Friday 22 November 2013

JANJI MANISMU WAHAI GERAKAN

Kadang-kadang aku ni nk tergelak dgn GERAKAN atau parti komponen BN ni.Time nak minta peruntukkan,sembang buat orang bimbang

  Depa la yang buat kerja mcm nak rak,tp bila keputusan undi,sah2 orang gerakan sendiri tak bagi undi.Cer kome baca apa kata pengerusi GERAKAN Perak ni~~

GERAKAN harap Kerajaan Dapat Bantu Parti Komponen BN:-Dr Lee Chee Pheng

"Saya harap kerajaan dapat sokong GERAKAN dalam usaha untuk membangunkan tahap pemikiran rakyat seiiring dengan pembangunan negara.

Pengerusi Parti GERAKAN Perak, Dr Lee Chee Pheng menganggap usaha untuk membangunkan tahap pemikiran di negara ini adalah sesuatu yang penting.

Katanya, tahap pemikiran rakyat yang masih belum mencapai tahap tertinggi boleh membantutkan usaha kerajaan dalam mencapai Wawasan 2020.

"Bagi saya apa yang kita perlu lakukan sekarang adalah sesuatu yang dinamakan 'Training of the People'. Ini sesuatu yang mustahak.

"Target Wawasan 2020 ini akan sampai, tetapi adakah negara akan dapat capai wawasan itu?

"Sekarang kita perlu lihat semula tentang infrastruktur rakyat, kalau pemikiran rakyat belum sampai tahap pembangunan negara maka adalah sukar kita nak capai Wawasan 2020," katanya kepada PerakBN.

Mengulas mengenai kekalahan parti itu di Perak pada Pilihanraya ke 13, lantas Dr Lee menegaskan ia tidak bermaksud bahawa anggota Gerakan tidak membuat kerja.

Katanya, dalam memastikan calon parti itu menang, setiap anggota Gerakan telah bekerja keras.

"Setiap komponen parti dalam BN memang telah kerja kuat dalam PRU 12 dan 13 yang lepas.

"Cuma kita dapati keputusan yang tidak memuaskan tapi kita tak boleh cakap yang komponen parti tidak menjalankan tugas mereka.

"Mereka memang ada buat kerja tetapi adakah mereka berjaya menyampaikan kepada rakyat? Adakah rakyat tahu bahawa ini adalah kerja-kerja yang dibuat oleh BN ataupun telah disalahertikan bahawa kerja-kerja itu telah dibuat oleh pihak lain.

"Jadi ini adalah persoalan yang penting. Rakyat perlu tahu apa maksud kerakyatan dan hak mereka sebagai pengundi.

Tambah beliau lagi, setiap kali pilihanraya, apa yang menjadi kerisauan utama kerajaan adalah berapa ramai yang keluar mengundi.

"Kenapa BN atau kerajaan yang mentadbir itu perlu risau tentang soal ini?

"Rakyat perlu tahu, kenapa pentingnya menjadi seorang pengundi.

"Jika pemikiran rakyat dapat diubah kepada proses mengundi itu sesuatu yang penting kepada mereka dan negara maka kerajaan tidak perlu risau," katanya lagi.

Jadi dalam usaha untuk mengubah tahap pemikiran rakyat, GERAKAN Perak akan membuat program berbentuk keagaman, pembangunan mental dan kebudayaan kerana ini adalah nilai yang boleh membawa rakyat kembali..



Sudah-sudah laa tu duk percaya kat depa lagi.Tengok jer apa jadi dengan sungai limau.bg peruntukkan berjuta2 tp kalah jgk di PDM depa ni.Ampa tak percaya jugak??baca di sini ~~


( Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, berdasarkan pemerhatian beliau dan maklum balas daripada Gerakan dan MCA yang menjalankan kajian di situ sejak lebih sebulan lalu, ada sikap terbuka masyarakat berkenaan kembali menyokong BN.
“Seperti kita lihat dalam majlis ini yang datang adalah pengundi tempatan dan bukannya pengundi luar, kalau mereka tidak suka, mereka tidak datang pun tak apa, namun kita akan lihat nanti berdasarkan keputusan di peti undi majoriti masyarakat Cina apa yang kita sebutkan tadi (kembali menyokong BN) atau sebaliknya,” katanya.)
Ni kata TPM dan ternyata kita boleh lihat sendiri keputusan dan jumlah pengundi cina yang mengundi BN di sana

PESANAN AKU:SUDAH CUKUP2 SUDAH..