Tuesday, 23 April 2013

RENUNGAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA YANG MEMIHAK KEPADA DAP

 
soalan cepu cemas yg sering ditanyakan oleh puak pakatan

  1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
 
Seluruh ahli Parlimen Perikatan(BN), Pas, Gerakan DAP, Parti sabah sarawak bersetuju sebulat suara 120-0 MEMECAT keanggotaan Singapura drp M'sia...

PAP, bapa kepada parti DAP di Malaysia pada hari ini (sahabat baik parti yang dijunjung macam tuhan oleh usta...
z) telah melakukan beberapa perkara yang membuatkan Malaysia huru-hara pada waktu itu. PAP pada waktu itu begitu lantangnya MEMPERTIKAIKAN HAK KEISTIMEWAAN BANGSA MELAYU sehingga berlakunya beberapa pergaduhan kaum.

Malaysia dijangka akan terjerumus dalam perang kaum yang lebih besar daripada 13 Mei sekiranya Singapura terus berada di dalam Malaysia. Dengan air mata yang menitik, Tunku terpaksa mengambil keputusan untuk melepaskan Singapura dari Malaysia. Namun, DAP yang CUKUP DICINTAI SEPENUH HATI oleh puak pakatan menyambung legasi PAP di Malaysia dan meneruskan kerja jahat mereka sehingga kemuncaknya pada 13 Mei, apabila Melayu dan cina bergaduh besar.

soalan yang ditanyakan seolah-olah cuba dan seperti MENUDUH BAHAWA UMNO dengan GIGI yang tersenyum simpul MENGHALALKAN dan SENANG HATI memberi Singapura kepada Lee Kuan Yew. :p

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?

Soalan ini harus dibetulkan sikit. Apakah benar tanah tinggi Genting Highland itu merupakan tanah Melayu? Kita kena buka kembali sejarah Melayu untuk bercakap mengenainya. Dalam Malay Dilemma, tulisan Tun Dr Mahathir ada mengatakan bahawa orang Melayu tidak berminat dengan tanah tinggi dan berebut tanah rendah pada zaman dahulu. Antara sebab tanah tinggi tidak dipandang oleh orang Melayu adalah kerana sukar untuk mendapatkan sumber air selain tidak dapat diusahakan dan tidak mendatangkan hasil.

Sekarang, saya mahu bertanya, kalau benar bahawa tanah genting itu milik orang Melayu, siapakah nama pemilik dan puak pakatan yang DIJANJIKAN SYURGA pasti memiliki dokumen-dokumen tertentu, mungkin boleh didedahkan kepada umum mengenainya. Kemudian, dedahkan juga kepada umum dokumen pajakan 999 tahun yang didakwa.

Mengenai lubuk judi, Lubuk judi yang dikatakan itu juga merupakan tempat kepada TAMAN TEMA NOMBOR SATU DI MALAYSIA. Jangan jadi hipokrit, kalau tidak puak pakatan, banyak lagi penyokong PAS yang telah membawa anak-anak mereka bermain di atas sana.

Dan lubuk judi yang puak pakatan cakapkan DIKHASKAN untuk ORANG YANG BUKAN ISLAM dan ORANG ISLAM ADALAH DILARANG SAMA SEKALI untuk memasukinya. Dan pusat judi itu hanya untuk orang yang bukan ISLAM. Jangan nafikan hak mereka yang bukan ISLAM…

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?

Saya tak pasti dari mana puak pakatan mendapat info ini, yang pasti, mereka sudah menyebarkan satu berita maka tanpa sebarang bukti, benda itu boleh dijadikan fitnah. Menurut apa yang saya tahu, BN sebenarnya telah meningkatkan lagi pemilikan ekuiti bumiputera dalam ekonomi.

Kenapa saya bercakap sebegitu? Mari kita bermain dengan statistik sikit. Pada tahun 1970, pemilikan ekonomi oleh kaum bumiputera hanyalah 2.5 peratus. Namun, di hujung perlaksanaan DEB, satu dasar untuk membantu orang Melayu, maka kita dapat melihat jumlah yang sekecil 2.5 peratus menjadi lebih daripada 20 peratus, iaitu 20.3 peratus.

Saya tertanya-tanya, kalaulah pada tahun 1970 pun pemilikan orang Melayu hanyalah 2.5 peratus dalam ekonomi, bagaimana pula dakwaan puak pakatan mengenai saham orang Melayu sejak merdeka mempunyai jumlah 50 billion?

4. 4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?

Soalan ini agak umum sebenarnya. Atas sebab apa tanah rezab melayu menyusut. Apakah dengan keterpaksaan tanah rizab melayu itu merosot? Apakah sikap orang Melayu itu sendiri yang tamak haloba akan wang ringgit, maka terus dijual tanah itu apabila mendapat tawaran daripada mana-mana pihak.

Juga kita harus lihat penyusutan tanah rizab Melayu atas tujuan apa? Mungkin pembanggunan. Dan setiap tanah orang Melayu yang dibeli oleh kerajaan untuk projek pembanggunan terutamanya PLUS yang memasuki tanah-tanah kampung akan diberi pampasan.

5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?

Kita pasti pernah mengikuti bukan proses bagaimana Malaysia mempertahankan Pulau Batu Putih habis-habisan? Tak pernah? Saya faham. Biar saya terangkan sikit. Malaysia bukan bagi terus pulau Batu Putih tu macam bagi gula-gula kat budak-budak.

Ini ialah soal undang-undang di mana Singapura telah membawa isu tuntutan Pulau Batu Putih ke ICJ. Kita telah lawan mereka dengan kemukakan dokumen-dokumen sejarah tetapi tidak cukup kuat. Kita kena buka sejarah balik. Kenapa dokumen kita tidak cukup kuat?

pernah dengar insiden sebuah kapal British yang membawa dokumen-dokumen sejarah Melayu dari tanah ini sehinggakan anak Melayu tidak mengenali apa itu Srivijaya, Langkasuka, Gangga Negara karam di Laut Cina Selatan? Ya, saya pasti mereka tak pernah dengar. Masakan mereka boleh mempersoalkan soalan seperti nombor 1.

Akhir sekali, Pulau Batu Putih menjadi milik mereka kerana Singapura mempunyai surat yang ditulis dan ditandatangan oleh Sultan Johor bahawa Pulau Batu Putih diserahkan pada Singapura.

6. Siapakah yang mengenakan caj melebihi pinjaman untuk para pelajar yang mngambil PTPTN?

Bukankah sekarang sudah ada penambahbaikkan dalam pinjaman PTPTN? Pernah dengar konsep ujrah yang diperkenalkan oleh PTPTN? Ujrah yang dimaksudkan ialah bayaran upah untuk para pekerja yang menguruskan pinjaman, kos memberi pinjaman sebaliknya.

Kaedah baru pembiayaan pendidikan dengan pengenaan ‘Ujrah' atau upah sebanyak 1% setahun atas kadar rata (flat rate) adalah bagi menggantikan kaedah pinjaman sedia ada yang mengenakan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan (reducing balance).

7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?

Kelantan. Kenapa? Ehh sekejap. Kena tengok dulu statistik bangsa lain di negeri Kelantan. Seberapa banyak jumlah orang bukan Melayu di sana. 95 % merupakan orang Melayu manakala 3.8 % merupakan orang cina sahaja. India pula hanya 0.3 peratus. Jadi… saya mahu bertanya. puak pakatan tak tengok statistik ke? Atau bermain dengan persepsi sahaja? Tiada apa yang boleh dibanggakan pun mengenai kerajaan KELANTAN yang ditadbir oleh PAS.

8. 8. Siapa yg menolak hukum HUDUD selama ini ?

JAKIM ialah badan yang ditugaskan oleh kerajaan untuk menjalankan dan menguruskan segala aktiviti berkaitan dengan agama Islam. Jika dirujuk jawapan JAKIM ketika ditanyakan mengenai perlaksanaan Hudud di Malaysia. Di bawah ialah jawapannya.

“Sebagai seorang Islam adalah berkewajiban untuk mengimani hukum Islam, ibadat, munakahat, muamalat dan ta'zir serta hudud. Sesiapa yang tidak mengimaninya adalah tergelincir akidahnya. Kerajaan kita sedang melaksanakan hukum-hukum syarak secara berperingkat-peringkat. Undang-undang Keluarga Islam, enakmen Jenayah Siasah Syar'iah dan llain-lain seperti bank Islam, Universiti Islam adalah contoh seriusnya kerajaan menjalankan Islam secara berperingkat. Kerajaan berkali-kali mengatakan tidak menolak hudud dan kita sedang berfikir bagaimana carauntuk melaksanakannya. Negara Malaysia sedang berusaha melaksanakan ciri-ciri sebagai sebuah Negara Islam.”

9. Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?

Saya nak tanya, tahu tak kenapa IPP ni dibuat? IPP ni dibuat kerana ketika negara ke arah sebuah negara industri, kita memerlukan 'reserve energy' yang tinggi untuk kilang dan industri yang ada. Subsidi kepada IPP ini tidak jelas kerana menurut pengetahuan saya dan pembacaan saya subsidi IPP ini sama dengan subsidi kepada TNB dan pembahagian IPP juga adil kepada wakil setiap kaum utama dalam Malaysia.

10. Siapakah pemimpin yg kerap dilihat mengimarahkan program2 maksiat malah menjemput artis2 yang mengadakan tarian2 munkar, lps tu mngatakan ia sponsor dari sykt korporat kroni, bila di periksa sykt tu takde acc yg active pulak tu ?

Siapakah yang menjemput artis untuk menari tarian K-Pop di Bertam? Siapakah yang ditangkap basah pukul 3 pagi dengan isteri orang kemudian beralasankan memberi kaunseling dalam bilik hotel? Siapakah yang ditangkap basah dengan isteri orang, kemudian menyalahkan UMNO. Kemudian, kahwin juga akhirnya dengan orang yang ditangkap basah itu?

Kenapa tak tanya siapakah yang telah membina masjid di Malaysia? Kenapa tak tanya siapakah yang telah berjuang untuk saudara sesama Islam di Palestine. Bosnia dan Afghanistan? Kenapa tak tanya siapakah yang telah mendirikan Mahad Tahfiz di Malaysia? Yang telah mendirikan banyak sekolah agama? Kenapa?

No comments:

Post a Comment