Monday 18 March 2013

KUSULTANAN SULU YANG HILANG...!!

 
 
 
 
 
SALASILAH keluarga Jamalul Kiram III daripada Kesultanan Sulu bermula semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808).




Daripada Jamalul Kiram I, inilah bermulanya nama Kiram dan nama ini berakhir semasa kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika kedatangan Amerika Syarikat (AS) ke Sulu.
 

AS mula menjajah Filipina dan wilayah-wilayahnya termasuk wilayah-wilayah Kesultanan Sulu pada 14 Ogos, 1898 apabila tentera AS berjaya menewaskan tentera Sepanyol di Manila.

 
Sultan Jamalul Kiram II juga merupakan Sultan Sulu yang menandatangani perjanjian dengan Sepanyol bagi menyerahkan wilayah-wilayah, kedaulatan dan kekuasaan Sulu kepada penjajah Sepanyol pada 1885. Sebelum itu sultan-sultan Sulu terdahulu bersama-sama penduduk Sulu bangsa Tausug telah bertarung nyawa berperang selama hampir tiga abad bagi mempertahankan kedaulatan wilayah-wilayah Sulu daripada penjajah Katolik Sepanyol.

 
Daripada laporan sejarah, sultan daripada keluarga Kiram sering membuat kesilapan dalam pentadbiran dan mengkhianti kaum Tausug, bumi Sulu serta agama Islam.


Dalam satu peristiwa, Sultan Jamalul Kiram II pernah merestui tentera AS membunuh lebih 4,000 rakyat Sulu yang enggan membayar cukai kepala kepada penjajah AS ketika itu.


Kaum Tausug melihat Sultan daripada keluarga Kiram sebagai tali barut AS yang merestui pembunuhan kaum keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu berhubung isu pembayaran cukai kepala kepada AS.


Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada AS membunuh rakyatnya sendiri berjumlah lebih 4,000 orang (termasuk 1,600 yang mati syahid, termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang AS dan perintah Sultan.


Malahan ada bukti waris-waris Kesultanan Sulu menuntut supaya bayaran pajakan Sabah dinaikkan dan difahamkan arahan itu dikeluarkan oleh Sultan Esmail Kiram II bin Datu Punjungan.


Ramai waris-waris Kesultanan Sulu yang lain menentang bayaran kepada sembilan waris Kesultanan Sulu daripada keluarga Kiram oleh Mahkamah Sesyen Borneo Utara pada 1939 dan menganggap kumpulan itu sebagai `penjual negara’ dan sanggup menjual tanah kubur ayahanda mereka sendiri.


Malahan Esmail Kiram turut didakwa mengugut Malaysia untuk menambah bayaran wang pajakan Sabah untuk kepentingan keluarganya.


Keluarga Kiram sekali lagi menjadi pengkhianat bangsa Tausug apabila menyerahkan wilayah-wilayah Sulu kepada kerajaan Filipina di bawah era Ferdinand Marcos pada 1962 semasa Sultan Esmail I bin Rajamuda Mawallilwasit.


Pada 11 Februari lalu, keluarga Kiram sekali lagi menimbulkan angkara apabila pengikut Jamalul Kiram III menceroboh Lahad Datu, Sabah menyebabkan lebih 60 pengikutnya terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.


Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga daripada sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram daripada jalur keluarga Sultan Esmail I bin Rajamuda Mawallilwasit (Sultan inilah yang menyerahkan Sulu kepada Filipina pada 1962) dan ada Kiram daripada Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (ayahanda Jamalul Kiram III).
 
 
 
 
Kesian Puteri Jacel, mungkin selepas ini dia akan dimaki hamun oleh ahli keluarganya sendiri kerana tanpa disedari Puteri Jacel Kiram telah menunjukkan bukti tuntutan keluarga Kiram itu tidak sah.

Pendedahan dokumen perjanjian pajakan tanah Sabah di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British melalui laman sosial Facebook itu telah menguatkan lagi fakta bahawa Sabah milik sah Malaysia, kata pakar.

Penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, perjanjian yang diterjemah daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris itu turut tertera perkataan "pajakan kekal" tanah Sabah kepada syarikat tersebut yang membawa erti kesultanan Sulu tidak boleh menuntut kembali Sabah.
 
 

Katanya, pada zaman dahulu, perjanjian-perjanjian pajakan tanah dibuat oleh British menggunakan ayat-ayat yang merujuk kepada kekal atau selamanya termasuk penggunaan ayat selagi ada bulan dan bintang.

"Sejarah sendiri telah menunjukkan bahawa Sabah dan Malaysia kini bukan lagi di bawah jajahan dan pemerintahan British".

"Pada 1963, penduduk-penduduk Sabah dan Sarawak telah memilih untuk menyertai Malaysia melalui referendum di bawah Suruhanjaya Cobbold 1963 dan penubuhan Malaysia telah pun berlaku pada 1963 secara rasminya. Tidak ada sesiapa, mahu pun kerajaan lain yang boleh membuat tuntutan".

Beliau diminta mengulas tindakan anak perempuan ketua pengganas Sulu, Jacel Kiram yang mendedahkan dokumen perjanjian di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British bertarikh 1878 melalui laman Facebook.

Perjanjian itu bertajuk Perjanjian Pajakan Sabah 1878 dengan isi kandungan utamanya: pemberian pajakan kekal oleh Sultan Sulu meliputi tanah dan wilayah Borneo bertarikh 22 Januari 1878.

Tambah Zainal Abidin, Jacel boleh mendedahkan seberapa banyak dokumen mengenai Sabah yang dikaitkan dengan kesultanan Sulu, namun tidak satu pun akan memihak kepada mereka.

Katanya, Sabah sudah rasmi hak negara ini sejak menyertai Malaysia pada 1963.

Sementara itu, Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Zaid Ahmad berpendapat, perjanjian yang termetera di antara Syarikat Borneo Utara British dengan Sultan Sulu mengenai pajakan kekal tanah Sabah sudah lama berlalu dan tidak boleh diguna pakai lagi setelah Sabah menyertai Malaysia pada 1963.

Katanya, mana-mana pihak kini tidak boleh mempertikai penyertaan Sabah dan Sarawak di dalam Malaysia.

"Kesultanan Sulu sendiri tidak diiktiraf di negara mereka sendiri iaitu Filipina dan sekiranya di bawa ke Mahkamah Antarabangsa sekali pun, perkara ini tidak akan menjadi kes untuk dibicarakan," katanya.

- Nama RAMOS tu datang dari mana???


 
 


No comments:

Post a Comment