Tuesday, 24 September 2013

SIAPAKAH MOHD ALI RUSTAM???

Datuk Seri Mohd Ali Rustam merupakan pengerusi PUNB Malaysia menjadi calon untuk bertanding kerusi Naib Presiden Umno.Beliau yg merupakan mantan Ketua Menteri Melaka yang telah membawa negeri Melaka sebagai sebuah negeri maju 10 tahun lebih awal sememangnya layak menduduki kerusi tersebut.

Anda semua boleh melayari blog beliau di sini
 

Memetik kata2 beliau dalam satu temuramah~~  Mohd Ali berkata antara langkah yang akan dilakukan bagi mencapai misi tersebut ialah memfokuskan pembelian rumah kedai di kawasan strategik dan berpotensi untuk maju. "Sekarang ini kita terus beli tempat maju. Jadi bila semua bertumpu di situ, harga pun naik. Tempat yang kurang maju sekarang kita biar, kouta bumiputera pun kita biar begitu saja dan akhirnya nanti bukan Bumiputera beli, satu hari nanti bila tempat ni maju kita pula baru nak pergi tapi rumah kedai dah habis, harga pun naik. "Jadi saya dah minta kita ubah sedikit cara. Kita bukan saja tumpu di kawasan yang maju sekarang, kita juga mesti tumpukan kawasan yang akan jadi maju kerana rumah kedai akan naik," katanya.

 Bekas Ketua Menteri Melaka itu juga berkata, cadangan itu timbul ekoran pengalamannya memajukan ekonomi Melaka selama 12 tahun mendapati golongan Bumiputera menghadapi kesukaran memiliki premis berniaga, di mana hanya 10.5 peratus adalah milikan Bumiputera di Melaka sementara hanya lima peratus di peringkat nasional. Selain itu katanya, beliau akan mengusahakan agar proses kelulusan pinjaman oleh usahawan Bumiputera dipercepatkan bagi mencapai misi PUNB itu, agar selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pendapatan tinggi menjelang 2020. "Saya dah minta pihak pentadbiran potong separuh. Kalau sekarang ini 60 hari campur 45 hari jadi 105 hari, saya minta boleh tak dalam separuh dari tempoh itu mendapat pinjaman. "Kemudian mesyuarat pelaburan dipengerusikan oleh saya sendiri dengan jawatankuasa, dua minggu sekali. Saya pun dah minta dengan CEO (PUNB), boleh tak kita buat mesyuarat tiap-tiap minggu. "(Maknanya) setiap minggu saya ada mesyuarat meluluskan pinjaman. Kalau minggu ini tak lulus, (boleh kemukakan) minggu depan. Kerana kita nak kejar masa.. masa tinggal hanya tujuh tahun,"ujarnya. Mengulas mengenai rungutan segelintir Bumiputera yang mendakwa ketiadaan Kementerian Perusahaan Awam menyebabkan golongan tersebut berhadapan dengan pelbagai kesulitan ekoran tidak mendapat perhatian kerajaan pusat, Mohd Ali berkata, dengan pelaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB) yang diperkenalkan Perdana Menteri baru-baru ini membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan mereka. 

Untuk merealisasikan hasrat kerajaan di bawah badan yg dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam adalah elok andai beliau terpilih antara Naib2 Presiden Umno bersama berganding bahu dengan Presiden serta Timbalan Presiden dan anggota2 MT berjuang demi ABATA..Agama,Bangsa dan Tanahair


MANIFESTO CALON KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA YB MAS ERMIEYATI SAMSUDIN

Manifesto Mas Ermieyati Samsudin yg merupakan Exco Pergerakkan Puteri Umno Malaysia,Ketua Puteri Umno Negeri Melaka dan Ketua Puteri Umno Bahagian Masjid Tanah merangkumi aspek dunia dan akhirat. Tertarik dgn manifesto ke5 yg menonjolkan gambar Al-Qur’an dan Persilatan dlm menurunkan masalah sosial.Sokongan penuh buat Mas Ermieyati Samsudin #Emy4KetuaPu3 ...
 Marilah kita sama2 memberi sokongan kepada Yb Emy yg sgt mesra dan prihatin dgn rakyat


MENGAPA DATO MUKHRIZ TUN MAHATHIR HARUS DIBERI PELUANG MENDUDUKI KERUSI NAIB PRESIDEN UMNO

 
MM telah menyahut cabaran Presiden melakukan tranformasi dan meremajakan UMNO
 
Sesuatu perlu dilakukan untuk menyerap elemen cintakan UMNO dikalangan orang muda kerana PRU 14 mejoritinya adalah golongan muda
 
Perwakilan yang hampir 150,000 orang harus beri peluang pada MM untuk menjawat jawatan sebagai Naib Presiden  bukan sekadar retorik laungan tranformasi tetapi berdasarkan TINDAKAN BELIAU
 
Cara pemikiran dan urus tadbir UMNO perlu perubahan kerana UMNO sudah berusia 67 tahun
 
Pemimpin UMNO tidak lagi boleh Zon selesa kerana PRU 13 menunjukan sokongan rakyat kepada BN menurun
 
Jika orang muda ditolak kali ini UMNO akan menghadapi kesukaran pada PRU 14
 
Terbukti kemampuan MM membawa Kedah kembali kepangkuan Barisan Nasional membuktikan MM boleh melakukan sesuatu yang boleh mengubah UMNO menjadi lebih baik.
 
 
 
 

Sunday, 23 June 2013

Thursday, 23 May 2013

BEKAS PEGUAN KEJAM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN AKHIRNYA DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI MATI


Shah Alam, 23 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahun lepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.


 Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 33, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Barisan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Kathavarayan diwakili peguam Hasshahari

Tuesday, 21 May 2013

KENYATAAN MAS YANG MEMBAWA PULANG BAYI MARYAM & IBUNYA !!

KENYATAAN MAS YANG MEMBAWA PULANG BAYI MARYAM & IBUNYA !!
         
 


1. SUBANG: Malaysia Airlines telah menerima pelbagai pertanyaan mengenai kesukaran yang dihadapi Izan Suhaila Mohd Ali bersama bayinya, Maryam Sofea yang telah dinafikan untuk terbang pulang melalui sebuah syarikat penerbangan semalam.
2. Kenyataan ini adalah merekodkan kronologi kejadian di pejabat Malaysia Airlines di bandar Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam yang menjurus kepada keputusan untuk menerbangkan keduanya pulang ke Malaysia.
3. Malaysia Airlines mengetahui mengenai kejadian malang melibatkan Izan bersama bayi berusia 14 bulannya, Maryam dari pihak Tourism Malaysia. Berikutan ia adalah prosedur lazim bagi setiap penumpang yang mempunyai simptom penyakit berjangkit mendapatkan sijil 'sihat untuk terbang' daripada seorang doktor, Malaysia Airlines membuat keputusan membawa Maryam Sofea menemui doktor. Ini bagi memastikan tiada mana-mana penumpang yang bakal menaiki penerbangan MAS memberi risiko kesihatan terhadap penumpang lain.
 
 

4. Berikutan itu, kakitangan Malaysia Airlines mengambil Izan bersama bayinya dari hotel penginapan untuk ke sebuah klinik. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan yang bayi itu tidak menyebar penyakit. Doktor juga mengesahkan bayi itu keluar dari tempoh pengasingan dan tanda hitam adalah kuping kering.
5. Sejurus kemudian, kakitangan Malaysia Airlines terus menyediakan dokumen perjalanan untuik Izan, Maryam dan dua orang saudaranya. Mereka telah ditempatkan untuk terbang melalui penerbangan MH759 berlepas dari Ho Chin Minh semalam agar mereka tidak perlu lagi bermalam di Saigon yang menanggung pelbagai kos lagi.
 
6. Kakitangan Malaysia Airlines sendiri yang memandu keluarga ini ke lapangan terbang daripada hotel penginapan mereka. Sebaik tiba di lapangan terbang pada jam 1550 (3.50 petang), kakitangan Khidmat Lapangan Terbang sudahpun menyediakan kesemua dokumen bagi memastikan kemasukan segera. Seorang kakitangan lapangan turut dikhususkan bagi membantu keluarga ini melepasi pemeriksaan Imigresen dan Kastam.
 
7. Ini adalah penting kerana terdapat pertanyaan terhadap chop imigresen pada pasport mereka berikutan insiden sehari sebelum. Izan, bayinya Maryam dan keluarga menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH759 dan meninggalkan Saigon pada jam 1640 (4.40 petang).
 
8. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari berkata, "Kami merasa bangga kerana pasukan di Saigon memaparkan 100 peratus Malaysian Hospitality dalam situasi ini. Kemampuan pasukan ini bertindak melebihi tugas lazim mereka sangat dipuji."
 
9. "Ia juga sangat dipuji kerana pasukan yang sama tidak melanggar sebarang peraturan mengikut prosedur standard yang dipatuhi namun mampu melaksanakan tanggungjawab berlandaskan belas kasihan dan empati. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat mengendalikan kes ini," tambah Ahmad Jauhari.
 
10. Keselamatan semua penumpang adalah keutamaan Malaysia Airlines dan semua langkah-langkah diambil bagi membantu penumpang yang terkandas sambil memastikan kesihatan penumpang lain tidak berisiko.
11. Malaysia Airlines terbang tiga kali sehari ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam

TERKINI....!!! AIR ASIA TAWARKAN TIKET PERCUMA KEPADA IBU DAN ANAK SELEPAS 1 JAM MEREKA DISELAMATKAN PENERBANGAN MAS DAN BERLEPAS DARI VIETNAM.

 

1. Saya berada di lokasi, lapangan terbang di Ho Chi Minh, Vietnam pada waktu kejadian. Hanya wanita berpakaian seperti jururawat mengambil suhu badan Maryam Sofea Mohd Reza berhampiran pintu 18.

TIADA individu warga Vietnam memperkenalkan diri sebagai doktor LAPANGAN TERBANG, berada di lokasi sewaktu insiden berlaku.

2. Menurut adik Izan, Saiful Mohd Ali, wakil syarikat Air Asia menawarkan 4 tiket percuma pada jam 8.41 malam, 19 Mei lalu, BUKAN sewaktu Maryam dinafikan hak menaiki pesawat pada 18 Mei.

FAKTA menarik ...

Izan, Maryam dan dua saudara lelaki mereka selamat tiba di KLIA, diterbangkan dari Ho Chi Minh, Vietnam, menggunakan pesawat MAS, kira-kira 1 jam sebelum itu, 7.45 malam, hari sama.

Barangkali Air Asia tidak langsung mengetahui perancangan 4 penumpang terbabit diterbangkan oleh MAS ke Malaysia.

3. Tan Sri Tony Fernandes dan Aireen Omar, please check the accuracy of the information stated. - BERSAMA MAZIDUL

TONY HARUS BERTANGGUNGJAWAB...!! IBU DAN BAYI DIZALIMI AIR ASIA

KEZALIMAN AIR ASIA TERHADAP SEORANG IBU

KEZALIMAN AIR ASIA TERHADAP SEORANG IBU
MESTI BACA KENAPA KITA MESTI BOIKOT AIR ASIA.SILA KLIK IMEJ..
  

Penerbangan MAS selamatkan ibu dan anak yang dizalimi AirAsia..

ADAKAH DOKTOR DI VIETNAM BERPAKAIAN SEPERTI JURURAWAT? ( IZAN DAN MARYAM SELAMAT TIBA DI TANAHAIR )


1. 15 Mei 2013, kakitangan bank, Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun, membawa anaknya Maryam Sofea Mohd Riza ke LCCT bersama 10 saudara mara dan ibu. Beberapa hari sebelum itu Maryam mengalamichicken pox. Bagaimanapun ground staff Air Asia di LCCT membenarkan Maryam dan semua ahli keluarga diterbangkan ke Ho Chi Minh, Vietnam.

Tindakan itu tidak menghairankan kerana doktor tempatan dua kali mengesahkan Maryam sihat. Hanya tompokan hitam masih kelihatan di seluruh tubuhnya dan dia tidak demam.

2. 18 Mei 2013, kira-kira 20 minit sebelum pesawat dijadualkan berlepas ke Kuala Lumpur, Maryam dilarang oleh ground staff Air Asia di lapangan terbang di Ho Chi Minh menaiki pesawat syarikat tambang murah itu, penerbangan AK 1455 pada jam 9 malam, waktu Vietnam.




Tompokan kesan chicken pox dilihat oleh ground satff berbangsa Vietnam lalu mereka bertindak mengikut peraturan seperti dicatatkan dalam terma dan syarat penerbangan Air Asia.

Mereka diarahkan oleh lelaki di bawah untuk tinggal di Ho Chi Minh selama 5 hari sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia.




3. Medical doctor berbangsa Melayu, berkebetulan penumpang penerbangan sama, memperkenalkan diri dan memaklumkan ground staff Air Asia, melalui pengamatan beliau, Maryam selamat untuk diterbangkan. Namun, kenyataan doktor itu tidak diambil kira. Doktor terbabit TIDAK bertugas di lapangan terbang, beliau berstatus pelancong di negara asing itu, cuma cuba ingin membantu menyelesaikan masalah timbul.

Melalui pengamatan saya dan keluarga Izan, TIADA doktor Vietnam membuat pemeriksaan terhadap Maryam di sekitar pintu 18 lapangan terbang. Hanya jururawat ditugaskan mengambil bacaan suhu badan Maryam. Ditanya oleh ahli keluarga Maryam mengenai bacaan suhu badan bayi berusia 14 bulan terbabit, jururawat warga asing itu hanya membisu.

Jika benar status kesihatan Maryam membahayakan penumpang lain, bagaimanakah bayi itu DIBENARKAN oleh ground satff Air Asia di LCCT untuk menaiki pesawat ke Vietnam pada 15 Mei tetapi kemudian dinafikan penerbangan 4 hari kemudian oleh ground staff di Ho Chi Minh?

4. Hampir jam 9.30 malam, Izan dan Maryam ditemankan oleh dua saudara lelaki mereka, Faisal Mohd Fozzeli dan Mohd Hasif Mokhtar (berbaju merah) dibawa keluar oleh ground staff bertugas dari lapangan terbang dan HANYA dihantar ke terminal teksi.






Tatkala itu mereka tidak mempunyai bilik hotel dan juga kenderaan untuk bergerak di negara asing terbabit. Malah sebahagian wang mereka bawa, disumbangkan oleh penumpang pelbagai bangsa penerbangan AK 1455.






Bukan sahaja Izan dan ahli keluarga menitiskan airmata, malah majoriti penumpang bakal berlepas meninggalkan mereka berasa hiba dengan situasi didepani oleh anak beranak itu.





5. Ground satff di Vietnam MENDAKWA, kapten kapal terbang Air Asia AK 1455 tidak membenarkan Maryam menaiki pesawat. Pada kira-kira jam 9.50 malam, beberapa minit setelah menaiki pesawat, saya dimaklumkan oleh pramugari bertugas, kapten Ariffin Bakar tidak mengetahui perincian kes terbabit.

Pihak manakah tidak berkata benar?

6. Setelah tiba di LCCT, saya dimaklumkan oleh Norhamiza, adiknya Izan, anak dan dua saudara mereka terpaksa mencari teksi dan hotel sendiri. Izan dilaporkan terpaksa membeli susu Maryam dan juga pakaian mereka.

Akhirnya dengan bantuan ejen pelancongan di Ho Chi Minh, mereka menyewa May Flower Hotel dengan kadar bayaran USD60 semalam dengan menggunakan wang sumbangan penumpang penerbangan AK 1455.

7. Tiada kakitangan Air Asia menghubungi Izan mahupun ahli keluarganya.

8. Pada 19 Mei, kakak Izan, Norhamiza tiba di Kuala Lumpur kemudian bertindak menghubungi adiknya, pegawai senior Tourism Malaysia di New York, Amerika Syarikat, Ahmad Johanis. Johanis kemudian medapatkan bantuan kakitangan Tourism Malaysia Vietnam, MAS dan pihak Kedutaan Malaysia di negara terbabit.

Berikutan bantuan dihulurkan, Maryam kemudian dihantar ke hospital untuk diperiksa dan disahkan sihat oleh doktor di Victoria Healthcare Vietnam.



9. Izan, Maryam dan saudara lelaki mereka selamat tiba di KLIA pada jam 7.45 malam semalam menggunakan pesawat MAS.


10. Berikutan kes ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes telah mengeluarkan kenyataan di laman Twitter beliau.




Ertinya, membiarkan Izan, Maryam dan dua saudara lelaki mereka terkontang-kanting mencari hotel dan kenderaan pada kira-kira jam 10 malam di negara asing, tanpa bantuan ground staff di lapangan terbang Ho Chi Minh itu mengikut buku, 'follow the book'.




Maryam dikendung oleh ibunya, hanya berusia setahun 2 bulan. Tanpa susu dan pakaian, mereka terkial-kial cuba mendapatkan bekalan.

Kejadian itu juga berlaku kerana Air Asia mengikut buku.

Selain daripada menjalankan perniagaan bertujuan meraih keuntungan, pihak pengurusan Air Asia harus memikirkan faktor kemanusiaan dan melaksanakan TANGGUNGJAWAB SOSIAL. Rakyat Malaysia lazimnya berbudi bicara sewaktu melaksanakan sesuatu tindakan.


Tweet terbabit kemudian didapati telah DIPADAMKAN dan berikut kenyataan Tony seterusnya.




11. Pada hemat saya, Tony tidak sepatutnya tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan di laman sosial. Beliau atau kakitangannya harus terlebih dahulu mengambil inisiatif cuba menghubungi Izan atau ahli keluarganya untuk menyiasat dan mendapatkan penjelasan terperinci kedua pihak berhubung kejadian berlaku.




12. Saya dimaklumkan, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Aireen Omar mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden berlaku di Vietnam. Dalam kenyataan itu, doktor dikatakan memeriksa Maryam dan bayi kelainan upaya itu disahkan tidak layak, unfit untuk diterbangkan.


Kamera digital sentiasa berada di tangan saya sewaktu berada di lokasi sama. Satu-satunya individu hadir di lokasi, dilihat sebagai kakitangan perubatan, wanita di bawah ini.




Jika dia doktor, amat menghairankan kerana pegawai perubatan bertugas di lapangan terbang antarabangsa itu tidak langsung mampu berbahasa Inggeris.

Mungkin doktor di Vietnam juga berpakaian seperti jururawat dan hanya mampu berkomunikasi menggunakan bahasa tempatan sahaja. Justeru tidak hairan 'doktor' terbabit enggan menjawab soalan dikemukakan oleh ahli keluarga Izan.

Saya sendiri menyaksikan dengan mata kepala, wanita itu cuba meletakkan jangkasuhu di celah ketiak kanan Maryam sedang dipangku oleh ibunya. Akibat pergerakan Maryam kerana kurang berasa selesa, jangkasuhu itu terjatuh dan disambut oleh wanita itu. Dia kemudian melakukannnya untuk kali kedua sebelum beredar.

Tidakkah secara profesional, 'doktor' itu wajar menjelaskan status kesihatan Maryam kepada ibunya sebelum menghilangkan diri?


Molek jika Aireen atau kakitangan pengurusan Air Asia mengambil SEDIKIT waktu menghubungi Izan untuk mengesahkan kenyataan saya. Bijak juga, jika beliau mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup di pintu 18 di antara jam 8.30 dan 9.30 malam waktu Vietnam untuk membuktikan samada ground staff Air Asia di Ho Chi Minh menyalurkan maklumat tepat atau sebaliknya.

13. Kali terakhir saya bercakap dengan Norhamiza pada jam 6.30 petang semalam. Tiada kenyataan dikeluarkan oleh wanita itu mengatakan wakil pihak pengurusan Air Asia menghubungi keluarganya.

14. Kes ini turut mendapat liputan akhbar Utusan Malaysia, klik di sini dan Agenda Daily, klik di sini.

Berita juga dipaparkan oleh New Straits Times, klik di sini.

15. Berikut entri terdahulu saya nukilkan.

1. Ibu dan bayi sengsara di Vietnam : Air Asia usah lepas tangan Klik di sini.
2. MAS membantu membawa pulang penunmpang Air Asia didakwa bermasalah Klik di sini.
3. Terkini : Kisah Izan dan Maryam Klik di sini.
4. Adakah doktor di Vietnam berpekaian seperti jururawat? Klik di sini.

16. Terima kasih kepada semua pembaca sudi memberikan sokongan moral untuk bersama kita mendedahkan kebenaran.

17. To Sri Tony Fernandes, instant denial wouldn't stop Malaysians to talk about this particular incident. Please have the courtesy to investigate this case thoroughly for the betterment of Air Asia operations in the future.

It is not a sin for Air Asia to contact Izan and the rest to offer your apologies.

The act of damage control needs to be executed.

Tuesday, 7 May 2013

KEBODOHAN YANG MERUGIKAN BANGSA.TERIMA KASIH PENGUNDI CINA



Semua rakyat Malaysia dah selesai menunaikan tanggungjawab deme semalam.. 5hb Mei 2013 adalah hari Pengundian bagi Pilihanraya Ke 13 bagi memilih Kerajaan baru untuk tempoh 3-5 tahun lagi.. Hasil dari proses demokrasi semalam, Kerajaan Pusat masih diperintah oleh BN setelah dapat 133 kerusi Parlimen.. Manakala gabungan pembangkang dengan pecahan PAS - 21, PKR - 30 dan DAP - 38...
 
Kemenangan BN rata-rata sebab pengundi Melayu yang memilih wakil rakyat dari UMNO... Maknanya UMNO tidak di tolak oleh rakyat la... Tapi yang menariknya ialah, undi populariti yang diperolehi oleh Pembangkang PRU kali ini... 5.5 juta undi Popular kepada pembangkang berbanding 5.2 juta untuk BN.. Dan peratusan paling tinggi ialah pada PRU kali nie iaitu sebanyak 10.4 juta (80%)...
 
Lebih menarik ialah, angka itu dipengaruhi oleh pengundi Kaum Cina yang sanggup buat perjalanan jauh semata-mata untuk mengundi.. Kebanyakan mereka yang duduk di selatan tanahair dan di bandar-bandar besar balik ke kampung untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan mengundi...
 
Tahniah sebab mereka dah sedar yang undi mereka adalah penting sebab sebelum nie deme tak pernah nak amibil tahu pasal mengundi nie.. Cuma kesedaran itu sebenarnya adalah untuk menukar pemerintahan Malaysia kepada Kaum deme.. Deme nak Kaum deme yang monopoli pemerintahan di Malaysia nie...
 
Deme dah tak nak orang melayu yang jadi Ketua Kerajaan.. Sebab itu lah kenapa, MCA dan Gerakan yang dimonopoli oleh orang Cina kalah kali nie berbanding DAP... Sebab kita taw perjuangan DAP ialah untuk hapuskan Kuasa orang melayu... Untuk hapuskan Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia.. Untuk Hapuskan Sistem Raja-raja Melayu...
 
Terima kasih kepada Pengundi-pengundi Kaum Cina yang dah menampakkan rupa sebenar komer tu... Antara yang seronok kalau kita tengok, pak lebai dan segerombolan penyokong deme nie pun suka kan bende nie.. Sebab tu deme tetap sokong dan julang manusia yang nak jatuhkan bangsa dan agama deme... Tapi PRU kali nie memang menampakkan rupa sebenar deme.. Dah la ekonomi deme nak kontrol, pendidikan deme nak kontrol skang kuasa pun deme nak kontrol... Cuba ingat-ingat sket lebai oi... Kalau la Malaysia nie hilang dari Peta dunia, Kaum Cina masih ada Tanah Besar China atau Republik Cina, Kaum India masih ada Negara yang dipanggil India, Kaum -kaum lain masih ada Negara asal deme... Tapi pak lebai nie nak kemana kalau Malaysia hilang di Peta Dunia...???
 
 Gambor kat bawah tuh dah tunjukkan kenapa deme gila nak menang PRU kali nie... Sebab kalau deme kalah tak dapat jadi kerajaaan, deme akan kantoi macam skang nie... Nie kira dah kantoi la nie.. Sebab orang dah boleh baca game deme.. 3 tahun lagi deme nak kene perah otak la guna Red Bean Army macam mana nak kucar kacirkan keadaan di Malaysia supaya orang lupa PRU kali nie... Supaya orang lupa yang deme nak kenekan orang melayu di Malaysia... Pilih dan Sokonglah pembangkanmg wahai melayu.. Pilih dan sokonglah manusia yang bertopeng..
 
Caci lah orang-orang yang nak membela komer...Tuduh la dengan rasuah dan segala macam bende lagi.. Asalkan komer dapat kuasa supaya komer dapat gadaikan segalanya... Supaya komer dapat puaskan hati komer... Tanam lah dendam dalam hati komer... Puaskan lah hati komer asalkan anak-anak komer nanti dpt hidup merempat... Sokong lah Pembangkang... Aku merayu, sokonglah deme... Sebab aku nak sangat anak-anak aku nanti hidup merempat di tanah deme sendiri... Tolong la aku...