Friday 15 March 2013

BONGKAR...!!! PEGUAM ANWAR DEDAHKAN LIWAT BERLAKU..!!

OPERASI 'SABAH NAK HILANG' ANTARA PENDEKATAN ANWAR CETUSKAN HURU HARA


Operasi 'Sabah Nak Hilang', Antara Pendekatan Anwar Cetus Huru-Hara..

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim kini dilihat semakin terdesak, semata-mata untuk memasti...kan impiannya menjadi perdana menteri tercapai apabila sanggup melakukan dan menghalalkan apa sahaja tindakan sehingga menyemai sentimen kebencian malah menghasut penyokong pakatan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.

Ketika menghadiri satu siri ceramah mereka di Seremban baru-baru ini, penulis terkejut dan tidak sama sekali menyangka bahawa Anwar telah menyalahtafsirkan buku hasil karya terbaru Profesor Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi yang bertajuk 'Kebangkitan Rakyat' sebagai rujukan menghalalkan penentangan rakyat terhadap kerajaan.

Ucapan pemimpin ‘anugerah tuhan’ (gelaran yang dikurniakan oleh isteri tercinta) itu seolah-olah mempunyai "agenda tersembunyi" dengan cuba "mengekploitasikan" karya tersebut. Rakyat diajak untuk menerima tafsiran jijik yang dibuat Anwar bahawa kebangkitan rakyat menetang kerajaan adalah merupakan satu perkara yang dibenarkan Islam.

Hujah yang disandarkan kepada ulama Islam tersohor itu telah dilacurkan oleh Anwar bagi untuk menyakinkan rakyat, kononnya tindakan mereka bukanlah perkara yang keji malah merupakan sesuatu yang dibenarkan oleh Islam. Sedangkan di masa yang sama Anwar gagal menerangkan secara keseluruhan pandangan ulama tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan kebangkitan rakyat, jenis pemerintahan yang bagaimana perlu ditolak, dalil apa yang perlu diguna pakai dan sebagainya?

Walhal secara rational dan warasnya senario di ‘arab spring’ amat berlainan sekali jika hendak dibandingkan dengan negara ini. Setiap perbandingan yang dilakukan hendaklah dilakukan secara adil dan menyeluruh ‘apple-to-apple comparison’. Apakah dikira adil sekiranya kita membandingkan antara kancil dengan gajah? Malah di dalam Islam sendiri mentafsirkan pengertian adil itu membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.

50 SEN TANDA KOMANDO KITA DAH SAMPAI RUMAH KIRAM

 
 
Gempar, seluruh filipina hari ni gempar apabila seorang budak menunjukan wang syiling 50sen yang baru milik Malaysia yang diberikan kepadanya oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam ..
Mau terkencing Kiram bila tengok budak ni pegang Syiling 50 Sen Malaysia..Teringat aku masa Komando kita letak setem Malaysia di Kompleks Pertahanan Udara Singapura Di Bukit batok