan pelaksanaannya, ini pokok, pelaksanaannya dari segi penguatkuasaan. Kalau ada pihak komplen, dia bukan pengenalan GST sebenarnya, tetapi pihak peniaga yang mengambil kesempatan. Peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab, bukan semua.


Ada yang telah mengiklankan harga tak naik, ada yang kata harga akan dikurangkan. Misalnya, harga kereta dikurangkan. Ada rangkaian supermarket seperti Mydin yang kata kekalkan harga, ada yang kedai kain cakap mereka akan absorb GST dan sebagainya.


Jadi (apa yang) kita nak pihak penguatkuasaan ambil tindakan ialah peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.


SOALAN: Kita faham bahawa barangan harian yang menjadi keutamaan rakyat Malaysia dikecualikan GST. Tapi ada juga dalam kalangan rakyat yang membangkitkan soal apabila mereka pergi kedai makan, makanan orang Malaysia seperti nasi lemak atau roti canai dengan teh tarik juga dikenakan GST.


Kalau nak beli kicap tomato, sos Maggi misalnya pun dikenakan GST. Jadi mereka bertanya bagaimana GST ini tidak membebankan mereka. Keluar hari-hari makan di kedai kopi pun dikenakan GST.


NAJIB: Kalau pihak itu tidak sepatutnya kenakan GST, tolong lapor kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (Koperasi dan Kepenggunaan). Di sini letaknya kuasa pengguna. Kita mesti tahu kita ada kuasa.


Kuasa pertama kita boleh pilih mana-mana kedai yang kita nak beli barangan ataupun kedai-kedai makan, kita boleh pilih. Jadi kedai-kedai yang tak bertanggungjawab yang sengaja menaikkan harga, lepas itu menyalahkan pihak kerajaan.


Kita janganlah pergi ke kedai itu. Banyak kedai lain. Kedai alternatif lain. Yang kedua kita mesti lapor kepada kementerian dan pihak kastam. Jadi gunakan kuasa sebagai pengguna. Lambat laun, mereka yang menggeksploitasikan keadaan ini, mereka akan kehilangan pembeli.


SOALAN: Saya nak kaitkan kembali antara BR1M dan GST seperti yang disuarakan Tun Mahathir juga bahawa masa yang tidak sesuai mengikut pandangan beliau, tidak semestinya betul. Tidak sesuai untuk dilaksanakan GST dan handout BR1M bukan langkah yang berkesan untuk diambil oleh kerajaan.


NAJIB: BR1M bukan handout. Sebenarkan BR1M merupakan social safety net yang telah dicadangkan Jawatankuasa Fiskal, bukan saya sendiri. Jawatankuasa Fiskal terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan termasuk Bank Negara, EPU, Kementerian Kewangan dan sebagainya. Bila mereka bincang, pada mulanya kerana kita nak kurangkan subsidi pukal.


Maknanya subsidi daripada minyak kita nak kurangkan kerana banyak ketirisan. Banyak pembaziran. Banyak pihak yang tak layak dapat subsidi mendapat faedah subsidi. Jadi kita kata, kita kurangkan. Tapi kita kena kurangkan berperingkat-peringkat.


Kalau kita kurangkan, kita jimat perbelanjaan kerajaan. Bila jimat perbelanjaan kerajaan, sebahagian daripada penjimatan itu kita salurkan balik kepada rakyat. Jadi jika rakyat terpaksa membayar harga minyak lebih, mereka adalah, orang kata timbal balas dalam BR1M bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. Sekarang kita tambah sikit kepada RM4,000, tapi RM3,000 ke bawah ada timbal balas. Jadi itulah falsafahnya sebenarnya.


Soal social safety net yang bukan saja Malaysia, tapi banyak negara lain mengamalkan sistem social safety net dalam pelbagai kaedah.


SOALAN: Berbalik kepada kritikan Tun Mahathir, beliau ada sebut kes Altantuya Shaariibuu. Kita semua sedia akur bahawa mahkamah telah buat keputusan kes ini...sudahpun berlalu. Tapi ada pula timbul kritikan daripada Tun Mahathir yang kata siapa yang beri arahan kepada pegawai polis terbabit untuk membunuh Altantuya. Terasa perkara ini pelik sebab kes itu sudah berlalu. Apakah Datuk Seri ada terbabit dalam perkara ini?


NAJIB: Ini cerita 2008...dah lama dah. Sebenarnya saya dah lafazkan sumpah Wallahi Wabillahi Watallahi, tiga kali termasuk di sebuah masjid di Permatang Pauh pada 2008...bahawa saya tidak mengenali Altantuya dan saya tidak terlibat sama sekali sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dan pihak polis telah jalankan siasatan. Dan pada masa itu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebagai Perdana Menteri dah laporkan, dan Ketua Polis Negara dah buat kenyataan bahawa saya tak terlibat.


Dan tak ada bukti sama sekali yang timbul bahawa saya kenal Altantuya. Tak ada langsung...tak ada gambar, tak ada tulisan, tak ada saksi dan sebagainya. Mahkamah telah tentukan prosesnya sampai ke Federal Court. Apakah kita nak persoal integriti mahkamah kita yang kita pertahankan sebelum ini?


SOALAN: Difahamkan Datuk Seri sebenarnya sebelum ini pernah bertemu Tun Mahathir sendiri mengenai beberapa isu. Adakah beliau bertanyakan Datuk Seri kes Altantuya ini?


NAJIB: Tak secara langsung tapi kita pernah sekali berbincang. Dalam perbincangan itu saya lihat beliau tak persoalkan penglibatan saya dalam (kes) Altantuya. Dan saya anggap perkara ini tak berbangkit sama sekali. Bila saya bincang dengan Tun Mahathir, saya tunjuk bahawa saya tetap hormat dia misalnya, walaupun saya sebagai perdana menteri. Tapi saya pergi ke rumah dia, saya tak benarkan dia datang rumah saya. Tapi macam mana pun bila kita bincang saya perlu buat keputusan sebagai perdana menteri.


SOALAN: Dia (Tun Mahathir) faham bila (Datuk Seri) jumpa dan memberi penerangan tetapi kenapa ditimbulkan lagi perkara ini?


NAJIB: Dia ada satu dua perkara dia nak saya buat. Tapi saya dah beri pandangan atas perkara ini. Misalnya dia tak setuju BR1M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor. Saya dah bagi pandangan atas perkara ini. Saya anggap ini sebagai perbincangan antara dua individu...agak sihat kalau ada perbezaan pendapat tapi macam mana pun akhirnya saya kena bertanggungjawab kepada rakyat dan parti. Dan kebanyakan perkara ini saya bawa dalam Kabinet dan Kabinet akan putuskan perkara ini.


SOALAN: Datuk Seri, saya nak beralih kepada soal 1MDB. Ada pihak-pihak yang mendakwa urus niaga 1MDB dengan didalangi beberapa personaliti tertentu amatlah meragukan sekali. Apa komen Datuk Seri?


NAJIB: Saya nak jelaskan bahawa 1MDB merupakan sebuah badan yang kita sifatkan sebuah investment company. Bermula dengan capital hanya RM1 juta saja berbanding dengan PNB, Khazanah dan badan-badan lain kita beri macam-macam suntikan modal. Tapi untuk 1MDB cuma RM1 juta saja.


Bila 1MDB nak kembangkan perniagaan, dia terpaksa meminjam tapi aset-aset yang telah pun diperoleh oleh 1MDB melebihi liabiliti. Ini saya nak tekankan... melebihi liabiliti. Kita perlu beri lebih masa kepada 1MDB untuk membangunkan atau mencairkan aset-aset ini supaya dia dapat melunaskan hutang-hutangnya. Kita boleh pertikai business model, saya sedia dengar pandangan-pandangan berbeza tapi apa saya nak tegaskan di sini, saya tak condone, tak boleh terima kalau ada apa-apa salah guna kuasa dalam 1MDB. Misalnya duit dilesapkan...dan sebagainya.


Sebab itu bila Lloyd sebagai auditor telah sahkan auditnya, saya masih tak puas hati. Saya dah bawa cadangan dalam Kabinet supaya Ketua Audit Negara menyemak balik secara terperinci. Dan setelah Ketua Audit Negara menyemak, saya minta PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) teliti pula. Dalam PAC ada pembangkang, mereka boleh bincang laporan audit.


Apa saya nak katakan, biarlah proses ini berjalan...bagi tempoh. Sebab kalau kita dakwa, ada banyak beza kalau kata duit dilesap atau pinjam, rizab. Saya juga minta Ketua Audit sahkan adakah tidak duit 1MDB diguna untuk buat filem umpamanya. Saya nak tahu dan ini antara perkara-perkara yang mesti ditentukan laporan ketua audit dan mesti disahkan atau sebaliknya oleh PAC.


SOALAN: Adakah Datuk Seri pohon pengurusaan 1MDB agar lebih transparent dalam urus niaga akan datang supaya rakyat dapat maklumat secukupnya?


NAJIB: Ya, begitulah dengan penyusunan semula pengurusan 1MDB saya harap sedemikian. Begitu juga kita umumkan program rationalisation...kita sekarang dalam langkah pelaksanaan rationalisation 1MDB. Kita perlu tempoh masa sikit tetapi pelannya sudah disediakan dan kita dalam peringkat pelaksanaan.


SOALAN: Tadi Datuk Seri sebut pembikinan filem yang dituduh daripada 1MDB. Kenapa Datuk Seri bangkitkan soal pembikinan itu. Apa implikasinya?


NAJIB: Sebab ada dakwaan-dakwaan sedemikian. Saya tidak mahu mempertahankan apa-apa sebab ia melibatkan ahli keluarga tapi saya nak Ketua Audit mengesahkan perkara ini.


SOALAN: Saya nak beralih kepada Akta Hasutan. Pada satu ketika dahulu Datuk Seri sendiri menyatakan kemungkinan Akta Hasutan ini akan dikaji semula. Tapi baru-baru ini keputusan telah dibuat bahawa Akta Hasutan akan kekal. Jadi banyak pihak yang mengkritik Datuk Seri atas keputusan yang berubah-ubah ini. Apa komen Datuk Seri?


NAJIB: Sebenarnya bila saya kata Akta Hasutan akan dikaji semula ia tidak bererti bahawa peruntukan-peruntukan yang menjadikan sesuatu bentuk dakwaan yang boleh disifatkan sebagai hasutan tidak kita masukkan dalam akta baharu. Cuma nama Akta Hasutan, Sedition Act itu boleh dianggap sebagai controversial sebab asal usul 'sedition' itu dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang dahulu. Jadi kita nak melihat dalam sudut lebih positif. Ia misalnya air dalam gelas. Separuh kosong kah separuh penuh. Itu sahaja. Tapi saya sedar dalam negara kita ini negara yang berbilang kaum dan berbilang agama kita mesti ada undang-undang yang menyekat dan membanteras sesiapa yang boleh membuat dakwaan, kenyataan dan apa-apa berita dalam majalah, tulisan dan sebagainya yang boleh menghasut rakyat, membenci rakyat, sehinggakan timbul rusuhan. Perbalahan dan rusuhan.


Dan ini mempertahankan semua kaum, semua kepercayaan bukan sahaja orang Islam, orang Melayu tetapi yang bukan Islam, yang bukan Melayu juga dipertahankan. Supaya negara kita ini aman. Kalau kita tidak sentuh soal agama, tidak menghina agama orang lain, tidak menidakkan soal kewarganegaraan orang lain, tidak mengatakan orang itu pendatang dan sebagainya, amanlah negara kita.


Ini tidak bererti bahawa kita tidak boleh mengkritik kerajaan. Sebab dalam pindaan akta ini kita kata peruntukan mengkritik kerajaan itu kita mansuhkan. Kalau dulu misalnya kita boleh dakwa mana-mana pihak yang mengkritik kerajaan sebab ada peruntukan dalam Sedition Act yang sedia ada. Kita dalam pindaan Sedition Act kita mansuhkan. Mereka boleh kritik kerajaan. Tetapi kritik kerajaan bukan bererti mereka boleh menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan melalui tunjuk perasaan umpamanya. Itu salah. Tapi kalau dia kata tukar kerajaan waktu pilihan raya itu tidak salah.


Jadi inilah yang nak diamalkan dalam negara kita bahawa sistem demokrasi yang sihat dan bertanggungjawab. Sebab saya sebagai perdana menteri, tanggungjawab saya adalah menjaga keamaman dan keselamatan negara kita. Kalau tiada keamanan, keselamatan negara, tiada apa guna bagi kita semua.


SOALAN: Ada juga kalangan parti pembangkang yang beranggapan bahawa Akta Hasutan ini sebenarnya ialah untuk memerangkap mereka. Adakah ini benar?


NAJIB: Tidak benar. Mereka pembangkang mereka boleh kata, mereka boleh kritik kerajaan, mereka boleh kata kerajaan tidak bagus, mahu tukar kerajaan waktu pilihan raya, mereka boleh kata. Tentu sekali ini amalan demokorasi. Yang kita tidak mahu kalau mereka mengeksploit soal-soal agama, soal-soal kaum yang menghasut rakyat. Kalau mereka menghasut rakyat, rakyat marah, timbul perbalahan, kesudahannya berlaku rusuhan kaum, antara agama dan sebagainya. Siapa yang akan menderita? Rakyat yang akan menderita. Negara rosak. Jadi inilah yang kita mahu elakkan.


SOALAN: Akta Hasutan mungkin terguna pakai untuk masalah yang wujud di dalam negara. Tetapi sekarang ini muncul pula ancaman terbaharu kepada negara iaitu ancaman pengikut-pengikut IS. Jadi bagaimanakah Datuk Seri melihat kerajaan akan menangani perkara ini daripada berlarutan?


NAJIB: Itu sebab kita memperkenalkan akta baharu ini. Supaya kita boleh bertindak dengan kekuasaan baharu. Tetapi ia dikhususkan kepada soal violence extremism. Pengganas-pengganas menggunakan kekerasan, bakal menggunakan kekerasan. Saya tahu yang dipertikaikan ia merupakan preventive detention, ada element preventive detention. Tetapi ia tidak boleh disamakan dengan ISA sebab kuasa menahan ini kuasa badan khas yang terdiri daripada mungkin hakim atau bekas hakim, orang yang ada kredibiliti. Bukan kuasa yang diberikan kepada badan eksekutif.


Jadi kalau kita nak tahan orang pun, kita mesti memberi bukti yang boleh meyakinkan badan khas ini dan mereka boleh membuat keputusan. Kalau kita tunggu sesuatu kejadian berlaku, katalah sebuah bom telah diletupkan, tentu kesan yang cukup dahsyat, implikasinya cukup buruk. Jadi sebelum sesuatu itu berlaku, kita ambil tindakan di bawah akta yang baharu ini tetapi kita mesti ada bukti yang cukup. Misalnya kita sudah tahu dia sudah ada bom, nak buat bom, tunggu masa sahaja nak bergerak, nak bertindak, masa itu kita boleh ambil tindakan di bawah akta yang baharu.

Thursday, 9 April 2015

PETUA TRADISIONAL UNTUK MERAWAT KEPUTIHAN


UNTUK WANITA2 YANG MENGALAMI MASALAH KEPUTIHAN

Pilihan 1: Basuh daun jeruju hitam secukupnya dengan bersih. Rebuskan dengan 3 gelas air, biarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas. Setelah sejuk, tapiskan air didihan tersebut dan minum.
Pilihan 2: Hiris rizom keladi gajah nipis-nipis kemudian digoreng tanpa minyak bersama kira-kira segenggam beras sehingga hangus. Masukkan ia ke dalam air dan rebus selama beberapa jam, seelok-eloknya 5 jam. Campurkan gula ke dalam rebusan tersebut dan biarkan sejuk. Apabila telah sejuk, tapis dan minum.
Pilihan 3: Ambil kira-kira 30 gram daun baharu Cina. Rebuskan sehingga mendidih dan tapiskan apabila telah sejuk. Bolehlah diminum.
Pilihan 4: Ambil 20 gram daun dan akar Tapak Leman dan potong kecil. Sertakan juga 10 gram daun inai, 15g rizom kunci kuning dan 30gram daun misai kucing. Rebuskan kesemua bahan tersebut dan sejukkan. Tapis dan minum 2 kali sehari sebelum datang haid.
Pilihan 5: Ambil segenggam daun senduduk, sepotong bonglai dan halia. Rebuskan bahan-bahan tersebut bersama sedikit gula. Tapis apabila telah sejuk untuk diminum.
Pilihan 6: Ambil daun beluntas secukupnya dan rebus dengan segelas air. Tapis apabila telah sejuk dan minum.
Pilihan 7: Tanak nasi sehingga hangus. Ambil kerak nasi tersebut dan panggang sehingga hangus. Kemudian tumbuk sehingga lumat dan masukkan ke dalam setengah cawan air panas dan minum. Amalkan setiap hari sehingga masalah keputihan hilang.
Pilihan 8: Ambil 10 helai daun sirih dan direbus dengan satu liter air. Tapiskan. Air rebusan ini digunakan untuk menggantikan ‘feminine hygiene’. Selamat digunakan walaupun ketika haid.
Pilihan 9: Ambil kulit buah delima secukupnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan kulit buah delima tersebut dan tapiskan apabila telah sejuk. Digunakan sebagai ubat sapu.
Pilihan 10: Akar sentul dipotong kecil dan direbus dengan 3 gelas air sehingga menjadi satu gelas. Tapis dan minum apabila sudah sejuk.
Pilihan 11: Ambil segenggam daun turi dan kunyit. Basuh bersih dan tumbuk sehingga lumat. Masukkan ke dalam ¾ cawan air panas dan dikacau rata. Biarkan untuk beberapa minit sebelum diperah dan tapis untuk diminum. Amalkan 2 kali sehari.
Pilihan 12: Ambil 120 gram daun turi, 120 gram daun sirih, 50 gram daun ketumbel dan 150 gram daun jambut batu. Hancurkan dan rebus dengan air secukupnya. Campurkan ke dalam air mandian dan berendam untuk beberapa minit di dalam air campuran tersebut.
Pilihan 13: Ambil kira-kira 60 gram bunga balung ayam dan daging secukupnya. Rebus dengan 3 gelas air sehingga daging menjadi empuk. Makan daging dan minum air rebusan itu apabila telah sejuk.
Pilihan 14: Ambil 15 gram balung ayam lebar yang kering, 15 gram daun hempedu bumi kering dan hati-hati ungu kering. Rebus dengan 3 gelas air sehingga menjadi satu gelas. Tapis dan minum apabila telah sejuk. Amalkan 2 kali sehari sebelum makan.
Pilihan 15: Rebus bunga butang dengan segelas air. Tapis dan minum apabila telah sejuk.
Pilihan 16: Rebus akar dan batang bunga matahari sehingga air rebusan tinggal separuh. Tapis dan minum apabila telah sejuk.
Pilihan 17: Ambil bunga siantan kira-kira segenggam dan rebus. Biarkan sejuk sebelum diminum.
Pilihan 18: Rebus bunga cempaka telur secukupnya sehingga mendidih. Tapis dan minum apabila telah sejuk.
Pilihan 19: Sediakan beberapa helai daun inai, buah temu kunci dan tapak sulaiman. Bersihkan bahan-bahan tersebut terlebih dahulu. Rebus kesemua bahan tersebut hingga mendidih. Setelah mendidih, tuangkan air tersebut ke dalam gelas dan biarkan ia suam. Kemudian, minum air rebusan tersebut sekali sehari. Ulangi meminumnya setiap hari sehingga masalah keputihan anda berjaya diatasi.

                                                                    


SELAMAT MENCUBA YAA...

Wednesday, 8 April 2015

RAFIZI RAMLI MP PALING BANGANG ASYIK KANTOI MENIPU

   RAFIZI BOHONG KERAJAAN BELI BMW BARU.
Dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bahawa kerajaan membeli kereta mewah BMW 7-Series merupakan satu fitnah dan pembohongan yang dibuat bagi menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.
Menurut sumber Kementerian Luar Negara, gambar-gambar kereta BMW yang dimuatnaik bukan pembelian kerajaan tetapi merupakan tajaan BMW yang digunakan semasa sidang Menteri-menteri Luar Asean di Kota Kinabalu awal tahun ini.
Kereta-kereta tersebut telah dipulangkan kepada syarikat terbabit dan kemungkinan Jata tersebut belum dibuang kerana baru tiba dari Sabah.
Selain Asean Foriegn Ministers Retreat 2015, BMW turut menaja LIMA 2015. Jadi kereta tersebut boleh sahaja datang dari mana-mana program besar kerajaan yang mendapat tajaan kenderaan BMW.



       Bawa-bawa laa taubat Rafizi weyy..Tok kesian ko ni asyik kantoi jerr.Lenkali check dulu kesahihan berita sebelum buat posting.Siapa nak tanggung dosa sebaran tu???

Monday, 6 April 2015

WAJAH SIAPAKAH DI SEBALIK WAJAH2 MEREKA??

   
              Soalan maut ni tok nak bagi kat hampa semua terutama pentaksub2 
    al-jubs {pinjam gelaran Mat Sabu guna utk Anwar}

WAJAH SIAPAKAH DISEBALIK WATAK WAN AZIZAH DAN NUHA??

clue

Nampaknya dah sah dan sangat sohih yang PKR adalah PARTI ANAK BERANAK
     Tak caya tok kata???Ampa memang ketegaq laa..nihh..mai tgk ni


                             
                                        nepotisme??

            Tok saja malaih nk taip panjang-panjang sebab tok nak ampa pikiaq sendiri..tu pn kalau ampa ada akai laaa...


PENGUNDI-PENGUNDI P44 PERMATANG PAUH MASIH KEKAL DENGAN KEBEBALAN UNTUK MEMILIH WAN AZIZAH???

    PRK P44 Permatang Pauh akan kembali tak lama lagi.Tok terfikir adakah 
pengundi-pengundi yang mengundi PKR masih dengan kebebalan untuk memilih Wan Azizah sebagai wakil mereka di Parlimen?Tok bertanya sebab mengikut 
temuramah dengan wakil Malaysiakini beliau berminat dan sekarang pun sudah 
mula menunjukkan drama perihatinnya di Permatang Pauh

    "Wan Azizah membayangkan beliau bersedia untuk bertanding di Permatang Pauh, sementara DAP menyatakan sokongan kepada beliau untuk mengisi peranan Anwar sebagai ketua pembangkang di Parlimen."

drama queen

Tok hairan dengan Wan Azizah ni,Kajang yang beliau wakili pun jarang-jarang 
dilawati..ini mula pulak kekonon perihatin sangat dengan penduduk Permatang Pauh.Tak pernah pulak Tok dengar samada suami beliau yang berada di Penjara Sungai Buloh sekarang ataupun beliau sendiri semasa menjadi Ahli Parlimen membawa permasalahan rakyat Permatang Pauh ke Parlimen.

Bagi Tok,politik untuk kepentingan peribadi seperti mereka (keluarga Anwar)
hanya akan merugikan rakyat/kawasan yang diwakili.Perjuangan mereka bersifat peribadi jadi tidak nampak keikhlasan di situ untuk menolong rakyat.

Ini Tok sertakan sejarah Permatang Pauh yer...


Rakyat Permatang Pauh perlu sedar bahawa memilih Wan Azizah sekali lagi adalah satu kerugian.2008 beliau sanggup melepaskan kerusi Permatang Pauh demi memberi laluan kepada suami tercinta.2014 demi matlamat dan keinginan menjadi MB Selangor, PKR sanggup meminta ADUN Kajang dari PKR Lee Chin Chen letak jawatan.Adakah keluarga Anwar khususnya dan PKR amnya masih 
dengan politik memperbodohkan rakyat???


  
  Celiklah wahai pengundi-pengundi Permatang Pauh..Bukalah mata luas-luas..
Lapangkan minda..PERJUANGAN POLITIK PERIBADI tidak akan kemana.