Tuesday 24 September 2013

SIAPAKAH MOHD ALI RUSTAM???

Datuk Seri Mohd Ali Rustam merupakan pengerusi PUNB Malaysia menjadi calon untuk bertanding kerusi Naib Presiden Umno.Beliau yg merupakan mantan Ketua Menteri Melaka yang telah membawa negeri Melaka sebagai sebuah negeri maju 10 tahun lebih awal sememangnya layak menduduki kerusi tersebut.

Anda semua boleh melayari blog beliau di sini
 

Memetik kata2 beliau dalam satu temuramah~~  Mohd Ali berkata antara langkah yang akan dilakukan bagi mencapai misi tersebut ialah memfokuskan pembelian rumah kedai di kawasan strategik dan berpotensi untuk maju. "Sekarang ini kita terus beli tempat maju. Jadi bila semua bertumpu di situ, harga pun naik. Tempat yang kurang maju sekarang kita biar, kouta bumiputera pun kita biar begitu saja dan akhirnya nanti bukan Bumiputera beli, satu hari nanti bila tempat ni maju kita pula baru nak pergi tapi rumah kedai dah habis, harga pun naik. "Jadi saya dah minta kita ubah sedikit cara. Kita bukan saja tumpu di kawasan yang maju sekarang, kita juga mesti tumpukan kawasan yang akan jadi maju kerana rumah kedai akan naik," katanya.

 Bekas Ketua Menteri Melaka itu juga berkata, cadangan itu timbul ekoran pengalamannya memajukan ekonomi Melaka selama 12 tahun mendapati golongan Bumiputera menghadapi kesukaran memiliki premis berniaga, di mana hanya 10.5 peratus adalah milikan Bumiputera di Melaka sementara hanya lima peratus di peringkat nasional. Selain itu katanya, beliau akan mengusahakan agar proses kelulusan pinjaman oleh usahawan Bumiputera dipercepatkan bagi mencapai misi PUNB itu, agar selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pendapatan tinggi menjelang 2020. "Saya dah minta pihak pentadbiran potong separuh. Kalau sekarang ini 60 hari campur 45 hari jadi 105 hari, saya minta boleh tak dalam separuh dari tempoh itu mendapat pinjaman. "Kemudian mesyuarat pelaburan dipengerusikan oleh saya sendiri dengan jawatankuasa, dua minggu sekali. Saya pun dah minta dengan CEO (PUNB), boleh tak kita buat mesyuarat tiap-tiap minggu. "(Maknanya) setiap minggu saya ada mesyuarat meluluskan pinjaman. Kalau minggu ini tak lulus, (boleh kemukakan) minggu depan. Kerana kita nak kejar masa.. masa tinggal hanya tujuh tahun,"ujarnya. Mengulas mengenai rungutan segelintir Bumiputera yang mendakwa ketiadaan Kementerian Perusahaan Awam menyebabkan golongan tersebut berhadapan dengan pelbagai kesulitan ekoran tidak mendapat perhatian kerajaan pusat, Mohd Ali berkata, dengan pelaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB) yang diperkenalkan Perdana Menteri baru-baru ini membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan mereka. 

Untuk merealisasikan hasrat kerajaan di bawah badan yg dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam adalah elok andai beliau terpilih antara Naib2 Presiden Umno bersama berganding bahu dengan Presiden serta Timbalan Presiden dan anggota2 MT berjuang demi ABATA..Agama,Bangsa dan Tanahair


MANIFESTO CALON KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA YB MAS ERMIEYATI SAMSUDIN

Manifesto Mas Ermieyati Samsudin yg merupakan Exco Pergerakkan Puteri Umno Malaysia,Ketua Puteri Umno Negeri Melaka dan Ketua Puteri Umno Bahagian Masjid Tanah merangkumi aspek dunia dan akhirat. Tertarik dgn manifesto ke5 yg menonjolkan gambar Al-Qur’an dan Persilatan dlm menurunkan masalah sosial.Sokongan penuh buat Mas Ermieyati Samsudin #Emy4KetuaPu3 ...
 Marilah kita sama2 memberi sokongan kepada Yb Emy yg sgt mesra dan prihatin dgn rakyat


MENGAPA DATO MUKHRIZ TUN MAHATHIR HARUS DIBERI PELUANG MENDUDUKI KERUSI NAIB PRESIDEN UMNO

 
MM telah menyahut cabaran Presiden melakukan tranformasi dan meremajakan UMNO
 
Sesuatu perlu dilakukan untuk menyerap elemen cintakan UMNO dikalangan orang muda kerana PRU 14 mejoritinya adalah golongan muda
 
Perwakilan yang hampir 150,000 orang harus beri peluang pada MM untuk menjawat jawatan sebagai Naib Presiden  bukan sekadar retorik laungan tranformasi tetapi berdasarkan TINDAKAN BELIAU
 
Cara pemikiran dan urus tadbir UMNO perlu perubahan kerana UMNO sudah berusia 67 tahun
 
Pemimpin UMNO tidak lagi boleh Zon selesa kerana PRU 13 menunjukan sokongan rakyat kepada BN menurun
 
Jika orang muda ditolak kali ini UMNO akan menghadapi kesukaran pada PRU 14
 
Terbukti kemampuan MM membawa Kedah kembali kepangkuan Barisan Nasional membuktikan MM boleh melakukan sesuatu yang boleh mengubah UMNO menjadi lebih baik.