Thursday 18 April 2013

BIAR HILANG ADAT JANGAN HILANG BANGSA MELAYU BERSAMA UMNO-BN !!

 
 
Kerajaan BN telah membuktikan segala akur janji demi kepuasan semua rakyat yang dikasihi. bertungkus-lumus sentiasa memenuhi kehendak rakyat,Berkongsi harapan dan Anspirasi juga berusaha keras menjadikan Impian satu kenyataan,Peralihan yang berterusan kearah masyarakat Progresif,Moden dan Demokratik demi iltikzam melindungi hak asasi manusia juga persekitaran.

 Sentiasa menepati janji memabwa harapan memacu rakyat kearah dunia maju berasaskan " Gagasan Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan"

BN adalah satu Parti contoh kebanggan Dunia Maju Masa Kini.Semoga dapat kita kekalkan sehingga ketitisan Darah Melayu Terakhir.
 

GEMPAR...!! DATUK IBRAHIM ALI BERKECIL HATI DENGAN BARISAN NASIONAL?


Biarpun akan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Pasir Mas, namun Tok Him atau Datuk Ibrahim Ali menyatakan secara terbuka sokongannya kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Malah, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu yang sedang bercuti, turut menyeru kepada semua ahli pertubuhan tersebut supaya terus memberika...
n sokongan tidak berbelah bahagi serta tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh menjejaskan BN.

Beliau yang tidak menolak kemungkinan untuk turut bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan tersebut berharap, orang ramai tidak menyamakan keadaan yang berlaku di Pasir Mas dengan kawasan lain di seluruh negara termasuk Kelantan.

"Saya ingin berterus terang sememangnya saya berharap bahawa saya dipilih menjadi calon BN tetapi saya tidak disenaraikan, maknanya saya tidak diberi peluang sebab-sebabnya saya tidak tahu, tetapi saya ingin nyatakan di sini walaupun bertanding di Parlimen Pasir Mas bukan bererti saya menentang BN.

"Saya kira hal Pasir Mas kes terpencil iaitu kerana pertama, saya penyandang dan rakyat mahu saya mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas dan kedua, saya perlu berada di Dewan Rakyat bagi meneruskan perjuangan agenda Melayu dan Islam.tabik springlah Tok Him

"Walau saya tidak terpilih saya berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, saya tidak berkecil hati dan pada saya kalau ini nasib saya, saya terima, mungkin juga ada pihak yang cemburu dan dengki kepada saya


Cantiklah tu Tok Him kena ada orang yang lantang dalam Dewan Rakyat

Zulkifli Noordin mampu leraikan doktrin kebencian disemai pembangkang

 
Datuk Zulkifli Noordin adalah calon terbaik bagi Barisan Nasional (BN) meleraikan doktrin kebencian disemai pembangkang kepada pengundi di Parlimen Shah Alam, kata Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor 

 Beliau berkata, latar belakang Zulkifli yang pernah terlibat dengan pembangkang memudahkan bekas anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu menerangkan kepada penduduk di sini tentang penipuan pembangkang seterusnya memberi kelebihan kepada BN memenangi hati pengundi di kawasan Parlimen itu.

"Zulkifli mempunyai peluang yang lebih baik kerana beliau amat memahami fahaman ekstremis diterap pembangkang sehingga mereka menjadi penyokong tegar yang langsung tidak percaya apa sahaja yang keluar daripada orang BN.

Pengetahuan ini membuka jalan kepada beliau meleraikan kebencian itu.

"Beliau memahami Khalid Samad (penyandang kerusi Parlimen Shah Alam) kerana datang daripada latar belakang sama dahulu. Tetapi bezanya sekarang Zulkifli sudah tahu apa dibuat pembangkang itu salah, jadi sekarang dia tidak mahu rakyat tertipu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Zulkifli yang juga Naib Presiden Perkasa sebagai calon rakan BN di Parlimen Shah Alam.

Mohd. Zin turut kesal dengan tindakan pembangkang yang cuba menyerang keperibadian Zulkifli dengan apa yang telah dilakukannya pada masa lampau ketika bersama pembangkang.

"Bila dia keluar pembangkang dan telah menyatakan keinsafan, sampai minta maaf kepada orang terlibat secara terbuka, baru pembangkang 'attack' (serang) dia. Kalau tak betul kenapa tak 'attack' masa dalam pembangkang?” tanya beliau.

Bulan lepas dalam sebuah majlis di Pasir Mas, Kelantan yang dihadiri kira-kira 15,000 orang, Zulkifli membuat permohonan maaf kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana telah mencaci bekas Perdana Menteri itu ketika beliau masih bersama pembangkang.

MAT SABU PENING DENGAN PENYOKONG AZIZAN RAZAK DI PENDANG


 
Dalam PRU kali ini, Mat Sabu terus diusung oleh penyokong penyokong PAS Pendang. Dikatakan sebelum ini Mat Sabu ‘merayau-rayau’ mencari kawasan kerana keadaan kelihatan sedikit sukar baginya. Akhirnya PAS telah memutuskan Parlimen Pendang untuk Mat Sabu, mungkin untuk menyediakan beliau menjadi Menteri Agama, sekiranya PR menang PRU ini.

Mat Sabu juga sehingga kini masih belum dapat membersihkan namanya dari skandal khalwat termasuk rakaman perbualan seks dengan pasangan khalwatnya yang juga isteri rakannya sendiri. Selain itu, Mat Sabu juga merupakan balaci peringkat tertinggi bagi DAP dalam melaksanakan agenda mengubah sejarah, mengiktiraf komunis serta memijak-mijak Melayu. 

Mat Sabu terkenal antara pemimpin tertinggi gerakan Syiah di Kedah, dan rangkaian Syiah itu dikatakan berkembang agak pantas setelah PAS memenangi negeri Kedah serta Mat Sabu mendapat jawatan Timbalan Presiden parti.

Tindakan PAS mengenepikan penyandang Dr. Hayati Othman yang telah dua penggal menjadi wakil rakyat kawasan itu membuktikan betapa PAS mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa masyarakat Pendang boleh diperkotak-katikkan. 

Dari segi fakta, keyakinan PAS tersebut adalah agak keterlaluan. Kita yakin rakyat Pendang bukanlah ‘tidak waras’ seperti yang PAS sangka. Dari tahun 1986 hingga 1999, kawasan itu diwakili oleh UMNO melalui Datuk Othman Abdul.


PAS hanya dapat menawan kawasan tersebut apabila meletakkan tokoh tertinggi iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Noor pada 1999. Apabila Dato’ Fadzil Nor meninggal dunia, UMNO memenangi semula kawasan tersebut dan PAS hanya merampasnya kembali melalui Dr. Hayati pada tahun 2004 yang mengekalkannya sehingga 2008.


Justeru, mengenepikan beliau untuk digantikan dengan Mat Sabu, seorang Syiah merangkap pesalah khalwat dan balaci kafir harbi merupakan satu ‘perjudian yang besar’ bagi PAS. Lebih-lebih lagi, apabila Mat Sabu bakal bertemu dengan penyandang awal selama 3 penggal, iaitu Dato’ Othman Abdul.

Lebih menarik lagi apabila penyokong Dato’ Othman Abdul bukanlah satu-satunya tentangan yang bakal Mat Sabu hadapi, tetapi beliau juga perlu berhadapan dengan penyokong Menteri Besar Kedah, iaitu Dato’ Seri Azizan Razak.

Umum sedia maklum akan keretakan hubungan Azizan dengan Mat Sabu, melalui rangkaian Syiah yang membawa kepada Phahrolrazi, iaitu exco Kedah yang mencabar Azizan secara terbuka dan biadap suatu ketika dahulu.

Azizan dikatakan cukup ‘pantang’ dengan kumpulan Syiah di dalam PAS, namun terpaksa bertolak ansur dengan mereka akibat campurtangan dari pusat. Penyokong-penyokong PAS di Kedah majoritinya, memilih untuk berdiri di belakang Azizan.

Ini pasti menjadikan laluan untuk Mat Sabu menjadi sukar sekali gus meluaskan lagi peluang bagi Dato’ Othman Abdul untuk menang.Justeru, dengan sedikit kerja keras, kita pasti Dato’ Othman Abdul akan berjaya menumbangkan Mat Sabu di Pendang dengan mudah.

JOM KENALI DATUK OTHMAN ABDUL PENDANG

Dato' Wira adalah Naib Presiden Mubarak serta Ketua Penerangan Pekida Malaysia.

Dato 'Wira Othman merupakan alumni Universiti Kebangsaan Malaysia, pengkhususan dalam bidang sosiologi. Selepas menamatkan pengajian pada tahun 1978, beliau telah berkhidmat dengan Lembaga Perancangan Keluarga dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.

Dari tahun 1980 hingga 1983, beliau merupakan Penolong Pegawai Daerah Pendang.

Beliau telah dipilih sebagai Ahli Parlimen dari April 1983 hingga 2004 dan beliau telah dilantik dua kali sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri 1987-1995 dan seterusnya pelantikan kedua adalah dari 1997 hingga 1999.

Oleh itu, Dato 'Wira Othman mempunyai 10 tahun pengalaman sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi MARA dari 1995 hingga 1997.

Selepas itu, beliau juga merupakan Pengerusi Westport dari 1996 hingga 1998. Dalam tempoh yang sama tahun 1996 hingga 1998, beliau juga merupakan Pengarah bagi MBF Cards Services Sdn Bhd, MBF Diskaun Kad dan MBF Pacific Rent-A-Car Sdn Bhd

Marilah kita doakan kemenangan beliau di Pendang. Kemenangan beliau merupakan kemenangan Islam sejagat. HAPUSKAN FAHAMAN SYIAH