Wednesday 25 September 2013

PENYOKONG-PERNYOKONG PAS SEMAKIN BERCELARU????


Apa dah jadi dengan penyokong2 Pas ni?????Sampai macam tu sekali penghormatan diberi???Ulamak-ulamak dalam Pas kenapa membisu???


Yang ni lagi jelas..apa kata anda???Semakin bercelaru nampaknya PR ni..baca elok2 penjelasan di sini

Rasanya ada yang tidak kena dengan nikah mutaah PAS,PKR DAN DAP ni...

SIAPA KOMUNIS DI HATI ANDA???FIKIR-FIKIRKAN..


Bertanya kepada rakyat Malaysia yang berumur 70thn ke-atas rata-rata mereka menceritakan kekejaman komunis dahulu tetapi akhir-akhir ini bila mana kita dikejutkan dengan kematian Chin Peng iaitu ketua gerila komunis (PKM) ,kita bukan saja dikejutkan dengan kehormatan yang amat tinggi diberi oleh penyokong-penyokong PR

seperti yang tertera dalam screenshot di atas,malahan kita juga terkedu apa bila seorang pemimpin PAS Kedah iaitu Fadzil Baharom memberikan penghormatan terakhir kepada pengganas komunis yang menghabiskan sisa hidupnya di Bangkok Thailand

Adakah ini menunjukkan PAS juga menyokong komunis???Tidakkah mereka pernah dengar keluh kesah,rintihan atau cerita dari atuk atau nenek mereka perihal kekejaman komunis dahulu?



Bacalah apa pula yang mufti dari negeri Nik Aziz perkatakan.. mufti Kelantan berkata bahawa, tindakan pihak-pihak tertentu yang berhasrat membawa abu mayat bekas pemimpin pengganas komunis, Chin Peng, pulang ke negara ini adalah sebagai tindakan tidak wajar.


Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tidak ada sebab untuk pihak tertentu membawa pulang abu Chin Peng memandangkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu merupakan pengkhianat negara sekali gus tidak layak diberi penghormatan.

"Semasa dia hidup lagi kita tidak pernah membelanya, apatah lagi untuk menghargainya. Jadi, kita perlu teruskan apa yang kita perjuangkan walaupun selepas kematiannya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas cubaan pihak tertentu menyeludup masuk abu jasad Ching Peng untuk disemadikan di kampung halamannya di Sitiawan, Perak.

Mohamad Shukri berkata, tindakan tersebut perlu dihalang bagi mengelak fahaman komunis di negara ini berkembang apatah lagi fahaman itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan bertegas dan tidak berkompromi dalam perkara tersebut bagi menjaga perasaan pihak yang pernah menjadi mangsa keganasan komunis suatu ketika dahulu. - Utusan Malaysia


adakah ini wajar???



FIKIR-FIKIRKANLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA..SIAPA KOMUNIS DI HATI ANDA???