Tuesday, 19 March 2013
@pendang_APJr : Asal Usul Pendang Kedah
SEJARAH LATAR BELAKANG
PENDANG
Nama ‘Pendang’ dikatakan berasal daripada
nama ‘Pendiat’ yang bermakna parit atau lubang yang digali khas untuk
menangkap dan menjinakkan gajah. Gajah-gajah yang telah dijinakkan dimandikan di
telaga sejarah yang terdapat berhampiran Balai Polis Daerah Pendang. Menurut
sejarah, telaga ini adalah telaga asal dan tidak pernah kering walaupun di musim
kemarau panjang. Anak-anak gajah dipelihara di sebuah kampung yang bernama
Kubang Anak Gajah dan gajah-gajah yang mati pula akan ditanam di satu tempat
bernama Kampung Gajah Mati.
Pada zaman tersebut, Pendang adalah tempat
pembiakan gajah yang terbesar dan terkenal di Negeri Kedah selain dari Mukim
Naga di Daerah Kubang Pasu. Gajah menjadi kenderaan utama pada masa itu terutama
sebagai kenderaan darat untuk menghantar ‘ufti’ ( Bunga Emas ) ke Negeri Siam.
Pendang merupakan sebuah daerah dalam Negeri Kedah Darul Aman yang diwartakan
pada 1 Februari 1975 dan disempadani oleh Daerah Kota Setar di bahagian Utara,
Daerah Yan di Barat, Daerah Padang Terap dan Sik di sebelah Timur dan Daerah
Kuala Muda di bahagian selatan. Keluasan bagi Daerah Pendang ialah 62,929 hektar
atau 629.29 kilometer persegi dan terbahagi kepada lapan mukim iaitu Mukim
Tobiar, Mukim Padang Pusing, Mukim Guar Kepayang, Mukim Padang Peliang, Mukim
Rambai, Mukim Bukit Raya, Mukim Padang Kerbau dan Mukim Air Puteh.
Sebanyak 27,639 hektar tanah di Daerah Pendang
digunakan untuk tanaman getah manakala 18,462 hektar tanah digunakan untuk
tanaman padi. Antara tanaman yang semakin pesat diusahakan di Daerah Pendang
ialah rambutan, durian, cempedak, mangga, dokong, limau bali, nangka dan
manggis. Sektor perniagaan yang terdapat di Daerah Pendang dibahagikan kepada
dua kategori iaitu perniagaan formal (barang runcit dan perkhidmatan) dan
perniagaan tidak formal (gerai dan penjaja). Aktiviti perniagaan di Daerah
Pendang tertumpu pada kawasan penempatan utama seperti Pekan Pendang, Tanah
Merah, Tokai, Kubur Panjang, Bukit Jenun, Kilang Kechik, Kokbah dan Kampung
Baru.
Daerah Pendang tidak mempunyai kawasan khusus
untuk industri. Sektor perindustrian adalah berselerak di merata tempat.
Industri di Daerah Pendang banyak tertumpu kepada hasil pertanian seperti kilang
beras dan getah. 68 peratus kilang di daerah Pendang dimiliki oleh kaum Cina
yang terlibat dalam semua jenis kilang. Melayu memiliki 26 peratus jumlah kilang
di Daerah Pendang, hampir semuanya terlibat dalam industri makanan. Kaum-kaum
lain memiliki kurang dari lima peratus.
Daerah Pendang mempunyai 32 buah Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (tiga buah) , Sekolah Rendah
Jenis Kebangsaan Tamil (sebuah), Sekolah Menengah Agama Rakyat (dua buah) dan
Sekolah Menengah (9 buah). Keseluruhannya, pelajar sekolah rendah seramai 13,994
orang dengan tenaga pengajar seramai 740 orang dan jumlah kelas sebanyak 240
buah.SUMBER DIPETIK DARI aktivispendangjr.blogspot.com
terima kasih sangat membantu
ReplyDelete