Thursday 18 April 2013

GEMPAR...!! DATUK IBRAHIM ALI BERKECIL HATI DENGAN BARISAN NASIONAL?


Biarpun akan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Pasir Mas, namun Tok Him atau Datuk Ibrahim Ali menyatakan secara terbuka sokongannya kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Malah, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu yang sedang bercuti, turut menyeru kepada semua ahli pertubuhan tersebut supaya terus memberika...
n sokongan tidak berbelah bahagi serta tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh menjejaskan BN.

Beliau yang tidak menolak kemungkinan untuk turut bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan tersebut berharap, orang ramai tidak menyamakan keadaan yang berlaku di Pasir Mas dengan kawasan lain di seluruh negara termasuk Kelantan.

"Saya ingin berterus terang sememangnya saya berharap bahawa saya dipilih menjadi calon BN tetapi saya tidak disenaraikan, maknanya saya tidak diberi peluang sebab-sebabnya saya tidak tahu, tetapi saya ingin nyatakan di sini walaupun bertanding di Parlimen Pasir Mas bukan bererti saya menentang BN.

"Saya kira hal Pasir Mas kes terpencil iaitu kerana pertama, saya penyandang dan rakyat mahu saya mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas dan kedua, saya perlu berada di Dewan Rakyat bagi meneruskan perjuangan agenda Melayu dan Islam.tabik springlah Tok Him

"Walau saya tidak terpilih saya berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, saya tidak berkecil hati dan pada saya kalau ini nasib saya, saya terima, mungkin juga ada pihak yang cemburu dan dengki kepada saya


Cantiklah tu Tok Him kena ada orang yang lantang dalam Dewan Rakyat

No comments:

Post a Comment