Tuesday, 16 April 2013

WINNABLE CANDIDATE CALON BARISAN NASIONAL P011 PARLIMEN PENDANG N18 TOKAI DAN N19 SUNGAI TIANG

 
 WINABLE CANDIDATE BARISAN NASIONAL
P011 PARLIMEN PENDANG
 
N18 DUN TOKAI DAN N19 DUN SUNGAI TIANG
 
 
DATO WIRA OTHMAN ABDUL
 WINNABLE CANDIDATE P001 PARLIMEN PENDANG
 
 

 

 
NAJMUDDIN DARUS
WINNABLE CANDIDATE DUN TOKAI
 
 
 
 
SURAYA YAACOB
WINNABLE CANDIDATE DUN SUNGAI TIANG
 



Monday, 15 April 2013

PENGORBANAN BESAR DR HAYATI KEPADA MAT SABU ADAKAH BERBALOI?

Tinjauan yang di buat oleh TK di Pendang memperlihatkan PAS Pendang berpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Taulan Rasul penyandang Dun Tokai  dan kumpulan Dr Hayati penyandang Parlimen Pendang yang dimenangi pada PRU 12.

Perpecahan ini dikatakan berpunca dari pengorbanan Dr Hayati, penyandang Kerusi Parlimen Pendang yang dimenanginya dengan majoriti tipis dari Barisan Nasional pada PRU 12 lalu.Dr Hayati telah memberi laluan kepada Mat Sabu mengambil tempatnya di Pendang.Kerusi tersebut diserahkan kepada Mat Sabu dan Dr Hayati pula dikatakan akan diberikan kerusi Dun Tokai bagi menggantikan Taulan Rasul.Taulan Rasul dikatakan akan memberi laluan kepada Dr Hayati Hakikat ini berubah disaat akhir apabila Taulan Rasul dijangkakan mengekalkan Kerusi Dun Tokai.Spekulasi ini tersebar meluas di media massa hari ini dan persoalan yang berlegar legar kepada penyokong penyokong PAS ialah dimana Dr Hayati akan bertanding setelah pengorbanan besar dilakukan oleh beliau  dengan meyerahkan Kerusi Parlimen Pendang yang kepada Mat Sabu.apakah Dr Hayati hanya akan menguruskan kliniknya sahaja atau sebaliknya kita akan dapat tahu sedikit masa lagi. 

33% CALON PARLIMEN DAN 49% CALON BARISAN NASIONAL ADALAH MUKA BARU

Mengembalikan Negeri Kedah ke tampuk BARISAN NASIONAL memperlihatkan ramai muka muka baru diketengahkan oleh Barisan Nasional negeri Kedah.

Dijangkakan 33% calon Parlimen dan 49% calon DUN seperti yang diumumkian adalah muka muka baru.Tranformasi drastik ini memperlihatkan kesungguhan dan harapan baru rakyat yg mahu melihat perubahan besar berlaku setelah kegagalan kerajaan PAS Kedah gagal mengurus tadbir negeri Kedah.

SIAPAKAH WANITA YANG DIUPAH MENJADI PEMBUNUH "POLITIC CHARACTER" MUSTAFA ALI SU AGONG PAS



 
Dipetik hasil tulisan Ab Jalil Backer - MyKMU

Hampir sedekad yang lalu, kolumnis Massa, Baharom Mahusin, menulis yang lebih kurangnya begini, “bahawa budaya politik kurang ajar, bi...
adap dan lucah dalam kempen politik disuburkan oleh pembangkang dan diikuti oleh penyokong UMNO.”

Beliau menulis demikian ketika mengulas senarai undian laman ini mengenai tindakan penyokong Pas membakar trak polis di ceramah Pas di Kampung Kubang Bot, Kuala Ketil, Kedah pada tahun 2002.

Hari ini, Majalah Massa yang terkenal suatu ketika dahulu telah “mati” bersama budaya politik murni yang cuba diterapkan oleh Baharom Mahusin.

Namun isu kurang ajar, biadap dan lucah yang dimulakan oleh laman-laman pro-Anwar seperti Mahazalim, Mahafiraun dan disambut oleh Mykmu.net (dulunya dikenali sebagai kmu.net.my) masih berterusan.

Yang berbeza hanyalah pemainnya. Jika dahulu ada Mykmu, Mahazalim, Tranungkite, Mahafiraun,

Sekarang kita ada Parpukari, Papagomo, Rbfonline, Medan Info Kita, Milo Suam dan lain-lain. Jika dulu paling hebat pun hanyalah video Anwar Ibrahim menari, Anwar Ibrahim menipu kononnya sakit; hari ini ‘Anwar Ibrahim’ berbogel pun sudah masuk ke dalam ruang siber.

Ini adalah budaya yang sangat kasar, biadap dan tidak bertamadun. Saya sangat-sangat tidak bersetuju dengan budaya ini. Saya percaya mykmu.net juga tidak bersetuju, kerana itulah mereka menarik balik gambar individu yang menyerupai Setiausaha Agung Pas, Dato Mustapha Ali dalam portal ini.

Namun saya juga percaya apa yang dilakukan oleh penyokong UMNO hari ini di ruang siber adalah hasil didikan budaya politik kotor Pas, DAP dan PKR sejak berpuluh tahun lalu. Budaya tuduhan seks bukan perkara baru. Para penyokong UMNO terpaksa bertindak balas terhadap tuduhan dan fitnah melampau yang dilontarkan kepada Pakatan ke atas para pemimpin kami.

Pada 1990-an DAP menuduh Ketua Menteri Melaka ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, mempunyai hubungan seks dengan gadis bawah umur. Dengan sokongan oleh orang tertentu di dalam UMNO, Utusan Malaysia telah menyiarkan berita tersebut di muka hadapan. Seterusnya tuduhan ini tersebar di seantero dunia. Siapakah yang memulakan budaya ini? DAP!

Ramai penganalisis politik percaya bahawa Anwar Ibrahim terbabit dalam komplot menjatuhkan Rahim. Tanpa Anwar yang menguasai Utusan Malaysia tidak mungkin Rahim akan diserang sedemikian rupa. Rahim terpaksa meletak jawatan, menanggung aib. Sungguhpun dihadapkan ke Mahkamah dan dibebaskan, hanya selepas Anwar Ibrahim dipecat, barulah gadis terbabit muncul menafikan tuduhan tersebut.

Ketika itu, tiada empat saksi, tiada rakaman video besi, tiada air mani; tetapi penyokong Pas memilih untuk mempercayainya. Jika kena atas kepala pemimpin UMNO, cukup sekadar kenyataan lidah yang tidak bertulang untuk mengesahkan.

Sebaliknya, apabila Anwar Ibrahim dipecat atas tuduhan liwat dan seks luar tabie pada 1998, kenyataan bersumpah mangsa yang akil baligh dan waras tidak diterima oleh mereka. Air mani yang ada di atas tilam juga tidak cukup kepada mereka. Hanya kerana Anwar berada dalam kumpulan mereka ketika itu, semuanya mesti memenuhi syarat kesaksian yang ketat.

Allah maha kuasa, pada tahun tahun 2000, Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Abu Hassan Omar dituduh mempunyai hubungan sulit dengan adik iparnya sehingga mempunyai anak luar nikah. Abu Hassan menafikan ini. Suami adik ipar Abu Hassan, seorang mualaf yang menggunakan nama Abu Hassan, juga menafikannya. Namun Pas memilih untuk terus berceramah dan menulis membelasah Abu Hassan sebagai pemimpin UMNO yang bergelumang maksiat.

Abu Hassan mengambil pendirian keluarga lebih utama daripada kerjaya politik beliau. Beliau memilih untuk tidak lagi membenarkan anak-anakynya dan anak-anak adik iparnya menjadi mangsa politik jahat dan memalukan yang dijalankan oleh Pas, Dap dan PKR ketika itu. Akhirnya beliau meletak jawatan.

Tidak pula ketika itu ketiga-tiga parti ini meminta sebarang bukti mahu pun saksi seperti mana yang dituntut oleh syariat Islam. Lihat betapa hipokritnya manusia-manusia Islam di dalam Pas dan PKR.

Kemudiannya sekitar tahun 2006, giliran Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pula menjadi mangsa. Beliau dituduh mempunyai hubungan sulit dan kemudiannya membunuh seorang gadis warga Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu.

Ketika ini Pas, PKR dan DAP sekali lagi menjadi juara menuduh dan memfitnah Perdana Menteri. Seluruh negara mereka berceramah membuat tuduhan tersebut. Sekali lagi mereka tidak memerlukan sebarang saksi mahu pun bukti untuk mengesahkan tuduhan mereka. Malah lebih teruk, Ketua Penerangan PKR ketika itu, Tian Chua telah menerbitkan sekeping gambar “superimpose” menunjukkan Najib sedang makan malam bersama Altantuya dan Razak Baginda.

Biarpun Mohd Najib telah bersumpah bahawa beliau tifdak mengenali wanita tersebut, Pas sebagai parti memperjuangkan Islam langsung tidak peduli. Politik “character assassination” tetap diutamakan tanpa mengambil peduli pesanan agama.

Kemudian pada 2008, muncul pula rakaman video hubungan sulit Datuk Seri Chua Soi Lek dengan perempuan simpanannya. Sekali lagi tiga sekawan ini (Pas, Dap dan PKR) mendesak Chua Soi Lek meletak jawatan walaupun rakaman video tersebut sangat rendah kualiti dan tidak begitu jelas. Soi Lek sebagai lelaki dengan berani mengakui rakaman tersebut adalah dirinya. Beliau meletak jawatan. Sekali lagi kerana ia terkena pemimpin Barisan Nasional, mereka tidak perlukan sebarang saksi dan bukti yang konkrit.

Mungkin kerana Allah itu maha kuasa, sekali lagi kumpulan yang berlagak holier-than-thou ini ditunjukkan jalan kebenaran. Video klip Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita bukan isterinya tersebar melalui papagomo.com. Rakaman tersebut bukan sahaja jelas malah ada saksi dalam rakaman tersebut yang mengakui orang tersebut adalah Anwar Ibrahim.

Saksi tersebut ialah Datuk Eskay, sahabat baik Anwar sendiri.

Sekali lagi kumpulan penjual agama dan moral ini menukar pendapat mereka sekelip mata. Rakaman video tidak boleh dijadikan bukti. Ia hanyalah besi.

Sekarang muncul lagi rakaman-rakaman video yang sangat menghairahkan dan lucah membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat. Apakah para jurublog (bloggers) pro-UMNO “jahat dan kotor” kerana menyiarkannya? Jika mereka ini bersalah apakah yang Pas, DAP dan PKR buat sejak berdekad yang lalu tidak salah?

Menuduh orang tanpa bukti tidak salah, tetapi bila menyiarkan kejahatan, kerakusan dan kesyaitanan pemimpin Pakatan adalah salah? Kami hanya mengikut rentak yang dipalu oleh pemimpin Islam dalam Pas dan PKR sahaja.

Mereka yang akan mengundi dalam pilihan raya akan datang tidak harus terpengaruh dengan usaha menagih simpati kononnya UMNO dan Barisan Nasional melakukan taktik kempen yang kotor dalam pilihan raya kali ini.

Hakikatnya, kami hanya belajar dari para pemimpin Pas, PKR dan DAP. Cuma kami memberi kebenaran, mereka memberi khabar angin. Para pejuang maya pro-BN hanya membalas balik apa yang pemimpin Pakatan lakukan kepada pemimpin BN sejak berdekad yang lalu. Adilkah menyalahkan Barisan Nasional atas budaya politik yang dicipta oleh Pakatan sendiri?

Jika kita mahu membersihkan pilihan raya pada masa-masa akan datang dari taktik kotor dan lucah sebegini, rakyat harus mengundi Barisan Nasional dan ‛menyahkan’ pemimpin hipokrit dalam Pakatan.

Muhasabahlah bahawa kemunculan video skandal seks terbaru membabitkan pemimpin Pakatan ini mungkin merupakan satu kifarah Allah terhadap mereka yang selama ini ‘membelasah’ moral pemimpin BN sehingga seolah-olah para pemimpin BN terutamanya UMNO ini begitu jijik, busuk dan hina dan mereka sesuci-suci manusia.

Oleh Ab Jalil Backer - MyKMU

Saturday, 13 April 2013

TUN DI PENDANG,LAUTAN MANUSIA MEMBANJIRI DATARAN PENDANG

Kehadiran Tun di dararan  Pendang menyaksikan ribuan penduduk penduduk Pendang terutama anak anak muda.apa yang lebih mengembirakan adalah kehadiran begitu ramai masyarakat keturunan Siam.

Friday, 12 April 2013

TERIMALAH KEBENARAN ITU WALAUPUN IANYA TERLALU PEDIH

 
 
 
Laksanakan hukuman HUDUD ke atas Mustapha Ali

Hukuman yang dikenakan keatas orang yang berzina. Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam al-Quran dan hadith dan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar`iyah bahwa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah, maka wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100x sebat. Firman Allah dalam Surah an-Nur ayat 2 yang bermaksud, "Penzina wanita dan penzina lelaki, hendaklah kamu dera, masing-masingnya seratus dera,"

HUKUMAN REJAM SAMPAI MATI BAGI KESALAHAN ZINA
 ( BAGI MEREKA YANG TELAH BERKAHWIN ) : 

Thursday, 11 April 2013

VIDEO DATO MUSTAFFA ALI SEDANG BERSETUBUH PULA TERSEBAR

 
 
 
 
Ringkasan Kes.
Pada 11/4/2013 jam lebih kurang 0745 hrs semasa pengadu bersama-sama KPL/S 14656 sedang menjalankan Tugas Rondaan MPV Kawasan pentadbiran Balai P...
olis Kg.Raja Besut Terengganu telah terima arahan daripada Bilik Gerakan IPD Besut untuk menjalankan pemeriksaan di Kampung Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu kerana terdapat maklumat orang awam menjumpai sampul surat yang mengandungi cakera padat berunsur lucah. Hasil pemeriksaan di hadapan pintu pagar di kawasan Perumahan Lorong Sekolah dan Lorong Hidayat Kg.Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu telah menjumpai (16) sampul surat berwarna putih dan setiap sampul mengandungi (1) keping cakera padat video gambar lucah. Kemudiannya barang kes di bawa balik ke IPD Besut Terengganu bagi tindakan lanjut.

Siasatan:
1) MO: Suspek telah mengedarkan cd video tersebut ke kawasan perumahan Kg. Alor Lintang, Kg Raja, Besut, Trg.
(2) Hasil pemeriksaan Video tersebut adalah melibatkan seorang Ahli Parti Politik Setiausaha Agung Pas, Dato' Mustaffa Ali.
(3) Video memaparkan seorang Perempuan disyaki bukan warganegara bersama (melakukan hubungan seks) dengan Dato' Mustaffa Ali. Durasi video tersebut hampir lebih kurang 11 minit 25 saat.
(4) Sebanyak (16) sampul putih, di dalam tiap-tiap sampul tersebut mempunyai (1) keping. Jumlah keseluruhan cd video adalah (16) keping.
Perkembangan lanjut akan dimaklum semula.
 
CEPAT JUMPA NIK AZIZ.....!!!! TGNA BOLEH SATTLE

MAT SABU YANG MELARIKAN DIRI KE PENDANG AKAN DIBURU PULA OLEH SEORANG 'WIRA'

 
Mat Sabu yang memilih Perlimen Pendang sebagai wakil  PAS dijangka akan ditentang oleh seorang 'WIRA' anak kelahiran Pendang.sama sama kita tunggu....!!
 

BABI PUN SANGGUP MAKAN...WA TABIK SAMA LU LA



 
  1. Kerana mulut, badan binasa begitulah nasib PAS. Kini ayam tambatan mereka nampaknya makan tuan. Bila dah terlalu banyak bercakap maka banyaklah silapnya. Mat Sabu kini tersandung tatkala ghairah mengejar populariti al-maklumlah Timbalan Presiden.
  2. Keceluparan beliau kini mengundang padah. Karpal Singh pun dah naik mual dengannya. Apa tidaknya, bagi Karpal, beliau tidak mahu DAP dianggap sebagai komunis atau dikaitkan dengan gerakan dan ideologi tersebut. Demi kejayaan DAP pada PRU13, undi Melayu, Cina dan India adalah penting dan tidak hanya menumpu kepada undi satu kaum sahaja.
  3. Bagi Karpal, kenyataan yang dibuat Mat Sabu seolah-olah DAP itu komunis! Sebab itulah Mat Sabu terpaksa menyokong tindakan serangan komunis di Bukit Kepong sebagai HERO dan pasukan keselamatan sebagai pengkhianat negara.
  4. Kini Karpal mula mencongak-congak hubungan mereka bersama PAS dalam PR, apakah menguntungkan atau tidak?
  5. Transformasi PAS nampaknya lebih merosakkan dari membawa kebaikkan. Timbalan Presiden yang dilihat mampu mengepalai jentera "perang" PAS bagi PRU13, ibarat duri dalam daging. Tapi apa pun itu semua pilihan ahli PAS. Mereka seharusnya yang patut dipertanggungjawabkan!
  6. Pemimpin dan ulamak PAS nampaknya terdiam kaku! Nak lepas diri macam mana dalam dunia serba canggih ini. Nak mengaku salah tak gamak - sebab statuts mereka ulamak, tak mengaku tak boleh sebab satu Malaya dah tengok video Mat Sabu !
  7. Itulah kalau dah banyak sangat Mulut, bercakap sampai tak ketahuan kalu. Rasullullah SAW dah ajar kita supaya jangan banyak sangat bercakap nanti kalau silap atau salah susah jadinya. Tapi kalau dah perangai serupa Yahudi mabuk apa boleh buat akhirnya yang menjadi masalahnya PAS sendiri dek kerana mulut Mat Sabu.

MAT SABU BIKIN PAS BUSUK DI PENDANG

Azlas dan Minah

“Saya sangat sedih dan tidak sangka sama sekali dia (Mat Sabu) sanggup berkata demikian (mengangkat komunis sebagai hero). Saya tak akan maafkan dia. Jangan datang jumpa kami di sini, kami tak mahu dan saya benci dia.

Sumber : Utusan Malaysia

  1. Demikianlah luahan hati dan perasaan ahli keluarga anggota keselamatan yang dibunuh kejam oleh komunis - geng Mat Indera, tokoh pujaan Mat Sabu.
  2. Cerita Mat Indera ini adalah kes yang cukup terpencil kalau nak dibandingkan dengan banyak lagi tokoh-tokoh hebat yang berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanahair seperti Tok Gajah, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Onn Jaafar, Kanang Anak Langkau, Leftenan Adnan dan Sarjan Hassan. Jadi apalah sangat yang nak dibanggakan dengan orang yang sanggup membunuh bangsanya sendiri.
  3. Pembunuhan ngeri anggota polis dan beberapa orang homeguard di Bukit Kepong jelas tidak memperlihatkan kehebatan Mat Indera tetapi lebih kepada kekejaman gerakan komunis di Tanah Melayu.
  4. Kalaulah sungguh nak merdekakan Tanah Melayu, kenapa selepas merdeka pun mereka masih meneruskan pemberontakan menentang kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu? Sepatutnya mereka meletakkan senjata serta merta selepas detik 31 Ogos 1957!
  5. Jadi apa sebenarnya mesej yang cuba Mat Sabu sampaikan, PAS sudah menerima Komunis?
  6. Mungkin juga ini antara sebabnya PAS semakin menjauhi perjuangan Islamnya, tiada lagi Negara Islam, Tiada lagi Hudud, Kalimah Allah dah tidak mereka heran, Isu murtad mereka diamkam, Isu aurad dalam Masjid diremeh dan Nabi Muhammad SAW adalah sama sahaja dengan manusia biasa lainnya!??
  7. Nampaknya godaan kuasa politik tak mampu ditahan oleh pemimpin PAS sehingga agama dikesampingkan.
  8. Kalau dah duduk sekandang dengan kambing, akhirnya kita pun berbau macam kambing. Kalau dah taksub sangat dengan puak-puak kafir harbi DAP, dikhuatiri Islam pun dianaktiri, bangsa dah tak dipeduli. Akhirnya PAS dibenci bangsa sendiri!