Sunday 17 March 2013

FILIPINA TERUSKAN TUNTUTAN KEATAS SABAH...!!

Dah agak dah! Filipina teruskan tuntutan ke atas SABAH!!!

Walaupun tidak pernah digugurkan secara rasmi, Filipina sudah agak lama tidak menyuarakan tuntutan ke...
atas Sabah secara terbuka.

Namun hari ini, di Baguio City, Presiden Benigno mengesahkan negaranya akan terus menuntut Sabah daripada kerajaan Malaysia.

Pendekatan Benigno bagaimanapun lebih terpuji kerana memilih pendekatan dialog dan diplomasi dalam tuntutan berkenaan.

Beliau mengakui isu Sabah adalah kompleks dan tahu kedua negara tidak akan melepaskan wilayah yang kaya dengan hasil petroleum berkenaan.

Benigno bagaimanapun tidak mahu pendekatan kenteraaan digunakan terutama di kala negara sedang berhadapan dengan China berhubung tuntutan ke atas Kepulauan Spartly (Bajo de Masinloc) di dalam perairan Laut Filipina Barat (Laut China Selatan).

Beliau memberitahu demikian pada satu majlis di Akademi Tentera Filipina.

Walaupun Filipina mahu meneruskan tuntutan ke atas Sabah, namun ia dilihat sebagai satu tuntutan yang lemah termasuk di kalangan rakyat Filipina sendiri.

UPDATE SEMPORNA:SUSPEK UTAMA DIPERCAYAI DITEMUI

Semporna: Kumpulan pengganas Sulu dipercayai berselindung di sebalik kediaman beberapa penduduk tempatan bagi mengelak ditahan pasukan keselamatan Ops Daulat

 
Taktik itu dikesan selepas sepasukan polis Komando VAT69, Unit Tindakan Khas (UTK) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu perkampungan rumah atas air Kampung Bangau-Bangau, awal pagi semalam.
 
 
Dalam serbuan itu, enam lelaki ditahan termasuk seorang dipercayai suspek utama pengganas Sulu
 

 
 
Difahamkan, kumpulan terbabit memasuki kampung berkenaan sejak beberapa hari lalu dan cuba mendapatkan perlindungan daripada orang hubungan yang sudah berada lama di kawasan itu.
 
Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah, berkata serbuan dilakukan dengan pengawalan ketat seluruh kawasan kampung oleh pasukan komando bagi mengelak kejadian serang hendap seperti di Kampung Simunul pada 2 Mac lalu berulang
 
 
“Pasukan kita memantau pergerakan suspek sejak awal pagi sejurus menerima maklumat penduduk tempatan mengenai kehadiran lelaki mencurigakan di kediaman datuknya