Monday 15 April 2013

PENGORBANAN BESAR DR HAYATI KEPADA MAT SABU ADAKAH BERBALOI?

Tinjauan yang di buat oleh TK di Pendang memperlihatkan PAS Pendang berpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Taulan Rasul penyandang Dun Tokai  dan kumpulan Dr Hayati penyandang Parlimen Pendang yang dimenangi pada PRU 12.

Perpecahan ini dikatakan berpunca dari pengorbanan Dr Hayati, penyandang Kerusi Parlimen Pendang yang dimenanginya dengan majoriti tipis dari Barisan Nasional pada PRU 12 lalu.Dr Hayati telah memberi laluan kepada Mat Sabu mengambil tempatnya di Pendang.Kerusi tersebut diserahkan kepada Mat Sabu dan Dr Hayati pula dikatakan akan diberikan kerusi Dun Tokai bagi menggantikan Taulan Rasul.Taulan Rasul dikatakan akan memberi laluan kepada Dr Hayati Hakikat ini berubah disaat akhir apabila Taulan Rasul dijangkakan mengekalkan Kerusi Dun Tokai.Spekulasi ini tersebar meluas di media massa hari ini dan persoalan yang berlegar legar kepada penyokong penyokong PAS ialah dimana Dr Hayati akan bertanding setelah pengorbanan besar dilakukan oleh beliau  dengan meyerahkan Kerusi Parlimen Pendang yang kepada Mat Sabu.apakah Dr Hayati hanya akan menguruskan kliniknya sahaja atau sebaliknya kita akan dapat tahu sedikit masa lagi. 

No comments:

Post a Comment