KOTA KINABALU 7 April - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) hari ini tidak dibenarkan memasuki Sabah dan diminta kembali ke Semenanjung.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang turut tiba bersama Tian Chua bagaimanapun dibenarkan memasuki Sabah dan diberikan pas lawatan sementara oleh para pegawai imigresen bertugas.
Mohamad yang dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, beliau mengesyaki sesuatu 'perkara' akan berlaku apabila sejurus turun daripada pesawat mereka disapa dan ditegur oleh beberapa polis cawangan khas yang seperti sedang menunggu ketibaan mereka.
"Semasa bergerak ke kaunter imigresen saya nampak ramai pegawai-pegawai beruniform biru dan Tian Chua dimaklumkan tidak dibenarkan memasuki Sabah. Saya bernasib baik kerana diberikan sekeping kertas putih (pas lawatan sementara)," katanya semasa merasmikan markas Pas Dewan Undangan Negeri Tanjung Aru di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment