Thursday 18 April 2013

Zulkifli Noordin mampu leraikan doktrin kebencian disemai pembangkang

 
Datuk Zulkifli Noordin adalah calon terbaik bagi Barisan Nasional (BN) meleraikan doktrin kebencian disemai pembangkang kepada pengundi di Parlimen Shah Alam, kata Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor 

 Beliau berkata, latar belakang Zulkifli yang pernah terlibat dengan pembangkang memudahkan bekas anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu menerangkan kepada penduduk di sini tentang penipuan pembangkang seterusnya memberi kelebihan kepada BN memenangi hati pengundi di kawasan Parlimen itu.

"Zulkifli mempunyai peluang yang lebih baik kerana beliau amat memahami fahaman ekstremis diterap pembangkang sehingga mereka menjadi penyokong tegar yang langsung tidak percaya apa sahaja yang keluar daripada orang BN.

Pengetahuan ini membuka jalan kepada beliau meleraikan kebencian itu.

"Beliau memahami Khalid Samad (penyandang kerusi Parlimen Shah Alam) kerana datang daripada latar belakang sama dahulu. Tetapi bezanya sekarang Zulkifli sudah tahu apa dibuat pembangkang itu salah, jadi sekarang dia tidak mahu rakyat tertipu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Zulkifli yang juga Naib Presiden Perkasa sebagai calon rakan BN di Parlimen Shah Alam.

Mohd. Zin turut kesal dengan tindakan pembangkang yang cuba menyerang keperibadian Zulkifli dengan apa yang telah dilakukannya pada masa lampau ketika bersama pembangkang.

"Bila dia keluar pembangkang dan telah menyatakan keinsafan, sampai minta maaf kepada orang terlibat secara terbuka, baru pembangkang 'attack' (serang) dia. Kalau tak betul kenapa tak 'attack' masa dalam pembangkang?” tanya beliau.

Bulan lepas dalam sebuah majlis di Pasir Mas, Kelantan yang dihadiri kira-kira 15,000 orang, Zulkifli membuat permohonan maaf kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana telah mencaci bekas Perdana Menteri itu ketika beliau masih bersama pembangkang.

No comments:

Post a Comment