Wednesday 17 April 2013

PANAS...!! KERUSI P011 PENDANG 'KERUSI MENTERI KABINET'

 
Mat Sabu yang bertanding di Parlimen Pendang dan akan ditentang Datuk Wira Othman Abdul anak tempatan Pendang,lebih dikenali dengan panggilan mesra TOK MAN BEDUN.Calon Barisan Nasional ini merupakan  orang lama yang di panggil kembali oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional pusat bagi menentang TIMBALAN PRESIDEN PAS.Pertembungan antara Mat Sabu dengan Datuk Wira Othman Abdul ini merupakan pertembungan BUKU dengan RUAS kerana Mat Sabu adalah TIMBALAN PRESIDEN PAS yang cuba mencari ruang dan peluang di Pendang.
 
Percaturan Mat Sabu adalah 'Kerusi Parlimen Pendang harus dimenanginya' demi kelangsungan cita cita menduduki KERUSI KABINET BAYANGAN  PR serta harapan menggunung PAS menawan Putrajaya dengan  Mat Sabu adalah salah seorang MENTERI KABINET dalam pakatan haram itu

Apa yang lebih nyata ialah imej dan kredibiliti TIMBALAN PRESIDEN akan tercalar bila Mat Sabu tewas  justeru itu
 
Kerusi Parlimen Pendang dilihat antara  salah satu kerusi terpanas di PRU 13 ini dan diberi jolokan
 KERUSI MENTERI KABINET.
 
Datuk Wira Othman Abdul atau Tok Man Bedun  yang begitu 'mesra pelanggan' terhadap masyarakat tempatan samada dikalangan Penduduk yang menyokong PAS atau penduduk Pendang yang menyokong BARISAN NASIONAL akan menjadi penghalang utama cita cita Mat Sabu ini dan ianya amat meresahkan rencana Mat Sabu serta kepimpinan PAS yang lain.
 
Kewajaran Datuk Wira Othman Abdul dipanggil kembali oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional kena pada masanya bagi membawa arus perubahan baru bagi daerah Pendang yang semakin jauh ketinggalan pembangunannya,setelah selama 10 tahun masa diberi kepada wakil rakyat PAS terdahulu langsung tidak berbuat apa apa di Pendang hatta pembangunan Pendang langsung tidak berganjak sejak 10 tahun itu.Keadaan ini sangat mengecewakan rakyat Pendang umumnya.
 
Tinjauan yang dibuat ramai penduduk Pendang hairan dengan kenyenyakan  'TIDURNYA'wakil rakyat dahulu Dr Hayati (Parlimen) dan Taulan Rasul (DUN Tokai) yang juga merupakan exco kerajaan Negeri terhadap kebajikan Daerah Pendang


Masa pembuangan undi PRU 13 ni.. penyokong Hard Core Mat Sabu boleh la baca talkin siap-siap sebelum politik Mat Sabu akan di kuburkan rakyat Pendang dan calon BN Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul bersama-sama fahaman Syiah yang hendak di bawanya ke Pendang.Rumah yang disewa Mat Sabu di Kg banggul Masjid Pendang pastinya akan jadi 'Rumah Persinggahan Hantu'selepas itu.


No comments:

Post a Comment