Taktik itu dikesan selepas sepasukan polis Komando VAT69, Unit Tindakan Khas
(UTK) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu perkampungan rumah atas air Kampung
Bangau-Bangau, awal pagi semalam.
Dalam serbuan itu, enam lelaki ditahan termasuk seorang dipercayai suspek utama
pengganas Sulu
Difahamkan, kumpulan terbabit memasuki kampung berkenaan sejak beberapa hari lalu dan cuba mendapatkan perlindungan daripada orang hubungan yang sudah berada lama di kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah,
berkata serbuan dilakukan dengan pengawalan ketat seluruh kawasan kampung oleh
pasukan komando bagi mengelak kejadian serang hendap seperti di Kampung Simunul
pada 2 Mac lalu berulang
“Pasukan kita memantau pergerakan suspek sejak awal pagi sejurus menerima
maklumat penduduk tempatan mengenai kehadiran lelaki mencurigakan di kediaman
datuknya
No comments:
Post a Comment