Thursday 26 September 2013

KEMAMPUAN DATUK SURAYA YAACOB MENGGALAS CABARAN NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA

KENALI CALON ANDA
Calon bagi naib ketua wanita UMNO Malaysia iaitu Datuk Suraya Yaacob. 


Beliau bukanlah seorang yang asing bagi penduduk Pendang memandangkan beliau sudah 3 penggal berturut2 menang sebagai wakil rakyat kawasan Dun Sungai Tiang yg terletak di Parlimen Pendang.

Beliau selaku Ketua Wanita UMNO Pendang juga disegani dan dihormati oleh jentera wanita dan puteri Pendang kerana kerja keras beliau utk memastikan jentera wanita dan puteri aktif dlm program masyarakat setempat dan juga terlibat secara langsung dlm kempen PRU baru2 ni.oleh itu, tidak hairan lah apabila UMNO bahagian Parlimen Pendang dipilih menjadi UMNO bahagian yg paling aktif di Malaysia .

Di peringkat nasional pula,beliau adalah bekas pengerusi TEKUN.sepanjang menjawat jawatan itu,ramai yang telah dibantu untuk dimulakan perniagaan, seterusnya telah membantu mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan ramai bumiputera mengubah taraf pendapatan yang lebih baik.

Oh yer, beliau juga adalah penerima Anugerah Belia Nasional 2012.

Pada PRU13, beliau telah mendapat sokongan yg padu dari penduduk Dun Sg Tiang, hasilnya, beliau memperoleh undi majoriti yg besar, sekaligus mengenepikan 3calon yg lain.
Undi majoriti nya yg besar sedikit sebanyak membantu menewaskan Mat Sabu di Parlimen Pendang.

Beliau adalah satu2 nya ahli Puteri UMNO yg berjaya menjawat jawatan Exco Wanita UMNO Malaysia pada perhimpunan agung sebelum ni.

Ramai perwakilan yg hendak menyahut seruan Presiden supaya mentraformasikan UMNO, meremajakan UMNO, yg ingin melihat UMNO diwakili oleh pemimpin muda yg berkaliber, muda, agresif, sayangkan Melayu, memperjuangkan Melayu, yg sanggup bantu Melayu menjadi lebih baik dari semua segi.
Dengan segala pencapaian oleh beliau, sebagai wakil rakyat selama 3penggal (kalau tak bagus, takkan boleh menang smpai 3penggal..orang PR pun undi dia. Sebab dia memang tolong Melayu ) dan sebagai bekas Pengerusi TEKUN yg banyak berjasa kpd bumiputera, tidak syak lagi, Datuk Suraya Yaacob merupakan calon yang paling layak dan penuh dgn kredibiliti utk menjawat jawatan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO MALAYSIA.

#BERANIBERUBAH
#SURAYA4NKW