Wednesday 10 April 2013

PARLIMEN PENDANG DUN TOKAI DUN SUNGAI TIANG.



PENDANG merupakan satu-satunya kawasan Parlimen di Kedah yang berjaya ditakluki Pas pada pilihan raya umum 2004. Namun jika dilihat kepada sejarah Pendang, kawasan ini cukup sinonim dengan pengaruh pembangkang dan seterusnya pada pilihanraya tahun 2008

Malah sejak negara mencapai kemerdekaan, kerusi Parlimen ini sering bertukar tangan antara Barisan Nasional (BN) dan Pas pada setiap kali pilihan raya.
SENARIO YANG HARUS MAT SABU TAHU
KERUSI PARLIMEN PENDANG TAK BERAPA SELAMAT UNTUKNYA

Parlimen Pendang mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Tiang dan Tokai yang masing-masing dikuasai oleh BN dan Pas.dan bagi PRU 13 dijangka muka baru akan diketengahkan oleh barisan Nasional yg juga dijangkakan anak tempatan yang sedang meningkat naik akan mengambil tugas dan tanggungjawab ini di DUN Tokai

Pada pilihan raya kali ini, kedudukan Pendang dianggap masih terbuka dan ia amat bergantung kepada sikap pengundi di kawasan ini.

Jika dilihat kepada keputusan empat pilihan raya yang lepas sejak 1995, termasuk pilihan raya kecil 2002, sebanyak empat kali Pendang bertukar tangan antara BN dan Pas.

Pada pilihan raya umum 1999, calon BN, Datuk Othman Abdul gagal mempertahankan kerusi Pendang apabila tewas kepada Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dengan majoriti 2,939 undi.

BN kemudian menguasai semula kerusi tersebut menerusi pilihan raya kecil yang diadakan ekoran kematian Fadzil pada 2002. Pilihan raya kecil itu diadakan pada 18 Julai 2002.

Othman yang diberi kepercayaan untuk bertanding sekali lagi di Parlimen berkenaan berjaya menewaskan calon Pas, Dr. Mohamad Hayati Othman dengan majoriti 283 undi.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum 2004, Pas sekali lagi dipilih pengundi apabila Mohanad Hayati menewaskan calon BN, Datuk Md. Rozai Shafian dengan majoriti tipis

Kekalahan BN ketika itu dikaitkan dengan kesilapan strategi selain pengurusan pilihan raya yang kurang kemas.

Hakikatnya, sikap pengundi yang berubah-ubah itu mencerminkan bahawa Pendang bukan kubu kuat Pas seperti yang dianggap sesetengah pihak.

Kemenangan calon Pas pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti tipis turut meletakkan parti pembangkang itu dalam keadaan 'tidak selesa' untuk mempertahankannya.

Sebenarnya, Pas dikatakan kuat di Pendang kerana pengundi di DUN Tokai sentiasa memihak kepada mereka.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-11, calon parti itu, Mohamed Taulan Rasul menumpaskan calon BN, Shamsuddin Tahir dengan majoriti 4,719 undi.

Tetapi keadaan itu diimbangi oleh pengundi di DUN Sungai Tiang (N19) yang pada pilihan raya umum lalu memilih calon BN, Suraya Yaacob untuk menjadi wakil rakyat mereka.

Suraya ketika itu menewaskan calon Pas, Abdul Mutalib Awang dengan majoriti 4,250 undi.


Ada pihak berpendapat jika BN ingin menawan Pendang, mereka perlu menggempur DUN Tokai selain memastikan sokongan pengundi BN di DUN Sungai Tiang semakin mantap.Tugas ini digalas dengan baik oleh Suraya Yaacob yang dilihat sehingga ke hari ini sangat komited dan program program berterusan di DUN Sg Tiang.Suraya Yaacob begitu sinonim dengan pengundi pengundi Pendang


"Rakyat dapat melihat dengan jelas, meskipun Parlimen Pendang di bawah Pas tetapi kerajaan BN tetap meneruskan program pembangunan kerana tidak mahu jurang yang ketara berlaku di kawasan lain. Saya yakin dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat kebelakangan ini, BN mampu memperoleh undi lebih besar," katanya.

Parlimen Pendang ini menyaksikan Timbalan Presiden Pas Mohd Sabu mengintai ngintai dan telah disahkan akan bertanding di Parlimen Pendang.Strategi Mat Sabu yang mewakili PAS ini dijangka akan 'makan diri' berdasarkan reputasi buruk Mohd Sabu yang dilihat sanggup 'makan babi dari makan ayam' dan pemimpin yang menyokong penuh penggunaan kalimah allah dalam bibile anjuran DAP

 


 

No comments:

Post a Comment