Thursday 18 April 2013

MAT SABU PENING DENGAN PENYOKONG AZIZAN RAZAK DI PENDANG


 
Dalam PRU kali ini, Mat Sabu terus diusung oleh penyokong penyokong PAS Pendang. Dikatakan sebelum ini Mat Sabu ‘merayau-rayau’ mencari kawasan kerana keadaan kelihatan sedikit sukar baginya. Akhirnya PAS telah memutuskan Parlimen Pendang untuk Mat Sabu, mungkin untuk menyediakan beliau menjadi Menteri Agama, sekiranya PR menang PRU ini.

Mat Sabu juga sehingga kini masih belum dapat membersihkan namanya dari skandal khalwat termasuk rakaman perbualan seks dengan pasangan khalwatnya yang juga isteri rakannya sendiri. Selain itu, Mat Sabu juga merupakan balaci peringkat tertinggi bagi DAP dalam melaksanakan agenda mengubah sejarah, mengiktiraf komunis serta memijak-mijak Melayu. 

Mat Sabu terkenal antara pemimpin tertinggi gerakan Syiah di Kedah, dan rangkaian Syiah itu dikatakan berkembang agak pantas setelah PAS memenangi negeri Kedah serta Mat Sabu mendapat jawatan Timbalan Presiden parti.

Tindakan PAS mengenepikan penyandang Dr. Hayati Othman yang telah dua penggal menjadi wakil rakyat kawasan itu membuktikan betapa PAS mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa masyarakat Pendang boleh diperkotak-katikkan. 

Dari segi fakta, keyakinan PAS tersebut adalah agak keterlaluan. Kita yakin rakyat Pendang bukanlah ‘tidak waras’ seperti yang PAS sangka. Dari tahun 1986 hingga 1999, kawasan itu diwakili oleh UMNO melalui Datuk Othman Abdul.


PAS hanya dapat menawan kawasan tersebut apabila meletakkan tokoh tertinggi iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Noor pada 1999. Apabila Dato’ Fadzil Nor meninggal dunia, UMNO memenangi semula kawasan tersebut dan PAS hanya merampasnya kembali melalui Dr. Hayati pada tahun 2004 yang mengekalkannya sehingga 2008.


Justeru, mengenepikan beliau untuk digantikan dengan Mat Sabu, seorang Syiah merangkap pesalah khalwat dan balaci kafir harbi merupakan satu ‘perjudian yang besar’ bagi PAS. Lebih-lebih lagi, apabila Mat Sabu bakal bertemu dengan penyandang awal selama 3 penggal, iaitu Dato’ Othman Abdul.

Lebih menarik lagi apabila penyokong Dato’ Othman Abdul bukanlah satu-satunya tentangan yang bakal Mat Sabu hadapi, tetapi beliau juga perlu berhadapan dengan penyokong Menteri Besar Kedah, iaitu Dato’ Seri Azizan Razak.

Umum sedia maklum akan keretakan hubungan Azizan dengan Mat Sabu, melalui rangkaian Syiah yang membawa kepada Phahrolrazi, iaitu exco Kedah yang mencabar Azizan secara terbuka dan biadap suatu ketika dahulu.

Azizan dikatakan cukup ‘pantang’ dengan kumpulan Syiah di dalam PAS, namun terpaksa bertolak ansur dengan mereka akibat campurtangan dari pusat. Penyokong-penyokong PAS di Kedah majoritinya, memilih untuk berdiri di belakang Azizan.

Ini pasti menjadikan laluan untuk Mat Sabu menjadi sukar sekali gus meluaskan lagi peluang bagi Dato’ Othman Abdul untuk menang.Justeru, dengan sedikit kerja keras, kita pasti Dato’ Othman Abdul akan berjaya menumbangkan Mat Sabu di Pendang dengan mudah.

No comments:

Post a Comment