Monday 18 March 2013

KUSULTANAN SULU YANG HILANG...!!

 
 
 
 
 
SALASILAH keluarga Jamalul Kiram III daripada Kesultanan Sulu bermula semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808).




Daripada Jamalul Kiram I, inilah bermulanya nama Kiram dan nama ini berakhir semasa kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika kedatangan Amerika Syarikat (AS) ke Sulu.
 

AS mula menjajah Filipina dan wilayah-wilayahnya termasuk wilayah-wilayah Kesultanan Sulu pada 14 Ogos, 1898 apabila tentera AS berjaya menewaskan tentera Sepanyol di Manila.

 
Sultan Jamalul Kiram II juga merupakan Sultan Sulu yang menandatangani perjanjian dengan Sepanyol bagi menyerahkan wilayah-wilayah, kedaulatan dan kekuasaan Sulu kepada penjajah Sepanyol pada 1885. Sebelum itu sultan-sultan Sulu terdahulu bersama-sama penduduk Sulu bangsa Tausug telah bertarung nyawa berperang selama hampir tiga abad bagi mempertahankan kedaulatan wilayah-wilayah Sulu daripada penjajah Katolik Sepanyol.

 
Daripada laporan sejarah, sultan daripada keluarga Kiram sering membuat kesilapan dalam pentadbiran dan mengkhianti kaum Tausug, bumi Sulu serta agama Islam.


Dalam satu peristiwa, Sultan Jamalul Kiram II pernah merestui tentera AS membunuh lebih 4,000 rakyat Sulu yang enggan membayar cukai kepala kepada penjajah AS ketika itu.


Kaum Tausug melihat Sultan daripada keluarga Kiram sebagai tali barut AS yang merestui pembunuhan kaum keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu berhubung isu pembayaran cukai kepala kepada AS.


Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada AS membunuh rakyatnya sendiri berjumlah lebih 4,000 orang (termasuk 1,600 yang mati syahid, termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang AS dan perintah Sultan.


Malahan ada bukti waris-waris Kesultanan Sulu menuntut supaya bayaran pajakan Sabah dinaikkan dan difahamkan arahan itu dikeluarkan oleh Sultan Esmail Kiram II bin Datu Punjungan.


Ramai waris-waris Kesultanan Sulu yang lain menentang bayaran kepada sembilan waris Kesultanan Sulu daripada keluarga Kiram oleh Mahkamah Sesyen Borneo Utara pada 1939 dan menganggap kumpulan itu sebagai `penjual negara’ dan sanggup menjual tanah kubur ayahanda mereka sendiri.


Malahan Esmail Kiram turut didakwa mengugut Malaysia untuk menambah bayaran wang pajakan Sabah untuk kepentingan keluarganya.


Keluarga Kiram sekali lagi menjadi pengkhianat bangsa Tausug apabila menyerahkan wilayah-wilayah Sulu kepada kerajaan Filipina di bawah era Ferdinand Marcos pada 1962 semasa Sultan Esmail I bin Rajamuda Mawallilwasit.


Pada 11 Februari lalu, keluarga Kiram sekali lagi menimbulkan angkara apabila pengikut Jamalul Kiram III menceroboh Lahad Datu, Sabah menyebabkan lebih 60 pengikutnya terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.


Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga daripada sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram daripada jalur keluarga Sultan Esmail I bin Rajamuda Mawallilwasit (Sultan inilah yang menyerahkan Sulu kepada Filipina pada 1962) dan ada Kiram daripada Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (ayahanda Jamalul Kiram III).
 
 
 
 
Kesian Puteri Jacel, mungkin selepas ini dia akan dimaki hamun oleh ahli keluarganya sendiri kerana tanpa disedari Puteri Jacel Kiram telah menunjukkan bukti tuntutan keluarga Kiram itu tidak sah.

Pendedahan dokumen perjanjian pajakan tanah Sabah di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British melalui laman sosial Facebook itu telah menguatkan lagi fakta bahawa Sabah milik sah Malaysia, kata pakar.

Penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, perjanjian yang diterjemah daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris itu turut tertera perkataan "pajakan kekal" tanah Sabah kepada syarikat tersebut yang membawa erti kesultanan Sulu tidak boleh menuntut kembali Sabah.
 
 

Katanya, pada zaman dahulu, perjanjian-perjanjian pajakan tanah dibuat oleh British menggunakan ayat-ayat yang merujuk kepada kekal atau selamanya termasuk penggunaan ayat selagi ada bulan dan bintang.

"Sejarah sendiri telah menunjukkan bahawa Sabah dan Malaysia kini bukan lagi di bawah jajahan dan pemerintahan British".

"Pada 1963, penduduk-penduduk Sabah dan Sarawak telah memilih untuk menyertai Malaysia melalui referendum di bawah Suruhanjaya Cobbold 1963 dan penubuhan Malaysia telah pun berlaku pada 1963 secara rasminya. Tidak ada sesiapa, mahu pun kerajaan lain yang boleh membuat tuntutan".

Beliau diminta mengulas tindakan anak perempuan ketua pengganas Sulu, Jacel Kiram yang mendedahkan dokumen perjanjian di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British bertarikh 1878 melalui laman Facebook.

Perjanjian itu bertajuk Perjanjian Pajakan Sabah 1878 dengan isi kandungan utamanya: pemberian pajakan kekal oleh Sultan Sulu meliputi tanah dan wilayah Borneo bertarikh 22 Januari 1878.

Tambah Zainal Abidin, Jacel boleh mendedahkan seberapa banyak dokumen mengenai Sabah yang dikaitkan dengan kesultanan Sulu, namun tidak satu pun akan memihak kepada mereka.

Katanya, Sabah sudah rasmi hak negara ini sejak menyertai Malaysia pada 1963.

Sementara itu, Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Zaid Ahmad berpendapat, perjanjian yang termetera di antara Syarikat Borneo Utara British dengan Sultan Sulu mengenai pajakan kekal tanah Sabah sudah lama berlalu dan tidak boleh diguna pakai lagi setelah Sabah menyertai Malaysia pada 1963.

Katanya, mana-mana pihak kini tidak boleh mempertikai penyertaan Sabah dan Sarawak di dalam Malaysia.

"Kesultanan Sulu sendiri tidak diiktiraf di negara mereka sendiri iaitu Filipina dan sekiranya di bawa ke Mahkamah Antarabangsa sekali pun, perkara ini tidak akan menjadi kes untuk dibicarakan," katanya.

- Nama RAMOS tu datang dari mana???


 
 


Gambar Anwar : Nik Aziz Tuduh UMNO ?!


Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

[al-Hujurat 49:6]

DALAM BLOG TERSEBUT TAK TULIS NAMA ANWAR!!!PANDAI-PANDAI JEK KAU NIK AZIZ KATA ITU ANWAR!!!!
 
SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini turut mendakwa Umno adalah dalang kepada penyebaran gambar homoseks seorang lelaki mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata tindakan Umno yang tidak berputus asa untuk menjatuhkan Anwar ibarat 'mahu mencincang' Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

"Kerja Umno tuduh orang. Tak puas lagi, dia nak cincang Anwar pula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Expo Kelantan 2013 di Kompleks Karangkraf, malam tadi.

Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata Umno tidak akan berhenti menyekat Anwar kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu mampu melumpuhkan dan mengikis keyakinan rakyat terhadap parti itu. Bagaimanapun, Nik Aziz yakin Umno tidak akan dapat menyingkir Anwar walau apa cara sekalipun.

"Anwar budak cerdik. Payah kalau Umno tak singkir," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas penyebaran beberapa gambar homoseksual lelaki mirip Anwar yang tersebar secara meluas di laman-laman sosial.

Blog http://rajagoyang360.blogspot.com baru-baru ini memuatnaik 13 keping gambar aksi intim seorang lelaki mirip Anwar bersama seorang lelaki yang tidak dikenali.

Gambar hitam putih yang dipaparkan itu menunjukkan lelaki mirip Anwar itu memasuki sebuah bilik sehinggalah beberapa aksi mesra termasuk gambar bogelnya.

Anwar selepas menghadiri sesi 'Dialog Anak Muda bersama Anwar' di Bandar Utama petang semalam berkata pendedahan terbaru itu sebagai didalangi Umno.

"Fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya. Umno menggunakan media untuk menyebarkan fitnah, itu namanya Melayu muslim," katanya.


ESSCOM BAKAL KUASAI SABAH?!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sedia meluluskan peruntukan tambahan untuk menaik taraf kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna di Sabah baru-baru ini, kerajaan akan melakukan penambahbaikan dari segi peralatan, latihan, kemahiran dan perisikan ATM pada keseluruhannya.

“Kita perlu memberi keyakinan kepada rakyat dalam soal kedaulatan wilayah dan keselamatan negara.

“Kita perlu melakukan apa sahaja demi masa depan negara,” katanya pada majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri bersama Pesara Pegawai-Pegawai Tinggi ATM di Seri Perdana hari ini.

Lebih 200 pegawai tinggi ATM menghadiri majlis itu.

Hadir sama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Sementara itu, Najib berkata Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), yang mengambil kira model Rajang Area Security Command (RASCOM) di Sarawak, didapati amat berkesan untuk menghadapi cabaran terkini.
 
Gambar Hiasan : Helicopter Apache
 
“Saya juga meminta supaya kabin-kabin itu dibuat secepat mungkin tanpa perlu tunggu bangunan kekal.

“Kita mula secepat mungkin, dan kabin-kabin itu perlu selesa agar mereka boleh bertugas secara selesa, dan ia akan memberi keyakinan kepada rakyat Sabah timur, khususnya usaha kerajaan menangani ancaman terkini.

“Butiran lanjut mengenai struktur ESSCOM dijangka diumum akhir minggu depan. Mudah-mudahan kita dapat mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Sabah,” katanya.

Najib juga meminta Kementerian Pertahanan melantik pegawai paling sesuai mengetuai kumpulan dan anggota tentera untuk berkhidmat di ESSCOM. ESSCOM merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu di Sabah.

Sementara itu, beliau memberi jaminan bahawa kaum Suluk di Sabah tidak dikasari.

“Kita perlu asingkan orang Suluk tempatan dan Suluk yang masuk dalam kumpulan penceroboh, kerana Suluk tempatan mereka ini baik-baik belaka. Kita tidak boleh longgokkan mereka sebagai ancaman kepada negara kita.

“Kita mesti lakukan kaedah membina keyakinan supaya mereka faham ini adalah untuk berdepan dengan kumpulan pengganas,” katanya.
 
sumber

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠال
 
 

SEMPADAN 3 NEGARA KINI DIKAWAL KETAT OLEH TENTERA MALAYSIA,TNI INDONESIA DAN FILIPINA


(KAPAL PERANG INDONESIA BERSIAP SIAGA DI PERAIRAN NUNUKAN & TARAKAN BERDEKATAN BANDAR TAWAU DAN SEMPORNA).

Pengganas Kiram Da Tiram3 Sos 50sen semakin terdesak dan tertekan bilamana ABRI, ATM, PDRM dan TENTERA FILIPINA melakukan penagwasan sempadan dengan ketat.

...
TERKINI ! PERGERAKAN TENTERA NASIONAL INDONESIA (TNI) YANG LUAR BIASA DI PERAIRAN NUNUKAN-TAWAU KAPAL PERANG INDONESIA BERSIAP SIAGA DI PERAIRAN NUNUKAN & TARAKAN BERDEKATAN BANDAR TAWAU DAN SEMPORNA PERkembangan terkini pencerobohan pengganas Sulu kini merebak ke negara Indonesia. Residensi Nunukan dan Pulau Sebatik yang bersempadan dengan Tawau, Malaysia kini di penuhi pasukan tentera Indonesia.

Armada Kapal-kapal perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) turut berlabuh dengan ketumbukan tentera Indonesia ditambah di sepanjang sempadan Indonesia-Malaysia-Filipina. Rakan-rakan yang baru balik dari Residensi Tarakan, Balik Papan, Nunukan dan Sungai Nyamuk di wilayah persempadan Indonesia/Malaysia menyaksikan pergerakan tentera yang tidak seperti hari-hari biasa. Mereka mendapat maklumat, pergerakan ketenteraan Indonesia dengan sejumlah Penembak Tepat turut dibawa bertujuan untuk mengawal perairan Indonesia daripada dimasuki oleh pengganas-pengganas Sulu ini.

Nampaknya, saki baki pengganas Sulu ini tidak dapat bergerak lebih jauh. Mereka terpaksa mengharapkan paya bakau dan bukit bukau di ladang sawit untuk bersembunyi dan bergerak dalam kumpulan yang kecil. Perairan menuju ke pulau-pulau berhampiran di sempadan Filipina sudah di kawal ketat.

Kini, perairan Indonesia pula dikawal oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) laut dan darat. Raja Azumuide dan kumpulannya hanya ada satu pilihan...Menyerah tanpa syarat!