KRISIS dalaman serta perebutan kerusi antara parti-parti pakatan pembangkang di Perak semakin meruncing sehingga menyaksikan kemungkinan berlaku pertembungan sesama sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Walaupun senarai penuh calon pembangkang dijangka diumumkan malam ini (Khamis), gerakan protes oleh pemimpin... akar umbi dijangka tetap berlaku berikutan penolakan terhadap calon pilihan parti selain perebutan kerusi antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Paling mencuri tumpuan ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering yang sebelum ini disebut-sebut akan ditandingi Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, tetapi dibantah oleh PKR.
Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain sebelum ini mengumumkan Mohammad Nizar bertanding di kawasan itu tetapi Pengerusi PKR negeri, Dr. Muhammad Nur Manuty menegaskan bahawa kerusi tersebut hanya akan diserahkan sekiranya Pas memberi kerusi lain sebagai ganti.
"Setakat ini belum ada (keputusan), mungkin ada perubahan tetapi masih dibincangkan. Tunggulah malam ini, mungkin kita akan umumkankan semuanya (calon)," kata seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas yang dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Perebutan kerusi Pas dan PKR di DUN Kota Tampan juga belum menemui jalan penyelesaian apabila Majlis Tindakan DUN Kota Tampan Pas yang mewakili 15 unit peti undi sebulat suara menolak mana-mana calon PKR yang diletakkan bertanding di kawasan itu.
Difahamkan, PKR Cabang Lenggong juga lumpuh akibat perletakan jawatan 13 orang ahli jawatankuasanya baru-baru ini sehingga mencetuskan keraguan dalam kalangan ahli Pas mengenai kemampuan PKR bertanding di kawasan itu.
PKR juga dijangka akan bertembung sesama sendiri di Parlimen Tapah apabila Ketua Cabang PKR Tapah, Ridzuan Bani mengesahkan bertanding sebagai calon Bebas kerana tidak berpuas hati dengan keputusan PKR meletakkan bekas pemimpin Hindraf, K. Vasantha Kumar bertanding di situ.
DAP yang sebelum ini dilihat 'selesa' menjelang hari penamaan calon, menerima tekanan apabila Parti Sosialis Malaysia (PSM) secara tiba-tiba mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang.
Ahli Majlis Tertinggi PSM, Dr. Jeyakumar Devaraj dalam satu kenyataan baru-baru ini menegaskan, parti itu tidak mempunyai pilihan untuk bertanding sebagai calon bebas jika DAP enggan melayan permintaan mereka.
Krisis dalam DAP juga menyakiskan seorang bekas pemimpinnya, K. Muthu memutuskan bertanding sebagai calon Bebas di DUN Kepayang kerana tidak berpuas hati dengan pemecatannya sebagai penyelaras Parlimen Ipoh Barat oleh Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran.
Ironinya, DUN Kepayang akan ditandingi oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang diketahui tidak sebulu dengan Kulasegaran.

No comments:
Post a Comment