Saturday, 20 April 2013

HAKIKATNYA RAMAI YANG DALAM PAS MENANGIS AKIBAT DIPERBODOHKAN DGN MUDAH DAN DIPERSENDA DGN BERGAYA

 
DAP GUNA SIMBOL PAS DAN PKR
 
Hakikatnya ramai yg di dalam PAS menangis dalam hati..diperbodohkan dipersendakan ... masih tak sedar-sedar lagi..
 "tahniah PAS krn takut n tunduk dgn DAP.............."

Ohh... mungkin mereka nak katakan PAS dan DAP adalah
"BERSEPAKAT MEMBELA RAKYAT"
 
YANG SEBENARNYA
 
ini yang akan berlaku
 
"Pembunuhan terancang DAP terhadap PAS"
 
 

Friday, 19 April 2013

MENJELANG PILIHANRAYA KAKI EKOR DAH JADI USTAZ.!!

Selesai sudah majlis ramah mesra sesi memperkenalkan calon desas desus pun berbunyi bila cakap cakap mengelehkan dan memperkecilkan  calon calon BN termasuklah calon calon Pendang kedengaran diwarung warung kopi pekan Pendang pagi tadi.
 
Pemidatonya hanyalah lebai lebai berketayap kusam yang sebelum ini banyak bermuka muka dihadapan rakan rakan sendiri.Kejantanan ditunjukkan seolahnya mereka tahu semua,hatta jumlah duit dalam poket Lim Guan Eng pun mereka tahu syilingnya berapa banyak.

Dalam hati ku berkata rupanya Pak Cik lebai ni boleh dibeli hanya dengan sebatang rokok kerana makin dihulurkan rokok makin  rancak bercerita dan mengata
 
Sesungguhnya memang jelek dan gampang  perangai puak-puak PAS ni, terutama sekali pecacainya jenis yang makan kepala taik. Jenis bodoh tak boleh diajar. Jenis belajar alif, ba, ta tapi sembangnya mengalahkan orang belajar ilmu Ketuhanan tahap Muntahi. Kalau bab mengata kat orang terutama sekali UMNO, merekalah yang paling kuat dan paling laju. Kadang-kadang lebih laju cakap dari berfikir.
 
Barangkali itulah sebabnya, Allah Taala malukan parti itu dengan SPENDERSTOPA yang sekarang ini cukup kalut CUBA ditepis oleh pecacai dan pemimpin PAS dengan alasan paling bangang, termasuklah alasan yang kononnya dituturkan oleh isteri Cikgu Pa, Setiausaha Agung PAS itu jenis tak pakai seluar dalam!
 
Paling melucukan sekali ialah apabila Hadi Awang, Presiden PAS mengeluarkan doktrin baru, sesiapa sahaja yang menonton klip video tersebut, mereka akan berdosa manakala Mustafa Ali pula akan mendapat pahala yang berkekalan serta berpanjangan.
Kelakar jenis apalah agaknya Presiden PAS itu cuba lakukan?
 
Sebabnya, dalam satu masa, dia cuba menafikan bahawa individu di dalam video berkenaan adalah Mustafa Ali, namun pada masa yang lain, dia membenarkan dakwaan bahawa individu di dalam klip video tersebut adalah Mustafa Ali berdasarkan 'pahala yang bakal diterimanya'.
 
Kita tidak mahulah mengulas panjang tentang klip video lucah yang dibuat oleh PKR untuk mengenakan Setiausaha Agung PAS itu kerana masalah politik dalaman Pakatan Rakyat, atau lebih tepat lagi, cubaan PKR untuk mengurangkan jumlah kerusi yang ditandingi oleh PAS di Terengganu khususnya. Apatah lagi, cubaan untuk mempersalahkan UMNO dan Barisan Nasional, nampaknya telah gagal sepenuhnya apabila dua orang suspek yang ditangkap sehari selepas suspek pertama ditangkap ketika sedang mengedarkan VCD yang mengandungi klip video lucah Mustafa Ali di Besut, ditahan polis.
 
Kita berbalik kepada perkara pokok
 
Pecacai Pakatan terutama sekali pecacai PAS cuba merendah-rendahkan dan memperlekehkan beberapa orang pemimpin UMNO Kedah termasuklah calon calon pilihan Barisan kononnya dipilih atas dasar wincable candidate tidak berkelayakan  tak ada kelayakan akademik melangit macam  Phahrolrazi Zawawi mahupun Amiruddin Hamzah. Konon kata mereka lagi, Mukhriz tidak sesuai untuk jadi MB Kedah sebab dia anak aristokrat dan tak boleh sesuaikan diri dengan rakyat marhein.Lawak standard jadah manalah agaknya yang mereka gunapakai?
 

 
DSC02136
 
Tidakkah para pecacai PAS itu sedar bahawa Mat Sabu dan Mahfuz Omar yang akan bertanding di Pendang dan Pokok Sena terdiri daripada orang yang keciciran sekolah serta tiada sebarang latarbelakang akademik
 
Itulah sebabnya, para pecacai PAS langsung tidak berani menyebut, apakah sumbangan Mahfuz Omar kepada pengundi-pengundi dan penduduk Pokok Sena. Itulah sebabnya, Harakah yang menjadi suara rasmi PAS juga tidak berani hendak menulis tentang sumbangan Mat Sabu di beberapa Parlimen yang pernah diwakilinya sebelum ini.
 
Kalau setakat pandai berceramah, buat lawak bodoh bagi orang gelak, kemudian usung tabung tin Milo di tengah-tengah orang ramai untuk mendapatkan derma jihad kononnya tetapi kemudian wang derma tersebut diselewengkan sepertimana yang ditunjukkan oleh Setiausaha Agung PAS dalam klip video SPENDERSTOPAnya yang terkenal, itu bukannya nama berbakti dan membantu masyarakat.
 
Sebaliknya, itulah yang dikatakan menyalahgunakan kepercayaan orang ramai! Itulah juga dikatakan, MENIPU PENYOKONG SENDIRI!
 
Daripada mereka sibuk memikirkan tentang UMNO dan masalah kepimpinan (kononnya), bukanlah lebih baik mereka tumpukan penyelesaian tentang konflik dalam PAS yang sedang memuncak sekarang di Kedah khususnya. Mengapa mereka tidak mahu melaporkan tentang usaha-usaha berterusan Phahrolrazi untuk menggulingkan Azizan Abdul Razak?

Mengapa mereka tidak mahu bercerita langsung kaitan Amiruddin Hamzah dengan KUIN yang sudah menjadi bangkai berulat yang langsung tidak berguna kepada masyarakat dan penduduk negeri, tetapi telah menjadi beban hasil daripada kepincangan dan keserakahan pemimpin PAS dan kebodohan pengurusan institusi pengajian berkenaan yang menjadikan KUIN sebagai harta pusaka mak bapak dia untuk dibahagi-bahagikan sesama kaum kroninya.
 
Kelulusan akademik pemimpin UMNO pulak yang hendak dipertikaikan oleh para pecacai PAS ini… bukankah lebih baik kalau mereka sendiri cerminkan diri dulu. Cuba tanya pula, mengapa Nik Abdul Aziz diangkat setinggi itu dan dimuliakan bagai Ayatollah Ruhollah Khomeini yang sama-sama pernah menghina Nabi s.a.w, isteri-isteri baginda, para Sahabat r.a dan ahli keluarga Nabi s.a.w (Ahlul Bait)? Apa pula latar belakang akademik Nik Abdul Aziz sehinggakan dia dikatakan faham agama, walaupun bidang pengajiannya dahulu HANYALAH Bahasa Arab dan TIDAK LULUS PULAK TU.
 
Nak kata ke orang, tengok dulu diri sendiri, wahai sekalian pecacai Pakatan!
 

PAKATOON RAKYAT BERGEGAR DI PERAK NIZAR DIHALANG BERTANDING OLEH PKR

 
KRISIS dalaman serta perebutan kerusi antara parti-parti pakatan pembangkang di Perak semakin meruncing sehingga menyaksikan kemungkinan berlaku pertembungan sesama sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Walaupun senarai penuh calon pembangkang dijangka diumumkan malam ini (Khamis), gerakan protes oleh pemimpin...
akar umbi dijangka tetap berlaku berikutan penolakan terhadap calon pilihan parti selain perebutan kerusi antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Paling mencuri tumpuan ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering yang sebelum ini disebut-sebut akan ditandingi Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, tetapi dibantah oleh PKR.

Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain sebelum ini mengumumkan Mohammad Nizar bertanding di kawasan itu tetapi Pengerusi PKR negeri, Dr. Muhammad Nur Manuty menegaskan bahawa kerusi tersebut hanya akan diserahkan sekiranya Pas memberi kerusi lain sebagai ganti.

"Setakat ini belum ada (keputusan), mungkin ada perubahan tetapi masih dibincangkan. Tunggulah malam ini, mungkin kita akan umumkankan semuanya (calon)," kata seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas yang dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Perebutan kerusi Pas dan PKR di DUN Kota Tampan juga belum menemui jalan penyelesaian apabila Majlis Tindakan DUN Kota Tampan Pas yang mewakili 15 unit peti undi sebulat suara menolak mana-mana calon PKR yang diletakkan bertanding di kawasan itu.

Difahamkan, PKR Cabang Lenggong juga lumpuh akibat perletakan jawatan 13 orang ahli jawatankuasanya baru-baru ini sehingga mencetuskan keraguan dalam kalangan ahli Pas mengenai kemampuan PKR bertanding di kawasan itu.

PKR juga dijangka akan bertembung sesama sendiri di Parlimen Tapah apabila Ketua Cabang PKR Tapah, Ridzuan Bani mengesahkan bertanding sebagai calon Bebas kerana tidak berpuas hati dengan keputusan PKR meletakkan bekas pemimpin Hindraf, K. Vasantha Kumar bertanding di situ.

DAP yang sebelum ini dilihat 'selesa' menjelang hari penamaan calon, menerima tekanan apabila Parti Sosialis Malaysia (PSM) secara tiba-tiba mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang.

Ahli Majlis Tertinggi PSM, Dr. Jeyakumar Devaraj dalam satu kenyataan baru-baru ini menegaskan, parti itu tidak mempunyai pilihan untuk bertanding sebagai calon bebas jika DAP enggan melayan permintaan mereka.

Krisis dalam DAP juga menyakiskan seorang bekas pemimpinnya, K. Muthu memutuskan bertanding sebagai calon Bebas di DUN Kepayang kerana tidak berpuas hati dengan pemecatannya sebagai penyelaras Parlimen Ipoh Barat oleh Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran.

Ironinya, DUN Kepayang akan ditandingi oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang diketahui tidak sebulu dengan Kulasegaran.

DAP SUDAH HURU HARA...LIM KITSIANG DENGAN PANTAS PAKAI LEBAI


 
Dalam tempoh 24 jam sebelum hari pencalonan, DAP menghadapi saat getir apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menggunakan lambang Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).SUDAH JADI BUBUG DARCA PAS PKR DAN DAP
Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok menyatakan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penger
usi DAP, Karpal Singh akan bertanding atas tiket Pas dalam PRU-13.

wah..!!...Kali ini tidak ada simbol Roket, UMNO tidak boleh lagi mengatakan PAS dan PKR dipergunakan oleh DAP. Kita percaya dalam krisis ada peluang, jadi slogan yang digunakan oleh UMNO tidak boleh dipakai lagi," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran manifesto dan pengumuman calon-calon pakatan pembangkang Selangor di Dataran Kemerdekaan di sini malam ini.

Teresa Kok berkata, majlis malam ini tidak dihadiri oleh para pemimpin kanan DAP kerana mereka sedang bermesyuarat di ibu pejabat parti-
PULAK DAH
"Mesyuarat dijalankan dalam tempoh 24 jam berbincang tentang apa yang boleh buat. Kita tidak ada ucapan dibuat malam ini," katanya sambil menyatakan beliau berasa sedih dengan apa yang telah berlaku.

Teresa berkata, keputusan menggunakan lambang Pas dan PKR itu diambil kerana keputusan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Disember 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966 adalah daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) tetapi tidak mendapat kepastian daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).AKAI KELIN SUDAH MAI

PERKARA YANG HARUS MERISAUKAN PAS PENDANG DAN MUSTI MAU AMBIL BERAT

 
 
SEMANGAT JENTERA BARISAN NASIONAL  YANG SUKAR DIGUGAT LAGI
 
 
 
 
 
 
SELESAI SUDAH MAJLIS RAMAH MESRA CALON DAN WAKIL WAKIL CALON
N18 DUN TOKAI N19 DUN SUNGAI TIANG DAN P11 PARLIMEN PENDANG
BERTEMPAT DI DATARAN PEJABAT UMNO PENDANG MALAM TADI
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 
 

Thursday, 18 April 2013

BIAR HILANG ADAT JANGAN HILANG BANGSA MELAYU BERSAMA UMNO-BN !!

 
 
Kerajaan BN telah membuktikan segala akur janji demi kepuasan semua rakyat yang dikasihi. bertungkus-lumus sentiasa memenuhi kehendak rakyat,Berkongsi harapan dan Anspirasi juga berusaha keras menjadikan Impian satu kenyataan,Peralihan yang berterusan kearah masyarakat Progresif,Moden dan Demokratik demi iltikzam melindungi hak asasi manusia juga persekitaran.

 Sentiasa menepati janji memabwa harapan memacu rakyat kearah dunia maju berasaskan " Gagasan Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan"

BN adalah satu Parti contoh kebanggan Dunia Maju Masa Kini.Semoga dapat kita kekalkan sehingga ketitisan Darah Melayu Terakhir.
 

GEMPAR...!! DATUK IBRAHIM ALI BERKECIL HATI DENGAN BARISAN NASIONAL?


Biarpun akan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Pasir Mas, namun Tok Him atau Datuk Ibrahim Ali menyatakan secara terbuka sokongannya kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Malah, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu yang sedang bercuti, turut menyeru kepada semua ahli pertubuhan tersebut supaya terus memberika...
n sokongan tidak berbelah bahagi serta tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh menjejaskan BN.

Beliau yang tidak menolak kemungkinan untuk turut bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan tersebut berharap, orang ramai tidak menyamakan keadaan yang berlaku di Pasir Mas dengan kawasan lain di seluruh negara termasuk Kelantan.

"Saya ingin berterus terang sememangnya saya berharap bahawa saya dipilih menjadi calon BN tetapi saya tidak disenaraikan, maknanya saya tidak diberi peluang sebab-sebabnya saya tidak tahu, tetapi saya ingin nyatakan di sini walaupun bertanding di Parlimen Pasir Mas bukan bererti saya menentang BN.

"Saya kira hal Pasir Mas kes terpencil iaitu kerana pertama, saya penyandang dan rakyat mahu saya mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas dan kedua, saya perlu berada di Dewan Rakyat bagi meneruskan perjuangan agenda Melayu dan Islam.tabik springlah Tok Him

"Walau saya tidak terpilih saya berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, saya tidak berkecil hati dan pada saya kalau ini nasib saya, saya terima, mungkin juga ada pihak yang cemburu dan dengki kepada saya


Cantiklah tu Tok Him kena ada orang yang lantang dalam Dewan Rakyat

Zulkifli Noordin mampu leraikan doktrin kebencian disemai pembangkang

 
Datuk Zulkifli Noordin adalah calon terbaik bagi Barisan Nasional (BN) meleraikan doktrin kebencian disemai pembangkang kepada pengundi di Parlimen Shah Alam, kata Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor 

 Beliau berkata, latar belakang Zulkifli yang pernah terlibat dengan pembangkang memudahkan bekas anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu menerangkan kepada penduduk di sini tentang penipuan pembangkang seterusnya memberi kelebihan kepada BN memenangi hati pengundi di kawasan Parlimen itu.

"Zulkifli mempunyai peluang yang lebih baik kerana beliau amat memahami fahaman ekstremis diterap pembangkang sehingga mereka menjadi penyokong tegar yang langsung tidak percaya apa sahaja yang keluar daripada orang BN.

Pengetahuan ini membuka jalan kepada beliau meleraikan kebencian itu.

"Beliau memahami Khalid Samad (penyandang kerusi Parlimen Shah Alam) kerana datang daripada latar belakang sama dahulu. Tetapi bezanya sekarang Zulkifli sudah tahu apa dibuat pembangkang itu salah, jadi sekarang dia tidak mahu rakyat tertipu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Zulkifli yang juga Naib Presiden Perkasa sebagai calon rakan BN di Parlimen Shah Alam.

Mohd. Zin turut kesal dengan tindakan pembangkang yang cuba menyerang keperibadian Zulkifli dengan apa yang telah dilakukannya pada masa lampau ketika bersama pembangkang.

"Bila dia keluar pembangkang dan telah menyatakan keinsafan, sampai minta maaf kepada orang terlibat secara terbuka, baru pembangkang 'attack' (serang) dia. Kalau tak betul kenapa tak 'attack' masa dalam pembangkang?” tanya beliau.

Bulan lepas dalam sebuah majlis di Pasir Mas, Kelantan yang dihadiri kira-kira 15,000 orang, Zulkifli membuat permohonan maaf kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana telah mencaci bekas Perdana Menteri itu ketika beliau masih bersama pembangkang.

MAT SABU PENING DENGAN PENYOKONG AZIZAN RAZAK DI PENDANG


 
Dalam PRU kali ini, Mat Sabu terus diusung oleh penyokong penyokong PAS Pendang. Dikatakan sebelum ini Mat Sabu ‘merayau-rayau’ mencari kawasan kerana keadaan kelihatan sedikit sukar baginya. Akhirnya PAS telah memutuskan Parlimen Pendang untuk Mat Sabu, mungkin untuk menyediakan beliau menjadi Menteri Agama, sekiranya PR menang PRU ini.

Mat Sabu juga sehingga kini masih belum dapat membersihkan namanya dari skandal khalwat termasuk rakaman perbualan seks dengan pasangan khalwatnya yang juga isteri rakannya sendiri. Selain itu, Mat Sabu juga merupakan balaci peringkat tertinggi bagi DAP dalam melaksanakan agenda mengubah sejarah, mengiktiraf komunis serta memijak-mijak Melayu. 

Mat Sabu terkenal antara pemimpin tertinggi gerakan Syiah di Kedah, dan rangkaian Syiah itu dikatakan berkembang agak pantas setelah PAS memenangi negeri Kedah serta Mat Sabu mendapat jawatan Timbalan Presiden parti.

Tindakan PAS mengenepikan penyandang Dr. Hayati Othman yang telah dua penggal menjadi wakil rakyat kawasan itu membuktikan betapa PAS mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa masyarakat Pendang boleh diperkotak-katikkan. 

Dari segi fakta, keyakinan PAS tersebut adalah agak keterlaluan. Kita yakin rakyat Pendang bukanlah ‘tidak waras’ seperti yang PAS sangka. Dari tahun 1986 hingga 1999, kawasan itu diwakili oleh UMNO melalui Datuk Othman Abdul.


PAS hanya dapat menawan kawasan tersebut apabila meletakkan tokoh tertinggi iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Noor pada 1999. Apabila Dato’ Fadzil Nor meninggal dunia, UMNO memenangi semula kawasan tersebut dan PAS hanya merampasnya kembali melalui Dr. Hayati pada tahun 2004 yang mengekalkannya sehingga 2008.


Justeru, mengenepikan beliau untuk digantikan dengan Mat Sabu, seorang Syiah merangkap pesalah khalwat dan balaci kafir harbi merupakan satu ‘perjudian yang besar’ bagi PAS. Lebih-lebih lagi, apabila Mat Sabu bakal bertemu dengan penyandang awal selama 3 penggal, iaitu Dato’ Othman Abdul.

Lebih menarik lagi apabila penyokong Dato’ Othman Abdul bukanlah satu-satunya tentangan yang bakal Mat Sabu hadapi, tetapi beliau juga perlu berhadapan dengan penyokong Menteri Besar Kedah, iaitu Dato’ Seri Azizan Razak.

Umum sedia maklum akan keretakan hubungan Azizan dengan Mat Sabu, melalui rangkaian Syiah yang membawa kepada Phahrolrazi, iaitu exco Kedah yang mencabar Azizan secara terbuka dan biadap suatu ketika dahulu.

Azizan dikatakan cukup ‘pantang’ dengan kumpulan Syiah di dalam PAS, namun terpaksa bertolak ansur dengan mereka akibat campurtangan dari pusat. Penyokong-penyokong PAS di Kedah majoritinya, memilih untuk berdiri di belakang Azizan.

Ini pasti menjadikan laluan untuk Mat Sabu menjadi sukar sekali gus meluaskan lagi peluang bagi Dato’ Othman Abdul untuk menang.Justeru, dengan sedikit kerja keras, kita pasti Dato’ Othman Abdul akan berjaya menumbangkan Mat Sabu di Pendang dengan mudah.

JOM KENALI DATUK OTHMAN ABDUL PENDANG

Dato' Wira adalah Naib Presiden Mubarak serta Ketua Penerangan Pekida Malaysia.

Dato 'Wira Othman merupakan alumni Universiti Kebangsaan Malaysia, pengkhususan dalam bidang sosiologi. Selepas menamatkan pengajian pada tahun 1978, beliau telah berkhidmat dengan Lembaga Perancangan Keluarga dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.

Dari tahun 1980 hingga 1983, beliau merupakan Penolong Pegawai Daerah Pendang.

Beliau telah dipilih sebagai Ahli Parlimen dari April 1983 hingga 2004 dan beliau telah dilantik dua kali sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri 1987-1995 dan seterusnya pelantikan kedua adalah dari 1997 hingga 1999.

Oleh itu, Dato 'Wira Othman mempunyai 10 tahun pengalaman sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi MARA dari 1995 hingga 1997.

Selepas itu, beliau juga merupakan Pengerusi Westport dari 1996 hingga 1998. Dalam tempoh yang sama tahun 1996 hingga 1998, beliau juga merupakan Pengarah bagi MBF Cards Services Sdn Bhd, MBF Diskaun Kad dan MBF Pacific Rent-A-Car Sdn Bhd

Marilah kita doakan kemenangan beliau di Pendang. Kemenangan beliau merupakan kemenangan Islam sejagat. HAPUSKAN FAHAMAN SYIAH