Wednesday, 10 April 2013

PARLIMEN PENDANG DUN TOKAI DUN SUNGAI TIANG.



PENDANG merupakan satu-satunya kawasan Parlimen di Kedah yang berjaya ditakluki Pas pada pilihan raya umum 2004. Namun jika dilihat kepada sejarah Pendang, kawasan ini cukup sinonim dengan pengaruh pembangkang dan seterusnya pada pilihanraya tahun 2008

Malah sejak negara mencapai kemerdekaan, kerusi Parlimen ini sering bertukar tangan antara Barisan Nasional (BN) dan Pas pada setiap kali pilihan raya.
SENARIO YANG HARUS MAT SABU TAHU
KERUSI PARLIMEN PENDANG TAK BERAPA SELAMAT UNTUKNYA

Parlimen Pendang mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Tiang dan Tokai yang masing-masing dikuasai oleh BN dan Pas.dan bagi PRU 13 dijangka muka baru akan diketengahkan oleh barisan Nasional yg juga dijangkakan anak tempatan yang sedang meningkat naik akan mengambil tugas dan tanggungjawab ini di DUN Tokai

Pada pilihan raya kali ini, kedudukan Pendang dianggap masih terbuka dan ia amat bergantung kepada sikap pengundi di kawasan ini.

Jika dilihat kepada keputusan empat pilihan raya yang lepas sejak 1995, termasuk pilihan raya kecil 2002, sebanyak empat kali Pendang bertukar tangan antara BN dan Pas.

Pada pilihan raya umum 1999, calon BN, Datuk Othman Abdul gagal mempertahankan kerusi Pendang apabila tewas kepada Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dengan majoriti 2,939 undi.

BN kemudian menguasai semula kerusi tersebut menerusi pilihan raya kecil yang diadakan ekoran kematian Fadzil pada 2002. Pilihan raya kecil itu diadakan pada 18 Julai 2002.

Othman yang diberi kepercayaan untuk bertanding sekali lagi di Parlimen berkenaan berjaya menewaskan calon Pas, Dr. Mohamad Hayati Othman dengan majoriti 283 undi.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum 2004, Pas sekali lagi dipilih pengundi apabila Mohanad Hayati menewaskan calon BN, Datuk Md. Rozai Shafian dengan majoriti tipis

Kekalahan BN ketika itu dikaitkan dengan kesilapan strategi selain pengurusan pilihan raya yang kurang kemas.

Hakikatnya, sikap pengundi yang berubah-ubah itu mencerminkan bahawa Pendang bukan kubu kuat Pas seperti yang dianggap sesetengah pihak.

Kemenangan calon Pas pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti tipis turut meletakkan parti pembangkang itu dalam keadaan 'tidak selesa' untuk mempertahankannya.

Sebenarnya, Pas dikatakan kuat di Pendang kerana pengundi di DUN Tokai sentiasa memihak kepada mereka.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-11, calon parti itu, Mohamed Taulan Rasul menumpaskan calon BN, Shamsuddin Tahir dengan majoriti 4,719 undi.

Tetapi keadaan itu diimbangi oleh pengundi di DUN Sungai Tiang (N19) yang pada pilihan raya umum lalu memilih calon BN, Suraya Yaacob untuk menjadi wakil rakyat mereka.

Suraya ketika itu menewaskan calon Pas, Abdul Mutalib Awang dengan majoriti 4,250 undi.


Ada pihak berpendapat jika BN ingin menawan Pendang, mereka perlu menggempur DUN Tokai selain memastikan sokongan pengundi BN di DUN Sungai Tiang semakin mantap.Tugas ini digalas dengan baik oleh Suraya Yaacob yang dilihat sehingga ke hari ini sangat komited dan program program berterusan di DUN Sg Tiang.Suraya Yaacob begitu sinonim dengan pengundi pengundi Pendang


"Rakyat dapat melihat dengan jelas, meskipun Parlimen Pendang di bawah Pas tetapi kerajaan BN tetap meneruskan program pembangunan kerana tidak mahu jurang yang ketara berlaku di kawasan lain. Saya yakin dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat kebelakangan ini, BN mampu memperoleh undi lebih besar," katanya.

Parlimen Pendang ini menyaksikan Timbalan Presiden Pas Mohd Sabu mengintai ngintai dan telah disahkan akan bertanding di Parlimen Pendang.Strategi Mat Sabu yang mewakili PAS ini dijangka akan 'makan diri' berdasarkan reputasi buruk Mohd Sabu yang dilihat sanggup 'makan babi dari makan ayam' dan pemimpin yang menyokong penuh penggunaan kalimah allah dalam bibile anjuran DAP

 


 

MAT SABU SILAP LANGKAH TOMOIH MASUK PARIT


DEMI PUTRA JAYA MAT SABU SANGGUP MAKAN BABI

PEMIMPIN PAS YG MENOLAK KALIMAH ALLAH DI GUNAKAN DALAM KITAB BIBLE :

1-HARON DIN
2-NASHARUDDIN MAT ISA
3-TAIB AZZAMUDDIN
4- DATUK MOHAMMED DAUD IRAQI
5-NASHARUDDIN HASSAN TANTAWI
6-DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN
7-MUSTAPHA ALI
8-DATUK HARON TAIB

PEMIMPIN PAS YG MENYOKONG KALIMAH ALLAH DI GUNAKAN DALAM BIBLE :
1-NIK AZIZ NIK MAT
2-HJ HADI AWANG
3-MAT SABU

4-KHALID SAMAD
5-DZUKEFLE AHMAD

Boleh tak nampak kepentingan dua golongan ini........? Golongan di atas mungkin antara pejuang Islam asal PAS manakala golongan dibawah ialah pejuang politik yang dah lari dari pejuangan asal. hanya mereka nampak Putrajaya.


Sunday, 7 April 2013

MAHALNYA MENGURUSKAN NAFSU....!!

 
 
TUN Dr. Mahathir Mohamad dalam memoir A Doctor In The House sekali lagi mengakui betapa sukarnya untuk beliau mempercayai orang yang bakal menggantikannya telah dikaitkan dengan perlakuan tidak bermoral.
 
Tambah tidak mudah apabila orang itu berpenampilan Islamik, petah menyampaikan tazkirah dan khutbah.
 
Dr. Mahathir mengakui mengambil masa yang lama untuk meyakinkan dirinya. Beliau membuat siasatan sendiri. Selain mangsa liwat, yang turut ‘disoal siasatnya’ adalah empat orang wanita yang diperkenalkan oleh lelaki bernama Nalla kepada timbalannya itu.
Selepas tindakan dibuat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya berarak ke seluruh negara, bahkan dunia. Karismanya membuatkan ada yang percaya beliau adalah mangsa konspirasi kerajaan. Anwar mahu memperlihatkan seolah-olah tiada keluhuran undang-undang di negara ini.
 
Apa yang mahu disimpulkannya, tanpa beliau demokrasi Malaysia tidak akan hidup subur. Tanpa beliau, Malaysia tidak akan mampu melakukan perubahan. Topik ini memang disukai oleh media Barat, yang sentiasa skeptikal dengan gaya kepimpinan Dr. Mahathir.
 
Ini cerita lama – kisah 14 tahun lalu. Tetapi kesannya bermula tahun itu pada 1997 – semasa Dr. Mahathir berhasrat melepaskan jawatannya, politik Malaysia telah beranjak menjadi lebih terfokus kepada budaya adu bomba, fitnah memfitnah dan keji mengeji.
Kita pun tidak tahu bila ini akan berakhir. Sepertinya ada persoalan serius yang menimpa politik Malaysia. Sepertinya politik Malaysia hanya mengurus dan menjurus kepada satu orang ini.
 
Selepas dakwaan liwat pada 1999, Anwar terus terpalit dengan persoalan yang sama.
Tahun 2008 lalu, beliau sekali lagi didakwa meliwat. Kali ini terhadap pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Kesnya ini akan sampai ke penghujung jua apabila 24 Mac lalu pendakwa raya dan pasukan peguam bela menyatakan kesediaan untuk ke peringkat bela diri.
 
Seperti kes liwat pertamanya, pendakwaan kali ini juga bukan mudah. Terlalu banyak hiruk-pikuk di luar mahkamah. Demonstrasi, ceramah, solat hajat dan campur tangan asing mewarnai perbicaraan. Terlalu banyak tenaga dan waktu dihabiskan untuk mengurus seorang ini.
 
Dan tiba-tiba tanpa angin dan entah dari mana, sahabat lamanya Datuk Sharzyl Eskay Abdullah dibantu oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim mendedahkan rakaman video seks membabitkan seorang pemimpin pembangkang. Hari yang sama juga, pada 21 Mac itu, Anwar menafikan beliau adalah lelaki dalam rakaman video tersebut.
 
Sekali lagi Anwar menggunakan alasan konspirasi kerajaan dengan tujuan untuk mengekang kemaraan pembangkang. Sentimen pilihan raya Sarawak dan pilihan raya umum yang dikatakan tidak lama lagi dijadikan hujah. Kononnya juga rakaman video seks itu satu senjata kerajaan selepas mendapati bukti kes liwatnya lemah.
Soalan lazim yang ditanyakan oleh ramai orang ialah jika ia satu konspirasi, mengapa hanya Anwar yang menjadi sasaran isu seks? Kenapa tidak pemimpin DAP, Pas ataupun PKR lainnya? Mungkinkah kerana Anwar mudah untuk masuk perangkap seperti didedahkan oleh WikiLeaks sebelum ini? Mungkinkah beliau sebenarnya menghadapi masalah?
 
Seperti kes D.P Vijandran dan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, isu sensasi ini akan berlarut panjang. Mungkin akan dipertontonkan di Parlimen dan mungkin juga akan ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Atau mungkin juga akan dihadapkan ke mahkamah.
Sampai bila, rakyat Malaysia akan terus terperangkap dalam isu-isu dan skandal seks ini?
Jawapannya ada di tangan parti pembangkang dan Anwar sendiri yang pengaruhnya pun dilihat semakin memudar.
 
Tentu sekali kita juga mengharapkan ada dalam kalangan kepimpinan pembangkang yang berkelas negarawan. Pemimpin berjiwa besar yang mahu menghentikan apa yang dianggap oleh bekas-bekas rakan Anwar sebagai ‘sandiwara dan lakonan’ ini.
Tidak adakah dalam kalangan mereka yang mahu berkata, cukuplah Anwar. Sudah sampai waktunya untuk beliau berundur, sekurang-kurangnya bagi jawatan Ketua Pembangkang.
Senarai kepincangan Anwar selaku seorang pemimpin terlalu panjang. Beliau dipalit dengan pelbagai masalah. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini terlalu banyak resah yang tercipta akibat kerenah beliau. Yang masih segar diingati ialah sandiwara pembentukan kerajaan 16 September.
 
Negara ini memerlukan pemimpin berkualiti negarawan sama ada di pihak kerajaan atau pun pembangkang. Atas pelbagai kepincangan dan pelbagai masalah peribadi yang menimpanya, Anwar seharusnya dengan rela hati melepaskan jawatan utamanya.
Lebih daripada itu, pemimpin yang berjiwa besar sepatutnya menunjukkan contoh mereka sentiasa bersungguh-sungguh menguruskan diri sendiri. Bukan membuka diri dan ruang dengan pelbagai masalah dan skandal. Malah tentu sekali bukan menjadi sebahagian daripada masalah itu.
 
Tetapi sayang, setakat ini belum ada tanda-tanda ada pemimpin pembangkang yang dilihat mampu melaksanakan tugas negarawan itu. Masing-masing haus kekuasaan. Masing-masing takut kehilangan kekuasaan. Yang dipimpin, takut menegur. Yang memimpin, tidak mahu ditegur.
 
Kalau ada orang berkata, negara ini mengalami inflasi pemimpin bersifat negarawan mungkin ada benarnya. Jika tidak, mungkinkah orang yang dihimpit dengan pelbagai isu peribadi terus diangkat menjadi pemimpin utama?
Tulisan asal Zulkefli Hamzah
Dipetik dari Utusan Online

TIAN CHUA TIDAK DIBENAR MEMASUKI SABAH..APAKAH DIA AKAN DISEMBELIH?


KOTA KINABALU 7 April - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) hari ini tidak dibenarkan memasuki Sabah dan diminta kembali ke Semenanjung.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang turut tiba bersama Tian Chua bagaimanapun dibenarkan memasuki Sabah dan diberikan pas lawatan sementara oleh para pegawai imigresen bertugas.

Mohamad yang dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, beliau mengesyaki sesuatu 'perkara' akan berlaku apabila sejurus turun daripada pesawat mereka disapa dan ditegur oleh beberapa polis cawangan khas yang seperti sedang menunggu ketibaan mereka.

"Semasa bergerak ke kaunter imigresen saya nampak ramai pegawai-pegawai beruniform biru dan Tian Chua dimaklumkan tidak dibenarkan memasuki Sabah. Saya bernasib baik kerana diberikan sekeping kertas putih (pas lawatan sementara)," katanya semasa merasmikan markas Pas Dewan Undangan Negeri Tanjung Aru di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
 


admin tidak bersetuju Tiah Chua tidak tidak dibenarkan masuk kesabah.Admin menyokong penuh Tian Chua Masuk ke Sabah berkempen.Jangan dihalang.Beri peluang pada Tian Chua.desak dia beri syarahan atau ceramah terutama di kawasan Lahad Datu dengan Tajuk SERANGAN PENCEROBOH dan GUGURNYA BUNGA BANGSA PERWIRA NEGARA  DILAHAD DATU ADALAH SATU SANDIWARA

3 % PERGERAKAN GAJI KHAS & SEMAKAN ELAUN.BR1M 1200 BONUS TAHUNAN ORANG BUJANG RM600.

 
BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.

 Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.

Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.

Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.

Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat.

BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150

 
Perkhidmatan awam turut diberi keutamaan semakan elaun elaun.Tranformasi pergerakan gaji 3 peratus pergerakan gaji khas selain gaji tahunan dan bonus tahunan.
 
SESUATU YANG TERBAIK DARI BARISAN NASIONAL UNTUK RAKYAT MALAYSIA
 
 
BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.

Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.

Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.

Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.

1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.

Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.

Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.

Membina Lebuh raya Pan Borneo.

Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.

Sekolah satu sesi diperluaskan.

Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.

Transformasi sekolah vokasional.

4,000 anggota Polis setiap tahun.

Penggunaan SafeCam.

Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.
 

Saturday, 6 April 2013

REALITI YANG CUBA WAN AZIZAH SEMBUNYIKAN.APAKAH BENAR WAN AZIZAH MISKIN HINA?

 
 
PUBLISITI MURAHAN AKHBAR CINA AGAR WAN AZIZAH DIBANGGAKAN.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew baru-baru ini menyiarkan wawancara eksklusif dengan Presiden PKR, Da...tin Seri Wan Azizah, bagi mendapatkan pandangannya mengenai isu-isu semasa dan pilihanraya yang menjelang tiba.

Tidak perlu diulas panjang mengenai pandangan Wan Azizah kerana ianya sudah dapat dibaca iaitu segala-galanya yang dibuat kerajaan adalah buruk dan pembangkanglah yang terbaik, selain suaminya sebagai manusia paling suci di dunia yang tidak henti-henti menjadi mangsa penganiayaan kerajaan. Semua tuduhan adalah palsu dan semua yang berlaku adalah sandiwara UMNO termasuk insiden Lahad Datu di mana suaminya tidak terlibat langsung dan hanya bertemu Misuari untuk bersembang kosong.

Pastinya, itulah jawapan standard Wan Azizah di mana-mana saja, jadi tidak perlulah sesiapa membuang masa untuk bertanya apa-apa padanya.

Justeru, wawancara tersebut tidaklah berbaloi untuk dibincangkan di sini, tetapi, apa yang menarik untuk diberi perhatian ialah motif Sin Chew yang jelas cenderung memberi kredit dan publisiti murah kepada Wan Azizah.

Mana tidaknya, jika yang ditekankan bukanlah isu berbangkit menjelang pilihanraya tetapi mengenai sifat rendah diri dan tidak mengada-ngada yang kononnya dimiliki oleh Wan Azizah.

Menurut Sin Chew, Wan Azizah tidak memakai perhiasan emas atau berlian mewah seperti sesetengah isteri pegawai tinggi kerajaan, tetapi hanya memakai mutiara palsu yang bernilai hanya RM5 seutas.

Pesan kita pada Wan Azizah, agak-agaklah kalau nak menunjuk rendah diri sekalipun. Apa erti mutiara palsu RM5 seutas dengan rumah mewah berjuta dolar walaupun suami sudah tidak bekerja? Siapa yang kos sara hidup dan pelajaran anak-anak, kos ulang-alik dan penginapan termasuk perbelanjaan sampingan ke luar negara berpuluh kali setahun untuk dirinya, suami dan anak-anak?

Namun, dari satu sudut, tidak mustahil Wan Azizah bercakap benar mengenai mutiara RM5nya kerana jika dikaji pendedahan berbagai pihak mengenai rumahtangganya dengan Anwar, kita akan dapati bahawa semua yang dikeliling mereka mengakui bahawa Anwar tidak pernah memberi perhatian, jauh sekali kemewahan kepada isterinya atas alasan ingin dilihat sebagai ahli politik yang baik.

Tetapi, di masa yang sama, Anwar memberi segala kemewahan kepada ‘anak-anak ikannya’ dan juga wanita simpanannya.

Antara yang telah terdedah di mahkamah ialah adik angkatnya, Suka Dermawan yang diberikan bilik khas di rumahnya sendiri serta modal yang banyak untuk membangunkan syarikat sendiri. Begitu juga Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali, merangkap perempuan simpanannya, menikmati gaji yang tinggi sebagai Pengarah Syarikat tanpa perlu bekerja atau memikul apa-apa tanggungjawab, selain diberikan saham-saham dan barangan kemas sebagai hadiah.

Isterinya, Wan Azizah, bagaimanapun disuruh membawa imej sederhana sahaja agar salah lakunya tidak disyaki orang.

Baru-baru ini, kita didedahkan pula oleh bekas pembantu peguam Anwar, iaitu Yuktes Vijay, bahawa Anwar tidak perlu mengeluarkan sesen pun dalam kebanyakan hal kerana beliau mempunyai penaja. Jika ini benar, nampaknya Anwar mempunyai penaja dengan jumlah dana tanpa had.

Logik akal, jika seseorang itu dipecat, tidak kiralah sekiranya beliau seorang Timbalan Perdana Menteri sekalipun, tentulah kehidupannya tidak akan semewah sebelumnya, apatah lagi setelah 13 tahun berlalu. Lebih-lebih lagi apabila telah bergelar banduan. Bayangkanlah, Anwar melantik hampir 10 orang peguam setiap kali ke mahkamah. Peguamnya pula bukan calang-calang, tetapi yang sudah pun menempa nama di mana bayaran yuran mereka tentu sekali bukan calang-calang juga.

Justeru, di manakah atau bagaimanakah Anwar membiayai kos guaman, kos sara hidup serta kerjaya politiknya? Segala kos ini selama berbelas tahun pasti memakan jumlah sehingga berbilion ringgit. Dengan dana yang tanpa had itu, mungkinkah Anwar begitu kejam terhadap Wan Azizah sehingga sanggup membiarkan isterinya itu memakai seutas mutiara bernilai hanya RM5?

Di sebalik kekayaan Anwar dan kekejamannya terhadap Wan Azizah, jangan kita sekali-kali lupa pendedahan bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan, Lokman Nor Adam di awal tahun 2012 tentang bagaimana ketika Anwar dipenjara, Nurul Izzah ada menerima wang berjumlah USD200,000 dari Joseph Estrada, Presiden Filipina pada waktu itu, untuk membantu perjuangan pembebasan Anwar. Wang tersebut diberikannya kepada ibunya, Wan Azizah, Namun sehingga Lokman meninggalkan PKR, satu sen pun tidak dimasukkan oleh Wan Azizah ke akaun parti.

Begitu juga apabila rakan Lokman, Nasir Husin, yang sama-sama ditahan ISA menerima cek berjumlah RM5 juta dari Datuk Soh Chee Wen, atas nama Wan Azizah untuk membantu parti dan Anwar Ibrahim. Tetapi, perkara sama juga berlaku di mana satu sen pun tidak diberikan oleh Wan Azizah kepada parti.

Perkara ini telah didedahkan sejak tahun 2012 tetapi sehingga kini tiada siapa yang menyaman Lokman Nor Adam, walaupun Anwar terkenal dengan hobinya menyaman orang.

Oleh itu,, sekiranya Sin Chew merasa ‘kagum’ kerana Wan Azizah sanggup memakai barang kemas bernilai RM5 ketika diwawancara mereka, maka kekaguman akhbar itu pastinya berasas. Bayangkan, walaupun keluarganya telah menyonglap berbilion ringgit, Wan Azizah tegar berlakon rendah diri dengan hanya memakai barang kemas yang tidak sampai sepuluh ringgit

Wednesday, 3 April 2013

PARLIMEN MALAYSIA DIBUBARKAN BERKUAT KUASA HARI INI

 

 
 
YAB Perdana Menteri telah memohon perkenan SPBYDA membubarkan Parlimen Malaysia hari ini dan Pengumuman telah diumumkan sebentar tadi di TV3.Pembubaran Parlimen ini dilihat bagi membolehkan PILIHANRAYA UMUM diadakan.
 
KERAJAAN BARISAN NASIONAL dibawah kepimpinan YAB Dato Seri Najib dijangka akan terus mengungguli kerajaan Malaysia dengan dengan lebih baik dengan tranformasi tranformasi Nasional yang lebih jitu.


 

Tuesday, 2 April 2013

MAT SABU DI JANGKA MENENTANG 'WIRA' DIPENDANG

 
Mat Sabu Calon Parlimen Pendang yang belum disahkan Tengking Ustaz Azizan dilihat sebagai kurang ajar.Mat Sabu telah menyewa sebuah rumah di Pendang dan telah mengadakan 'kenduri masuk rumah' sebagai 'starting' beliau mempromosikan diri sebagai 'calon kawasan'yang akan bertanding di Parlimen Pendang.

Mat Sabu dipercayai akan menghadapi  tugas berat untuk berhadapan penduduk setempat terutama masyarakat Siam yang lebih mempercayai Suraya Yaacob di Dun Sg Tiang yang mesra rakyat dan mudah dihubungi dan sentiasa ADA di Pusat Khidmatnya di Sungai Tiang bagi menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.Tinjauan terhadap penduduk setempat mendapati mereka hanya mahu calon yang mesra rakyat dan mudah dihubungi DI DALAM KAWASAN pada bila bila masa sahaja.dan yang lebih utama mereka tidak mahu PELAWAK HEBIAG.
 
 
 

GEMPAR....!! PELAWAAN ANWAR KEPADA PAPAGOMO DI PRU 13?

PAPAGOMO TERJERAT DENGAN KARPET MERAH PRU 13?


ANWAR Ibrahim bakal berdepan dengan pendedahan demi pendedahan tentang kebejatan moralnya apabila ada usaha untuk memujuk PapaGomo supaya bersetuju bertanding menentang Anwar dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti malah menurut mereka,demi perjuangan untuk rakyat PapaGomo harus memburu Anwar hingga ke lubang cacing sebelum lebih ramai lagi rakyat negara ini terpedaya,tertipu dan diperbodohkan oleh Anwar dan sekutunya.

Menjadi tanggungjawab dan amanah besar kepada PapaGomo sebagai orang yang mula-mula mendedahkan wajah-wajah munafik Anwar untuk terus membongkar perlakuan seks songsang,kecurangan seorang suami,penipuan seorang bapa terhadap anak-anak dan lebih penting adalah penipuan demi penipuan yang direkayasakan oleh Anwar untuk mengeliru serta membohongi rakyat jelata.
Menurut Saudara Hamidzun Khairuddin,Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPs,selain daripada rakyat dan kepimpinan yang sedia ada berusaha untuk menyakinkan rakyat bahawa Anwar bukan seorang pemimpin yang baik serta tidak layak menjadi Imam kepada seluruh makmum dalam negara ini,PapaGomo juga mempunyai tanggungjawab yang cukup besar bagi menelanjangi warna serta batang tubuh Anwar secara keseluruhannya dan selepas itu menyerahkan kepada rakyat yang celik mata hatinya untuk menilai selebihnya.


“Kita bersedia untuk melancarkan tabung kutipan bagi menampung kos pilihanraya sekiranya PapaGomo bersetuju bertanding untuk menentang Anwar di mana-mana sahaja kawasan Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri yang Anwar pilih untuk bertanding.


“Untuk permulaan kepada gerakan ini, GAPs bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM1,000 dan kita akan melancarkan secara rasmi tabung kutipan ini demi menyediakan dana kewangan untuk PapaGomo bertanding menentang Anwar Ibrahim,” kata Hamidzun sewaktu dihubungi.


Menurut Hamidzun yang juga seorang Peguam dan aktivis politik terkenal tanahair,selain mendedahkan melalui blognya,PapaGomo tidak harus memberikan peluang untuk Anwar bergerak bebas berkempen untuk diribeiau dan partinya sedangkan hakikatnya setiap kali Anwar buka mulut untuk berceramah ataupun bercakap,segalanya adalah bohong belaka dan kesediaan PapaGomo untuk bertanding akan membuatkan Anwar ditimpa masalah ataupun musibah yang lebih besar.


“Landasan terbaik untuk PapaGomo ketika ini adalah bersetuju untuk menentang Anwar demi kelangsungan perjuangan PapaGomo yang selama ini berjaya membongkar segala salah laku termasuk skandal seks Anwar dan rakyat sedang menunggu pendedahan selanjutnya.Paling penting Anwar mesti dikubur serta partinya ditalkinkan dalam PRU13 ini,”tegas Hamidzun lagi sambil menambah bahawa beliau yakin sebahgian besar rakyat Malaysia ini berada bersama-sama dan menyokong segala pendedahan PapaGomo selama ini.


“Taktik Anwar menyaman PapaGomo sebanyak RM10 juta itu hanyalah usaha beliau untuk menutup mulut PapaGomo daripada terus mendedahkan siapa dia sebenarnya.Itu taktik bacul yang Anwar amalkan.Takut untuk berdepan dengan realiti,takut rakyat lebih tahu siapa beliau sebenarnya.


`Sekiranya PapaGomo memilih untuk bertanding menentang Anwar dalam PRU13 ini samada di Permatang Pauh ataupun dimana-mana sahaja akan memberikan ruang yang lebih besar untuk PapaGomo menelanjagi satu persatu topeng-topeng munafik yang sedang Anwar pakai ketika ini,” ujar Hamidzuan lagi.

Menurut Hamidzaun lagi,terpulang kepada PapaGomo untuk menggunakan lambang apa pun atau parti apa sekalipun dan sekiranya PapaGomo menang menentang Anwar dalam PRU13 nanti,ianya akan mencatat sejarah tersendiri dan akan dikenang sampai bila-bila.

"Andai pun beliau kalah tetapi sekurang-kurangnya beliau telah memberikan bukti secara langsung kepada rakyat siapa Anwar Ibrahim sebenarnya dan PapaGomo sudah tidak bersalah sekiranya rakyat terus mengundi Anwar walaupun Anwar seorang pemimpin yang tidak bermoral,:ujar Hamidzun lagi sambil menambah bahawa pihaknya hanya menunggu persetujuan PapaGomo sahaja sebelum meneruskan usaha mengisi Tabung PRU13 bagi membantu PapaGomo.


ANWAR SEMAKIN RESAH DENGAN PAPAGOMO VS PERSAHABATAN PAS PKR DAN DAP

 
PAPAGOMO satu nama yang hebat diantara blogger blogger yang ada.Ramai yang mencemburuinya dan terlalu ramai yang menyukainya tidak kiralah dikalangan pembaca Pro BN apatah lagi penyokong tegar Pro PR.Walaupun saban hari menyeranah Papagomo tetapi semakin disumpah seranah semakin ketagih membuka page PAPAGOMO,Seperti sambal belacan makin pedas makin sedap dimakan.Kelantangan PAPAGOMO dengan SOURCE yang diperolehi PAPAGOMO sangat BERHANTU dan menjadi kengerian yang amat sangat,menjadi igauan mimpi ngeri apabila PAPAGOMO mula bersidang di blognya terutama sekali ANWAR IBRAHIM dan Partinya yang terkenal dengan kredibiliti moral yang parah.
 
Tidak dapat tidak boleh dinafikan ANWAR IBRAHIM sebenarnya dan sememangnya PENING KEPALA dan HANTU ini yang sentiasa membuka satu demi satu KRISIS moral paling teruk paling buruk di abad ini iaitu PENDEDAHAN moral  ANWAR IBRAHIM oleh PAPAGOMO dengan aktiviti seks songsang yang rasa rasanya tidak pernah terjadi dalam sejarah dunia seorang manusia yang mempunyai seribu wajah yang tidak lut walaupun sudah terang lagi bersuluh WAJAHNYA.
 
Berselindung disebalik andaian konspirasi Barisan Nasional dan dilihat juga bagaimana sedaya upaya anak anak dan isteri ANWAR dan beberapa orang RAKAN KONGSInya cuba sedaya upaya menidakkan perlakuan ANWAR INI.anwar juga dikatakan memiliki ilmu LEMBUT GIGI DARI LIDAH.Menjadi kebiasaannya menggunakan PENGETAHUAN dan selok belok pentadbiran untuk menuding jari pada PEMIMPIN KERAJAAN BARISAN NASIONAL dan UMNO.Semakin rendah mentaliti rakyat semakin rakus ANWAR berpenglipur lara.sebab anwar siapa yang paling mudah dipengaruhi dan digula gulakan.justeru sasaran sasaran ANWAR ialah menimbulkan provokasi.
 
Bagi yang sukar di TARIK anwar dengan dibantu dan diberi laluan oleh sekutu sekutunya MEMBELI Individu individu tertentu dengan DUIT HARAM.Satu juta dua juta tidak memberi apa apa makna bagi ANWAR dan jaringannya. dalam situasi ini keuntungannya hanyalah pada satu pihak yang lain.
 
LU OLANG GADUH KITA OLANG ADA VALUE MA
 
Ramai orang sedar dan ramai juga yang tidak sedar dan tak kurang juga yang buat buat tidak sedar bagaimana elemen elemen sokongan BEGITU IKHLAS dari PAS walaupun ramai pemimpinnya 'MENGKELAN PAHIT" tetapi harus juga ditunjukkan MACHO kerana jika ditentang maka periuk nasi akan terlungkup serta juga ada cita cita lain yang menggunung yang diharapkan. 
 
DAP AGENDANYA SANGAT HALUS DAN MULUS
 
watak watak yang dicerminkan sangat hebat.mahu mengajar itik berenang?mahu mengajar bangsa cina berniaga?sokongan kepada Anwar kepada PAS hanyalah
 
 FATAMORGANA
(sesuatu yang tidak ada, tetapi nampak ada)
 
PAS terpaksa akur kerana PAS memerlukan sokongan PADU bangsa lain yang boleh membantu menambahkan undian untuk calonnya walaupun berbeza ideologi namun demi undi PAS SANGGUP MENJUAL MARUAHNYA dengan harga sebatang rokok.DAP pula memerlukan UNDIAN AHLI AHLI PAS kerana DAP tahu partinya tidak boleh menang secara sendirian kerana SIFAT SIFAT PEMIKIRAN ERA ZAMAN 60 yang cuba diselindungkan dengan konon kononnya sekarang ini tidur sebantal dengan PAS namun mimpi yang berlainan.
 
dalam kempen,provokasi demontrasi jalanan kehadiran mereka hanyalah sekadar MENGAMBIL HATI ada dipermulaan dan hilang dipenghujung.kerana mereka tahu siapa yang boleh dibeli dengan sebatang rokok.

 
PEMIMPIN PEMIMPIN DAP melihat keujudan PKR sebagai perisai utama mereka.Kerja mereka menjadi sangat senang dan mudah justeru itu mereka menjaga ANWAR dengan sebaik baiknya kerana mereka tahu keuntungan besar yang mereka perolehi dari ANWAR dan PKR walau pun mereka tahu sedalam dalamnya SIAPA ANWAR IBRAHIM DAN SEJARAH HIDUPNYA.kalau tidak percaya tanyalah KARPAL.percaya atau tidak jika hasrat mereka menjadi KERAJAAN PUSAT anwar hanyalah TAIK YANG TIDAK BOLEH DICUCI BERSIH  WALAUPUN DENGAN SELAUTAN AIR LAUT CINA SELATAN maka mereka akan membiarkan ANWAR mereput perlahan lahan dengan sendirinya tanpa bantuan dan sokongan seperti sekarang lagi.
 
DAP pun sedar gejala moral seks apatah lagi yang songsang dan gila adalah gejala yang melumpukan NEGARA mana sekali pun di dunia ini.
 
BERBALIK KEPADA KISAH ANWAR IBRAHIM DAN ANGAN ANGANNYA
 
ANWAR dilihat mengamalkan prinsip alang alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan alang alang mandi biar basah alang alang bergelumang dosa biar sampai dijilat api neraka
 
Pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh PAPAGOMO dilihat membuka topeng yang dipakai ANWAR IBRAHIM. Seharusnya PAPAGOMO menyedari gendang yang dipalu menginginkan tarian PAPAGOMO sumbang dan pincang.

SERUAN supaya PAPAGOMO menentang ANWAR merebut kerusi pilihanraya dengan alasan demi perjuangan untuk rakyat PapaGomo harus memburu Anwar hingga ke lubang cacing sebelum lebih ramai lagi rakyat negara ini terpedaya,tertipu dan diperbodohkan oleh Anwar dan sekutunya tidak harus dilihat oleh PAPAGOMO sebagai langkah yang tidak bijak dan tidak boleh diguna pakai kerana ianya akan membataskan PAPAGOMO sendiri.PAPAGOMO harus terus menjadi HANTU YANG PALING MENAKUTKAN ANWAR dan kumpulannya.Anwar harus diburu dengan HANTU PAPAGOMO Selamanya.