Friday 29 March 2013

PERNAHKAH JAMALUL KIRAM DAN PUTRINYA MEMIKIRKAN HAL BANGSANYA?


INILAH RESIKO YANG TERPAKSA DIGALAS BANGSA SULUK SEPANJANG HAYAT

KESIMPULANNYA BANGSA SULUK JUGA HARUS AJUKAN PERSOALAN INI KEPADA JAMALUL KIRAM DAN BUKAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA

'KOMEN PEMBACA FACEBOOK TENTANG NASIB KAUM SULUK MALAYSIA BILA PENDATANG SULUK MENCEROBOH KEDAULATAN NEGARA MALAYSIA'

Initrah Initrah mmg jd kesan yg truk smnjk insiden LD, lihatla skrng, ramai budak2 yg grade brbngsa suluk, sdh tdk di pndang lg, apply la mn2 krj govern atau swsta, prmhn di tolak..kesian diorng ni..jd mngsa..skrng bngsa sdh yg di pndng bkn lg trf pendidikan..nmpknya, sjrh sdh dinafikan, bangsa yg jgk trut mnyumbng kpd pembentukn malaysia, kini mula dipertikaikan, hanya krn nila setitik..renung2kan..peace!
 


 
Elee Mardiana Rasanya kita rakyat Malaysia ni, tak ada yang rasis kecuali bila orang buat kat kita dulu, baru kita mula berhati-hati.
 


 
Taiyo Alternator kami bukan rasis dengan Suluk tapi bangsa SULUK kena buktikan taat setia dengan Kerajaan MALAYSIA dengan sepenuh hati menetang habis habisan tindakan SYAITAN KIRAM III tsb . . kalau perlu buat sidang media .. kumpul seberapa banyak bangsa Suluk dalam Sabah ini dan buat demo secara aman . . tunjukan sama Bangsat KIRAM III tu ... Kalau cakap saja xada guna, kami mmg pandang serong sama bangsa Suluk skg
 


 
Amm Sc bangsa suluk kena tunjukkan taat setia kepada kerajaan dan yang dipertuan agong dulu.buktikan.jangan "DIDEPAN LAIN,DIBELAKANG LAIN".
 


 
Initrah Initrah Ko mention SULUK yg mn ni..adakah yg dtg sbelum kemerdekaan lg atau yg msuk slps kemrdekaan..beza 2 ah..taat setia? nenek moyang kami ddk di sbh berkurn lama, malah bp sy yg lhr sems zmn jepun jgk trut menjadi suara 2/3 dlm pemebntukan malaysia 1963 iaitu suruhanjay cobbold..bleh ba, kemukakan sj cdgn mu ini kpd pihak berwajib..InsyaAllah, mgk diorng pertimbngkan 2..
 


 
Jan Hasfany bodoh pnya taiyo... kau jngan smakan smua suluk bro... klau x puas hti, kau dtang lhad datulah jhanam... kau ckap mcm tak syng mlutlah bro... jngan burukkan keadaan... jngan brani di fb jak...
 


 
Mazzed's Omar saudara jan,kalau ko melenting dan apa jua tindakan mencabar ko itu menunjukkan bangsa ko sperti mana ORANG SABAH tau..aku sendiri anak jati TAWAU..skrg bukan masa untuk mencabar dan melayan stgh pendapat org lain terhadap bangsa ko..aku sendiri ada kwn rapat berbangsa SULUK..dan kami tidak sedikit pun memandang serong pd dia..sebb yakin taat setia sumpah anak kelahiran SABAH dengan Yang Di Petuan Agong juga bumi malaysia bertuah ni telah di sematkan sejak kita di zaman sekolah lagi..JANGANLA RISAU apa juga pendapat org lain..kita di ajar memahami pepatah.."dimana bumi dipijak disitu langit di junjung"...
 
 


 








"REKOD " BANGSA AKAN DIAMBIL KIRA SELEPAS INI.

TOLONGLAH.... JANGAN MUSUHI KAMI - PENDUDUK SULUK DI MALAYSIA

LAHAD DATU – Ramai di antara kita masih keliru antara entik Suluk di negara ini dan orang Sulu dari selatan Filipina.

Walaupun ada mengatakan mereka dari suku kaum yang sama tetapi budaya dan pemikiran pengganas Sulu yang menceroboh itu jelas berbeza dan bertentangan dengan moral masyarakat Suluk di negeri ini.

Bagi peneroka-peneroka...
Felda Sahabat di sini yang terdiri dari etnik Suluk, mereka kecewa kerana ramai yang beranggapan mereka juga terlibat dalam mendalangi insiden pencerobohan pengganas militan Sulu itu.

Bagi Datu Datu Ibrahim Datu Abd. Karim, 55, beliau sedih kalau ada yang beranggapan sebegitu hanya kerana ‘darah’ yang mengalir dalam tubuh mereka.

"Ya mungkin keturunan moyang-moyang kita dari selatan Filipina tetapi kami semua lahir di sini, ada kad pengenalan seperti warganegara Malaysia yang lain, kami bersyukur atas nikmat tersebut dan tidak pernah terfikir langsung untuk mengiktiraf sesiapa saja dari sana, malah kami sanggup berjuang demi negara kita yang tercinta".

"Jangan hanya kerana ada orang Sulu dari Filipina membuat angkara, kami hendak dikaitkan sekali, itu tidak adil buat kami".

"Kami gembira kerana kepimpinan tertinggi negara faham situasi tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengerti jadi tidak ada sebab untuk mengaitkan kami dengan apa yang berlaku,” katanya

Pendapatnya turut disokong seorang lagi peneroka, Nasib Osup. Menurut Nasib, kesetiaan orang Suluk di Sabah tidak perlu dipertikaikan bahkan ramai pemimpin utama kerajaan negeri dan negara juga dari etnik yang sama.

"Kami perlu bersuara kerana ramai yang tidak faham apa yang sebenarnya berlaku sekarang ini, Tuhan saja yang tahu betapa takutnya kami ketika insiden ini berlaku, pekan jadi sunyi, anak-anak risau ke sekolah, semua rasa nyawa mereka terancam".

"Mungkin ada satu dua orang yang terlibat, ternyata mereka itu ada agenda sendiri yang hanya mereka saja yang tahu kenapa sanggup sampai jadi sekejam ini, membunuh dan menzalimi pegawai keselamatan kita yang tidak berdosa"

"Kami etnik Suluk tidak boleh menerima apa yang orang Sulu Filipina ini lakukan terhadap mereka dan kami semua secara keseluruhannya,” tegasnya.

Bagi Mumin Abd. Lala, mereka kesal kerana pendatang Sulu itu tidak menghargai tempat di mana mereka datang berteduh dan mencari rezeki.

Kita faham hidup di sana susah, mundur…jadi bila mereka datang untuk mencari nafkah maka kita tidak banyak persoal kerana mereka juga perlu wang untuk meneruskan kehidupan.

"Malang sekali kerana ada di antara mereka yang sanggup hendak berperang dengan kita, jadi bila jadi macam ni, bukan kita saja yang susah, pendatang Sulu yang tak tahu apa-apa pun kena menanggung akibatnya,” katanya kesal.