Tuesday 19 March 2013

MAT SABU DIK MAH SAH BERTANDING DI PARLIMEN PENDANG?


Dengan bermodalkan Taulan Mat Rasul dah tersangat renta, dah tua dan nak berjalan pun, terkengkang-kengkang, maka Mat Sabu pun dihalalkan masuk ke Pendang untuk bertanding di kerusi Parlimen Pendang. Manakala penyandangnya sekarang, Dr. Hayati Othman akan ditolak ke DUN Tokai dan diangkat sebagai FUTURE MENTERI BESAR OF KEDAH menggantikan Azizan Abdul Razak.
 
Untuk 'menghalalkan' Mat Sabu ke Pendang, dikatakan kerusi Parlimen Pendang pernah disandang oleh bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadzil Nor. Konon-kononnya dengan jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh Mat Sabu sekarang ini, maka sesuai sangatlah kerusi itu ditandingi dan dimenangi oleh Mat Sabu.
 
Mat Sabu adalah orang Pulau Pinang. Mat Sabu tidak pernah bertanding di Pulau Pinang selepas dua kali kalah di Permatang Pauh pada tahun 80-an dahulu meskipun dia mendapat gaji besar dari Pulau Pinang.
 
Alasan yang mewajarkan Mat Sabu untuk bertanding di Pendang ialah, PAS Pendang menawarkan kerusi Parlimen Pendang untuk ditandingi oleh Mat Sabu. PAS Pendang sudah tidak mempunyai sesiapa pun untuk bertanding di kerusi tersebut. PAS Pendang terpaksa menumpang tuah dan hebiaq mulut Mat Sabu untuk meneruskan penguasaan Kerusi Parlimen Pendang.
 
Namun sesuatu yang sangat jelas dalam hal ini ialah, Mat Sabu sebenarnya sedang memberikan isyarat kepada Azizan Abdul Razak bahawa dia sebenarnya sangat berkuasa di Kedah. Banyak YDP PAS Kawasan yang bergantung di ketiaknya. Mereka tidak takut-takut untuk menyatakan kepada Azizan, dia tidak lagi diperlukan di Kedah sama ada sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri mahupun sebagai Menteri Besar. Sudah ada orang yang lebih layak untuk Azizan bagi jawatan tersebut dan orang berkenaan adalah dari kumpulan Mat Sabu.
 
Dalam hal ini, orang berkenaan adalah Hayati Osman, individu yang sebelum ini dikaitkan sebagai 'orang Azizan' tetapi dengan perkembangan terbaru ini membuktikan yang Azizan sebenarnya bersendirian. Tiada sesiapa pun yang mahu bergandingan atau pun membantu Azizan.
 
Wala' sekarang ini sudah tidak wujud kerana wala' kepada Mat Sabu selaku Timbalan Presiden jauh lebih penting berbanding wala' kepada Azizan yang hanya berjawatan Pesuruhjaya PAS Kedah dan Menteri Besar.
 
Perkembangan terbaru ini amat menarik untuk diperhatikan. Kalau PAS menggelakkan UMNO kerana upacara cantas-mencantas, nampaknya PAS Kedah juga tidak terkecuali daripada adat berkenaan. Malah lebih teruk lagi, PAS Kedah terpaksa membawa masuk jagoan dari luar untuk meneruskan tradisi berkenaan.
 
Yang menjadi persoalan, adakah Azizan Abdul Razak akan angkat bendera putih dan menyerahkan tampuk pentadbiran negeri kepada Kumpulan Mat Sabu dan Mahfuz Omar seandainya PAS berjaya mengekalkan penguasaan DUN Kedah selepas PRU13 nanti?
 
Kerusi Parlimen Pendang kini disandang oleh Datuk Dr Mohd Hayati Othman dan beliau dilaporkan akan bertanding kerusi dewan undangan negeri pada PRU kali ini.
 
Pada awal Mac, Yang Dipertua PAS Pendang, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul dilaporkan berkata, mereka telah mencalonkan Mat Sabu dan dua yang lain untuk bertanding di kerusi parlimen Pendang.
 
Memetik sumber lain pula mendakwa Mat Sabtu tidak berminat untuk bertanding di Pulau Pinang walaupun berasal dari negeri itu kerana PAS tidak mempunyai pengaruh kuat dalam negeri yang diperintah DAP itu.
 
Pendang dianggap sebagai kerusi selamat kerana mempunyai jumlah ahli PAS yang ramai iaitu 15,000 orang.
 
psst.....masyarakat Pendang dikatakan lebih teruja dengan Tok man Bedun dan rata rata menolak pemimpin yang dilihat popular tapi dipalit dengan isu moral yang sensitif terutama membabitkan isteri orang....
 
 
Mat sabu akan perit di Pendang kerana aura calon BN kali ini sangat kuat dikalangan Masyarakat Pendang.

No comments:

Post a Comment