Apa nak jadi dengan PAS sekarang???Demi survival politik mereka sanggup membelakangkan ugama??
Demi percaturan mereka dalam PR mereka sanggup memaki hamun pemimpin tertinggi mereka merangkap seorang ulamak??Pas ternyata sudah terpesong dari landasan sebenar penubuhan parti mereka.Lim Guan Eng sendiri dalam penerbitan berita sinar kelmarin (17/10/2013) menegaskan bahawa DAP masih tetap akan menggunakan kalimah Allah.Sungguh kurang ajar mereka sekarang.Ini semua tak lain dan tak bukan kerana mereka (DAP) terlalu diberi muka oleh PAS dan PKR .
Anwar Ibrahim ,Nik Aziz serta Hj Hadi sependapat untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain.Dimanakah pendirian mereka?Kenapa dalam isu ini umat islam tidak boleh sependapat dan melupakan sejenak ideologi politik??Untuk menilai lebih lanjut,anda boleh baca di sini
Kenapa nada ulamak-ulamak dalam PAS tidak seiring dengan Ustaz Haron Din dan Ustaz Harun Taib??

Lim Guan Eng |
GEORGETOWN - DAP tetap bertegas dengan pendiriannya berhubung penggunaan kalimah ALLAH.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu tetap mempertahankan dan tidak akan berganjak daripada pendirian mereka sebelum ini.
“Walaupun Mahkamah Rayuan memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald, kita (DAP) tetap dengan pendirian seperti sebelum ini. Pendirian DAP berhubung isu kalimah ALLAH adalah jelas.
“Saya rasa anda semua tahu apakah pendirian DAP berhubung isu ini, namun pendirian berkenaan tidak mewakili suara pakatan pembangkang,” katanya kepada media semalam.
Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan akhbar mingguannya, The Herald.
Ini bermakna keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan Roman Katolik adalah dibatalkan.
Mahkamah Rayun juga berpendapat, tiada alasan mengapa Gereja Katolik berkeras menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya, jika dibenarkan akan menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat.
Bagaimanapun, Guan Eng berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan mesyuarat pada hari ini bagi membincangkan isu berkenaan.
“PR akan bermesyuarat esok (hari ini) untuk membincangkan pendirian ketiga-tiga parti berhubung isu ini. Mesyuarat itu menentukan pendirian PR dengan tidak mengetepikan pendirian mana-mana parti di dalamnya (PR).
“Mesyuarat ini juga diadakan bagi menghormati ketiga-tiga parti dalam mengeluarkan satu kenyataan bersama. Saya tidak boleh bercakap mewakili pakatan pembangkang kerana isu ini adalah sensitif, jadi kita akan tunggu mesyuarat PR dalam menentukan pendirian pakatan terhadap isu ini,” katanya.
Sebelum ini, Guan Eng pernah mendesak kerajaan supaya membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu ketika menyampaikan perutusannya sempena Hari Natal tahun lalu.
Pada awal tahun ini, PR mengambil pendirian menyatakan Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran yang seterusnya turut dipersetujui Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Tergamak orang-orang PAS sehingga memaki hamun pemimpin mereka sendiri hanya kerana tidak senada dengan irama yang didendangkan oleh Anwar,Nik Aziz,Hj Hadi dan DAP..
Anda saksikan sendiri apa kata Ustaz Haron Din mengenai isu ini..
Nampaknya PAS sudah tidak RELEVEN untuk disokong..sekian
No comments:
Post a Comment