Monday 22 April 2013

SAMPAI MASA ANWAR TERPAKSA JUA LEPASKAN PERMATANG PAUH


Dr Mazlan, 53, adalah anak tempatan, kelahiran Kubang Ulu, Penanti, dia memang terkenal di kalangan penyokong pembangkang di kawasan itu selama ini, berikutan tugasnya sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Pulau Pinang untuk PRU ke 10 dan 11

Beliau melihat Anwar dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai pemimpin ‘touch n go,’ iaitu sekadar bertanding untuk menang dan selepas itu balik ke Kuala Lumpur dengan hanya sekali sekala pulang ke kawasan

“Jika sekali lagi orang Permatang Pauh bagi undi kepada beliau, tak mustahil beliau akan jadi pemimpin ‘smart tag’ pula, lalu (bertanding) saja, tak payah buka tingkap pun (khidmat kepada rakyat) sebab tahu buat apa nak bagi kerana akhirnya rakyat sokong juga,” katanya.

“Saya ada di sini (Permatang Pauh), tinggal dan akan mati juga di sini. Saya tak ada pilihan, melainkan berkhidmat kepada rakyat yang semua mereka terdiri daripada ahli keluarga, adik-beradik dan rakan,” katanya.

LIHAT SINI

No comments:

Post a Comment