Saturday 16 March 2013

AMBILLAH IKTIBAR PRU 12.....BELAJARLAH MENERIMANYA... JIKA ORANG LAIN ITU LEBIH BAIK DARI KITA WALAU SIAPA PUN 'CALONNYA' DIA TETAP BARISAN NASIONAL






Kadangkala kesian juga tengok Tun M dan Tun Siti berusaha keras untuk parti. Begitu juga Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin, dengar kata sampai turun berat badan, tukar baju dalam kereta sebab takut tak sempat.

Tapi saya sedih, bila usaha-usaha mereka ini bakal dan sedang dihancurkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO-BN itu sendiri. Bagi saya,
pembangkang dah damage teruk dah. Isu pun dah tak berapa berdaya mereka untuk melawan lagi.

...
Saya luah, kerana apa yang saya rasa, kawan-kawan saya rasa kerana terlibat secara langsung dalam politik. Sedih apabila melihat, bakal-bakal caln mula menjatuhkan masing-masing kerana ada ura-ura orang ini tak dipilih, orang itu tak dipilih.

Kenapa UMNO tidak pernah mengambil iktibar apa yang berlaku PRU12? Kita pun tahu, pembangkang menang dulu banyak pun bukan sebab yakin dengan mereka, tetapi boikot dan cantas-mencantas pada ketika itu.

Paling jijik, mereka tidak fokus kepada PRU kali ni, sebab mereka rasa mereka boleh menang, tetapi mereka fokus pemilihan parti yang akan datang. Penat kami semua buat kerja ini buat kerja itu, pemimpin pula... Hmmmm...

Sampai bila harus berterusan begini? Cah Keting, Boikot-memboikot. Ingat, kami sokong PARTI bukan sokong INDIVIDU bukan bermakna INDIVIDU itu boleh buat sesuka hati. Jangan biar rakyat menghukum sebagaimana rakyat pernah menghukum UMNO-BN lima tahun yang lalu.

Hanya teguran dari rakyat marhaen

No comments:

Post a Comment