Tuesday 2 April 2013

GEMPAR....!! PELAWAAN ANWAR KEPADA PAPAGOMO DI PRU 13?

PAPAGOMO TERJERAT DENGAN KARPET MERAH PRU 13?


ANWAR Ibrahim bakal berdepan dengan pendedahan demi pendedahan tentang kebejatan moralnya apabila ada usaha untuk memujuk PapaGomo supaya bersetuju bertanding menentang Anwar dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti malah menurut mereka,demi perjuangan untuk rakyat PapaGomo harus memburu Anwar hingga ke lubang cacing sebelum lebih ramai lagi rakyat negara ini terpedaya,tertipu dan diperbodohkan oleh Anwar dan sekutunya.

Menjadi tanggungjawab dan amanah besar kepada PapaGomo sebagai orang yang mula-mula mendedahkan wajah-wajah munafik Anwar untuk terus membongkar perlakuan seks songsang,kecurangan seorang suami,penipuan seorang bapa terhadap anak-anak dan lebih penting adalah penipuan demi penipuan yang direkayasakan oleh Anwar untuk mengeliru serta membohongi rakyat jelata.
Menurut Saudara Hamidzun Khairuddin,Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPs,selain daripada rakyat dan kepimpinan yang sedia ada berusaha untuk menyakinkan rakyat bahawa Anwar bukan seorang pemimpin yang baik serta tidak layak menjadi Imam kepada seluruh makmum dalam negara ini,PapaGomo juga mempunyai tanggungjawab yang cukup besar bagi menelanjangi warna serta batang tubuh Anwar secara keseluruhannya dan selepas itu menyerahkan kepada rakyat yang celik mata hatinya untuk menilai selebihnya.


“Kita bersedia untuk melancarkan tabung kutipan bagi menampung kos pilihanraya sekiranya PapaGomo bersetuju bertanding untuk menentang Anwar di mana-mana sahaja kawasan Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri yang Anwar pilih untuk bertanding.


“Untuk permulaan kepada gerakan ini, GAPs bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM1,000 dan kita akan melancarkan secara rasmi tabung kutipan ini demi menyediakan dana kewangan untuk PapaGomo bertanding menentang Anwar Ibrahim,” kata Hamidzun sewaktu dihubungi.


Menurut Hamidzun yang juga seorang Peguam dan aktivis politik terkenal tanahair,selain mendedahkan melalui blognya,PapaGomo tidak harus memberikan peluang untuk Anwar bergerak bebas berkempen untuk diribeiau dan partinya sedangkan hakikatnya setiap kali Anwar buka mulut untuk berceramah ataupun bercakap,segalanya adalah bohong belaka dan kesediaan PapaGomo untuk bertanding akan membuatkan Anwar ditimpa masalah ataupun musibah yang lebih besar.


“Landasan terbaik untuk PapaGomo ketika ini adalah bersetuju untuk menentang Anwar demi kelangsungan perjuangan PapaGomo yang selama ini berjaya membongkar segala salah laku termasuk skandal seks Anwar dan rakyat sedang menunggu pendedahan selanjutnya.Paling penting Anwar mesti dikubur serta partinya ditalkinkan dalam PRU13 ini,”tegas Hamidzun lagi sambil menambah bahawa beliau yakin sebahgian besar rakyat Malaysia ini berada bersama-sama dan menyokong segala pendedahan PapaGomo selama ini.


“Taktik Anwar menyaman PapaGomo sebanyak RM10 juta itu hanyalah usaha beliau untuk menutup mulut PapaGomo daripada terus mendedahkan siapa dia sebenarnya.Itu taktik bacul yang Anwar amalkan.Takut untuk berdepan dengan realiti,takut rakyat lebih tahu siapa beliau sebenarnya.


`Sekiranya PapaGomo memilih untuk bertanding menentang Anwar dalam PRU13 ini samada di Permatang Pauh ataupun dimana-mana sahaja akan memberikan ruang yang lebih besar untuk PapaGomo menelanjagi satu persatu topeng-topeng munafik yang sedang Anwar pakai ketika ini,” ujar Hamidzuan lagi.

Menurut Hamidzaun lagi,terpulang kepada PapaGomo untuk menggunakan lambang apa pun atau parti apa sekalipun dan sekiranya PapaGomo menang menentang Anwar dalam PRU13 nanti,ianya akan mencatat sejarah tersendiri dan akan dikenang sampai bila-bila.

"Andai pun beliau kalah tetapi sekurang-kurangnya beliau telah memberikan bukti secara langsung kepada rakyat siapa Anwar Ibrahim sebenarnya dan PapaGomo sudah tidak bersalah sekiranya rakyat terus mengundi Anwar walaupun Anwar seorang pemimpin yang tidak bermoral,:ujar Hamidzun lagi sambil menambah bahawa pihaknya hanya menunggu persetujuan PapaGomo sahaja sebelum meneruskan usaha mengisi Tabung PRU13 bagi membantu PapaGomo.


No comments:

Post a Comment