Tuesday 19 March 2013

MAT SABU DIK MAH SAH BERTANDING DI PARLIMEN PENDANG?


Dengan bermodalkan Taulan Mat Rasul dah tersangat renta, dah tua dan nak berjalan pun, terkengkang-kengkang, maka Mat Sabu pun dihalalkan masuk ke Pendang untuk bertanding di kerusi Parlimen Pendang. Manakala penyandangnya sekarang, Dr. Hayati Othman akan ditolak ke DUN Tokai dan diangkat sebagai FUTURE MENTERI BESAR OF KEDAH menggantikan Azizan Abdul Razak.
 
Untuk 'menghalalkan' Mat Sabu ke Pendang, dikatakan kerusi Parlimen Pendang pernah disandang oleh bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadzil Nor. Konon-kononnya dengan jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh Mat Sabu sekarang ini, maka sesuai sangatlah kerusi itu ditandingi dan dimenangi oleh Mat Sabu.
 
Mat Sabu adalah orang Pulau Pinang. Mat Sabu tidak pernah bertanding di Pulau Pinang selepas dua kali kalah di Permatang Pauh pada tahun 80-an dahulu meskipun dia mendapat gaji besar dari Pulau Pinang.
 
Alasan yang mewajarkan Mat Sabu untuk bertanding di Pendang ialah, PAS Pendang menawarkan kerusi Parlimen Pendang untuk ditandingi oleh Mat Sabu. PAS Pendang sudah tidak mempunyai sesiapa pun untuk bertanding di kerusi tersebut. PAS Pendang terpaksa menumpang tuah dan hebiaq mulut Mat Sabu untuk meneruskan penguasaan Kerusi Parlimen Pendang.
 
Namun sesuatu yang sangat jelas dalam hal ini ialah, Mat Sabu sebenarnya sedang memberikan isyarat kepada Azizan Abdul Razak bahawa dia sebenarnya sangat berkuasa di Kedah. Banyak YDP PAS Kawasan yang bergantung di ketiaknya. Mereka tidak takut-takut untuk menyatakan kepada Azizan, dia tidak lagi diperlukan di Kedah sama ada sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri mahupun sebagai Menteri Besar. Sudah ada orang yang lebih layak untuk Azizan bagi jawatan tersebut dan orang berkenaan adalah dari kumpulan Mat Sabu.
 
Dalam hal ini, orang berkenaan adalah Hayati Osman, individu yang sebelum ini dikaitkan sebagai 'orang Azizan' tetapi dengan perkembangan terbaru ini membuktikan yang Azizan sebenarnya bersendirian. Tiada sesiapa pun yang mahu bergandingan atau pun membantu Azizan.
 
Wala' sekarang ini sudah tidak wujud kerana wala' kepada Mat Sabu selaku Timbalan Presiden jauh lebih penting berbanding wala' kepada Azizan yang hanya berjawatan Pesuruhjaya PAS Kedah dan Menteri Besar.
 
Perkembangan terbaru ini amat menarik untuk diperhatikan. Kalau PAS menggelakkan UMNO kerana upacara cantas-mencantas, nampaknya PAS Kedah juga tidak terkecuali daripada adat berkenaan. Malah lebih teruk lagi, PAS Kedah terpaksa membawa masuk jagoan dari luar untuk meneruskan tradisi berkenaan.
 
Yang menjadi persoalan, adakah Azizan Abdul Razak akan angkat bendera putih dan menyerahkan tampuk pentadbiran negeri kepada Kumpulan Mat Sabu dan Mahfuz Omar seandainya PAS berjaya mengekalkan penguasaan DUN Kedah selepas PRU13 nanti?
 
Kerusi Parlimen Pendang kini disandang oleh Datuk Dr Mohd Hayati Othman dan beliau dilaporkan akan bertanding kerusi dewan undangan negeri pada PRU kali ini.
 
Pada awal Mac, Yang Dipertua PAS Pendang, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dilaporkan berkata, mereka telah mencalonkan Mat Sabu dan dua yang lain untuk bertanding di kerusi parlimen Pendang.
 
Memetik sumber lain pula mendakwa Mat Sabtu tidak berminat untuk bertanding di Pulau Pinang walaupun berasal dari negeri itu kerana PAS tidak mempunyai pengaruh kuat dalam negeri yang diperintah DAP itu.
 
Pendang dianggap sebagai kerusi selamat kerana mempunyai jumlah ahli PAS yang ramai iaitu 15,000 orang.
 
psst.....masyarakat Pendang dikatakan lebih teruja dengan Tok man Bedun dan rata rata menolak pemimpin yang dilihat popular tapi dipalit dengan isu moral yang sensitif terutama membabitkan isteri orang....
 
 
Mat sabu akan perit di Pendang kerana aura calon BN kali ini sangat kuat dikalangan Masyarakat Pendang.

ASAL USUL PENDANG KEDAH

Tuesday, 19 March 2013

@pendang_APJr : Asal Usul Pendang Kedah

SEJARAH LATAR BELAKANG PENDANG

Nama ‘Pendang’ dikatakan berasal daripada nama ‘Pendiat’ yang bermakna parit atau lubang yang digali khas untuk menangkap dan menjinakkan gajah. Gajah-gajah yang telah dijinakkan dimandikan di telaga sejarah yang terdapat berhampiran Balai Polis Daerah Pendang. Menurut sejarah, telaga ini adalah telaga asal dan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau panjang. Anak-anak gajah dipelihara di sebuah kampung yang bernama Kubang Anak Gajah dan gajah-gajah yang mati pula akan ditanam di satu tempat bernama Kampung Gajah Mati.

Pada zaman tersebut, Pendang adalah tempat pembiakan gajah yang terbesar dan terkenal di Negeri Kedah selain dari Mukim Naga di Daerah Kubang Pasu. Gajah menjadi kenderaan utama pada masa itu terutama sebagai kenderaan darat untuk menghantar ‘ufti’ ( Bunga Emas ) ke Negeri Siam. Pendang merupakan sebuah daerah dalam Negeri Kedah Darul Aman yang diwartakan pada 1 Februari 1975 dan disempadani oleh Daerah Kota Setar di bahagian Utara, Daerah Yan di Barat, Daerah Padang Terap dan Sik di sebelah Timur dan Daerah Kuala Muda di bahagian selatan. Keluasan bagi Daerah Pendang ialah 62,929 hektar atau 629.29 kilometer persegi dan terbahagi kepada lapan mukim iaitu Mukim Tobiar, Mukim Padang Pusing, Mukim Guar Kepayang, Mukim Padang Peliang, Mukim Rambai, Mukim Bukit Raya, Mukim Padang Kerbau dan Mukim Air Puteh.

Sebanyak 27,639 hektar tanah di Daerah Pendang digunakan untuk tanaman getah manakala 18,462 hektar tanah digunakan untuk tanaman padi. Antara tanaman yang semakin pesat diusahakan di Daerah Pendang ialah rambutan, durian, cempedak, mangga, dokong, limau bali, nangka dan manggis. Sektor perniagaan yang terdapat di Daerah Pendang dibahagikan kepada dua kategori iaitu perniagaan formal (barang runcit dan perkhidmatan) dan perniagaan tidak formal (gerai dan penjaja). Aktiviti perniagaan di Daerah Pendang tertumpu pada kawasan penempatan utama seperti Pekan Pendang, Tanah Merah, Tokai, Kubur Panjang, Bukit Jenun, Kilang Kechik, Kokbah dan Kampung Baru.

Daerah Pendang tidak mempunyai kawasan khusus untuk industri. Sektor perindustrian adalah berselerak di merata tempat. Industri di Daerah Pendang banyak tertumpu kepada hasil pertanian seperti kilang beras dan getah. 68 peratus kilang di daerah Pendang dimiliki oleh kaum Cina yang terlibat dalam semua jenis kilang. Melayu memiliki 26 peratus jumlah kilang di Daerah Pendang, hampir semuanya terlibat dalam industri makanan. Kaum-kaum lain memiliki kurang dari lima peratus.

Daerah Pendang mempunyai 32 buah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (tiga buah) , Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (sebuah), Sekolah Menengah Agama Rakyat (dua buah) dan Sekolah Menengah (9 buah). Keseluruhannya, pelajar sekolah rendah seramai 13,994 orang dengan tenaga pengajar seramai 740 orang dan jumlah kelas sebanyak 240 buah.SUMBER DIPETIK DARI aktivispendangjr.blogspot.com

BOLEHKAH BANGKAI BUSUK PELIWAT DITUTUP DENGAN 100 JUTA ?

 
Anwar Ibrahim hari ini bertindak menyaman seorang individu kerana didakwa menyebarkan gambar serta video lucah didalam ruang siber yang dikatakan mirip dirinya. Saman berjumlah RM 100juta tersebut telah difailkan di Mahkamah hari ini.


Menurut N.Surendran yang membuat kenyataan media bagi pihak anak guamnya, beliau memaklumkan bahawa Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah memulakan prosiding undang-undang terhadap satu Wan Muhammad Azri bin Wan Deris yang merupakan pemilik / pengendali laman web berkaitan Umno yang dikenali sebagai "Papa Gomo".


Pada 16 Mac 2013, laman web Papa Gomo menyiarkan gambar palsu dan tuduhan tidak berasas terhadap Datuk Seri Anwar dalam usaha untuk mengaitkan beliau dalam satu lagi video seks yang direka.


Dalam surat permintaan yang dihantar hari ini, peguam Anwar telah menuntut supaya blogger Papa Gomo menarik balik tuduhan berniat jahat, meminta maaf dalam tempoh 48 jam mulai dari hari ini, dan membayar ganti rugi dalam jumlah sebanyak RM 100 juta.


Jumlah gantirugi yang dituntut iti berdasarkan hubungan rapat blogger tersebut dengan beberapa pemimpin kerajaan serta Agensi dan juga sokongan jelas UMNO terhadapnya.


Anwar sebelum ini menafikan beliau adalah individu yang dimaksudkan didalam beberapa siri video serta gambar skandal seks yang menggemparkan negara. Bukti fizikal seperti bentuk perut telah menjadi alasan Anwar menafikan dakwaan terbabit. ~ MPP News