Sunday, 28 April 2013

SUDAH KELUAR BUKAN SEMINIT...MESTI TENGOK...!! 14 MINIT AKSI NURUL IZZAH DIBALUN


Tapi korang tonton sendiri la video dibawah ni. Bukan seminit dua Si Nurul Izzah tu kena balun. Tapi 14minit lebih beb!!!

Kalau sebelum ni, dia lantang sangat nak bercerita buruk pasal orang lain. Bila kena batang hidung dia sendiri, tau pulak dia tak mampu nak jawab.
 
 

Dok ulang cerita sama pasal hal orang, apa barang!!! Jelaskan dulu pasal harta milik keluarga dia. Jangan dok sibuk nak jaga harta orang lain pulak kerjanya!!!

Dulu dia jugak yang cetuskan kontroversi mengenai isu Kebebasan Beragama dikalangan orang Melayu. Tapi lepas tu ada dia buat penjelasan? Ada dia mintak maaf?

Tak de beb!!! Dia hanya sekadar alih isu dan tuduh pulak orang lain ada kes rasuah dan sebagainya. Tuduh pulak tanpa sebarang bukti yang kukuh. Sekarang, jangan marah la bila orang selak kain dia satu persatu!!!
 
Kebajikan pendududk langsung tak dihirau asyik berceramah mengutuk menghina semua yang orang lain buat tak betul sampai masa akhirnya Nurul Izah dihalau macam sampah.inilah akkibatnya kalau hati dibiarkan bernanah dan membusuk.
 

Tuesday, 23 April 2013

RENUNGAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA YANG MEMIHAK KEPADA DAP

 
soalan cepu cemas yg sering ditanyakan oleh puak pakatan

  1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
 
Seluruh ahli Parlimen Perikatan(BN), Pas, Gerakan DAP, Parti sabah sarawak bersetuju sebulat suara 120-0 MEMECAT keanggotaan Singapura drp M'sia...

PAP, bapa kepada parti DAP di Malaysia pada hari ini (sahabat baik parti yang dijunjung macam tuhan oleh usta...
z) telah melakukan beberapa perkara yang membuatkan Malaysia huru-hara pada waktu itu. PAP pada waktu itu begitu lantangnya MEMPERTIKAIKAN HAK KEISTIMEWAAN BANGSA MELAYU sehingga berlakunya beberapa pergaduhan kaum.

Malaysia dijangka akan terjerumus dalam perang kaum yang lebih besar daripada 13 Mei sekiranya Singapura terus berada di dalam Malaysia. Dengan air mata yang menitik, Tunku terpaksa mengambil keputusan untuk melepaskan Singapura dari Malaysia. Namun, DAP yang CUKUP DICINTAI SEPENUH HATI oleh puak pakatan menyambung legasi PAP di Malaysia dan meneruskan kerja jahat mereka sehingga kemuncaknya pada 13 Mei, apabila Melayu dan cina bergaduh besar.

soalan yang ditanyakan seolah-olah cuba dan seperti MENUDUH BAHAWA UMNO dengan GIGI yang tersenyum simpul MENGHALALKAN dan SENANG HATI memberi Singapura kepada Lee Kuan Yew. :p

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?

Soalan ini harus dibetulkan sikit. Apakah benar tanah tinggi Genting Highland itu merupakan tanah Melayu? Kita kena buka kembali sejarah Melayu untuk bercakap mengenainya. Dalam Malay Dilemma, tulisan Tun Dr Mahathir ada mengatakan bahawa orang Melayu tidak berminat dengan tanah tinggi dan berebut tanah rendah pada zaman dahulu. Antara sebab tanah tinggi tidak dipandang oleh orang Melayu adalah kerana sukar untuk mendapatkan sumber air selain tidak dapat diusahakan dan tidak mendatangkan hasil.

Sekarang, saya mahu bertanya, kalau benar bahawa tanah genting itu milik orang Melayu, siapakah nama pemilik dan puak pakatan yang DIJANJIKAN SYURGA pasti memiliki dokumen-dokumen tertentu, mungkin boleh didedahkan kepada umum mengenainya. Kemudian, dedahkan juga kepada umum dokumen pajakan 999 tahun yang didakwa.

Mengenai lubuk judi, Lubuk judi yang dikatakan itu juga merupakan tempat kepada TAMAN TEMA NOMBOR SATU DI MALAYSIA. Jangan jadi hipokrit, kalau tidak puak pakatan, banyak lagi penyokong PAS yang telah membawa anak-anak mereka bermain di atas sana.

Dan lubuk judi yang puak pakatan cakapkan DIKHASKAN untuk ORANG YANG BUKAN ISLAM dan ORANG ISLAM ADALAH DILARANG SAMA SEKALI untuk memasukinya. Dan pusat judi itu hanya untuk orang yang bukan ISLAM. Jangan nafikan hak mereka yang bukan ISLAM…

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?

Saya tak pasti dari mana puak pakatan mendapat info ini, yang pasti, mereka sudah menyebarkan satu berita maka tanpa sebarang bukti, benda itu boleh dijadikan fitnah. Menurut apa yang saya tahu, BN sebenarnya telah meningkatkan lagi pemilikan ekuiti bumiputera dalam ekonomi.

Kenapa saya bercakap sebegitu? Mari kita bermain dengan statistik sikit. Pada tahun 1970, pemilikan ekonomi oleh kaum bumiputera hanyalah 2.5 peratus. Namun, di hujung perlaksanaan DEB, satu dasar untuk membantu orang Melayu, maka kita dapat melihat jumlah yang sekecil 2.5 peratus menjadi lebih daripada 20 peratus, iaitu 20.3 peratus.

Saya tertanya-tanya, kalaulah pada tahun 1970 pun pemilikan orang Melayu hanyalah 2.5 peratus dalam ekonomi, bagaimana pula dakwaan puak pakatan mengenai saham orang Melayu sejak merdeka mempunyai jumlah 50 billion?

4. 4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?

Soalan ini agak umum sebenarnya. Atas sebab apa tanah rezab melayu menyusut. Apakah dengan keterpaksaan tanah rizab melayu itu merosot? Apakah sikap orang Melayu itu sendiri yang tamak haloba akan wang ringgit, maka terus dijual tanah itu apabila mendapat tawaran daripada mana-mana pihak.

Juga kita harus lihat penyusutan tanah rizab Melayu atas tujuan apa? Mungkin pembanggunan. Dan setiap tanah orang Melayu yang dibeli oleh kerajaan untuk projek pembanggunan terutamanya PLUS yang memasuki tanah-tanah kampung akan diberi pampasan.

5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?

Kita pasti pernah mengikuti bukan proses bagaimana Malaysia mempertahankan Pulau Batu Putih habis-habisan? Tak pernah? Saya faham. Biar saya terangkan sikit. Malaysia bukan bagi terus pulau Batu Putih tu macam bagi gula-gula kat budak-budak.

Ini ialah soal undang-undang di mana Singapura telah membawa isu tuntutan Pulau Batu Putih ke ICJ. Kita telah lawan mereka dengan kemukakan dokumen-dokumen sejarah tetapi tidak cukup kuat. Kita kena buka sejarah balik. Kenapa dokumen kita tidak cukup kuat?

pernah dengar insiden sebuah kapal British yang membawa dokumen-dokumen sejarah Melayu dari tanah ini sehinggakan anak Melayu tidak mengenali apa itu Srivijaya, Langkasuka, Gangga Negara karam di Laut Cina Selatan? Ya, saya pasti mereka tak pernah dengar. Masakan mereka boleh mempersoalkan soalan seperti nombor 1.

Akhir sekali, Pulau Batu Putih menjadi milik mereka kerana Singapura mempunyai surat yang ditulis dan ditandatangan oleh Sultan Johor bahawa Pulau Batu Putih diserahkan pada Singapura.

6. Siapakah yang mengenakan caj melebihi pinjaman untuk para pelajar yang mngambil PTPTN?

Bukankah sekarang sudah ada penambahbaikkan dalam pinjaman PTPTN? Pernah dengar konsep ujrah yang diperkenalkan oleh PTPTN? Ujrah yang dimaksudkan ialah bayaran upah untuk para pekerja yang menguruskan pinjaman, kos memberi pinjaman sebaliknya.

Kaedah baru pembiayaan pendidikan dengan pengenaan ‘Ujrah' atau upah sebanyak 1% setahun atas kadar rata (flat rate) adalah bagi menggantikan kaedah pinjaman sedia ada yang mengenakan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan (reducing balance).

7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?

Kelantan. Kenapa? Ehh sekejap. Kena tengok dulu statistik bangsa lain di negeri Kelantan. Seberapa banyak jumlah orang bukan Melayu di sana. 95 % merupakan orang Melayu manakala 3.8 % merupakan orang cina sahaja. India pula hanya 0.3 peratus. Jadi… saya mahu bertanya. puak pakatan tak tengok statistik ke? Atau bermain dengan persepsi sahaja? Tiada apa yang boleh dibanggakan pun mengenai kerajaan KELANTAN yang ditadbir oleh PAS.

8. 8. Siapa yg menolak hukum HUDUD selama ini ?

JAKIM ialah badan yang ditugaskan oleh kerajaan untuk menjalankan dan menguruskan segala aktiviti berkaitan dengan agama Islam. Jika dirujuk jawapan JAKIM ketika ditanyakan mengenai perlaksanaan Hudud di Malaysia. Di bawah ialah jawapannya.

“Sebagai seorang Islam adalah berkewajiban untuk mengimani hukum Islam, ibadat, munakahat, muamalat dan ta'zir serta hudud. Sesiapa yang tidak mengimaninya adalah tergelincir akidahnya. Kerajaan kita sedang melaksanakan hukum-hukum syarak secara berperingkat-peringkat. Undang-undang Keluarga Islam, enakmen Jenayah Siasah Syar'iah dan llain-lain seperti bank Islam, Universiti Islam adalah contoh seriusnya kerajaan menjalankan Islam secara berperingkat. Kerajaan berkali-kali mengatakan tidak menolak hudud dan kita sedang berfikir bagaimana carauntuk melaksanakannya. Negara Malaysia sedang berusaha melaksanakan ciri-ciri sebagai sebuah Negara Islam.”

9. Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?

Saya nak tanya, tahu tak kenapa IPP ni dibuat? IPP ni dibuat kerana ketika negara ke arah sebuah negara industri, kita memerlukan 'reserve energy' yang tinggi untuk kilang dan industri yang ada. Subsidi kepada IPP ini tidak jelas kerana menurut pengetahuan saya dan pembacaan saya subsidi IPP ini sama dengan subsidi kepada TNB dan pembahagian IPP juga adil kepada wakil setiap kaum utama dalam Malaysia.

10. Siapakah pemimpin yg kerap dilihat mengimarahkan program2 maksiat malah menjemput artis2 yang mengadakan tarian2 munkar, lps tu mngatakan ia sponsor dari sykt korporat kroni, bila di periksa sykt tu takde acc yg active pulak tu ?

Siapakah yang menjemput artis untuk menari tarian K-Pop di Bertam? Siapakah yang ditangkap basah pukul 3 pagi dengan isteri orang kemudian beralasankan memberi kaunseling dalam bilik hotel? Siapakah yang ditangkap basah dengan isteri orang, kemudian menyalahkan UMNO. Kemudian, kahwin juga akhirnya dengan orang yang ditangkap basah itu?

Kenapa tak tanya siapakah yang telah membina masjid di Malaysia? Kenapa tak tanya siapakah yang telah berjuang untuk saudara sesama Islam di Palestine. Bosnia dan Afghanistan? Kenapa tak tanya siapakah yang telah mendirikan Mahad Tahfiz di Malaysia? Yang telah mendirikan banyak sekolah agama? Kenapa?

Monday, 22 April 2013

BENAR TAPI PELIK



Mana ada dalam sejarah Malaysia pemimpin yang dinobatkan sebagai calon PM bekas banduan ?

Mana ada dalam sejarah Malaysia seorang calon PM pengamal homoseks ?

Mana ada dalam sejarah Malaysia parti politik yang suaminya ketua umum, isterinya presiden dan anaknya naib presiden ?

Mana ada dalam sejarah Malays...
ia seorang calon PM yang anunya berjuntai-junta-i dan boleh dilihat seluruh dunia ?

Mana ada dalam sejarah Malaysia seorang calon PM yang tidak boleh menjawab soalan mudah yang hanya perlu dijawab ya atau tidak dia seorang homoseks atau biseks ?

Mana ada dalam sejarah Malaysia seorang ahli parlimen ada setiausaha politik melainkan ahli parlimen PKR?

Mana ada dalam sejarah Malaysia seorang ketua pembangkang yang tiada kerajaan boleh membentangkan bajet ?

Nak Lagi ??

Mana ada dalam sejarah Malaysia seorang pemimpin parti islam sanggup gadaikan kalimah Allah ?


Mana ada dalam sejarah Malaysia orang islam pecat jawatan seorang pemimpin islam kerana menghalang orang islam daripada murtad ?

Mana ada dalam sejarah Malaysia seorang yang mengaku ulama boleh menyumpah seranah orang sesuka hati celaka....celak-a....celaka....- ?

Mana ada dalam sejarah Malaysia seorang yang mengaku ulama pewaris Nabi bersekongkol dengan peliwat?

Sedangkan seseorang peliwat itu Nabi tak mengaku umat ?

Mana ada dalam sejarah Malaysia seseorang pemimpin atau MB yang nak sambut hari jadinya bawa kek sendiri pergi rumah orang ?

SAMPAI MASA ANWAR TERPAKSA JUA LEPASKAN PERMATANG PAUH


Dr Mazlan, 53, adalah anak tempatan, kelahiran Kubang Ulu, Penanti, dia memang terkenal di kalangan penyokong pembangkang di kawasan itu selama ini, berikutan tugasnya sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Pulau Pinang untuk PRU ke 10 dan 11

Beliau melihat Anwar dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai pemimpin ‘touch n go,’ iaitu sekadar bertanding untuk menang dan selepas itu balik ke Kuala Lumpur dengan hanya sekali sekala pulang ke kawasan

“Jika sekali lagi orang Permatang Pauh bagi undi kepada beliau, tak mustahil beliau akan jadi pemimpin ‘smart tag’ pula, lalu (bertanding) saja, tak payah buka tingkap pun (khidmat kepada rakyat) sebab tahu buat apa nak bagi kerana akhirnya rakyat sokong juga,” katanya.

“Saya ada di sini (Permatang Pauh), tinggal dan akan mati juga di sini. Saya tak ada pilihan, melainkan berkhidmat kepada rakyat yang semua mereka terdiri daripada ahli keluarga, adik-beradik dan rakan,” katanya.

LIHAT SINI

Sunday, 21 April 2013

APA STRATEGI DAP ,BERTANDING DI BAWAH LOGO PAS?



Ini satu lagi sejarah dalam politik tanahair… bila ROKET sudah naik keBULAN dan BULAN pula sanggup jadi kuda tunggangan. Inilah intergriti sebuah parti yang mempunyai masalah dalaman yang sehingga kini tidak peduli untuk menyelesaikannya.

Permainan silap mata terhebat abad ini untuk membeli undi Melayu dan meraih sokongan Cina. BULAN sanggup dipergunakan demi impian politik walaupun tergadai agama. Tapi yang teramat sedih apabila Melayu BULAN sanggup dicemari ROKET yang pasti tidak menyokong Islam.
Melayu sebegini berangan² untuk naik keBULAN melalui ROKET. Apakah ini satu lagi sandiwara politik terbesar melenium ini?

KENAPA ANWAR INGIN MENJADI PERDANA MENTERI?

 
Dato' Seri Anwar Ibrahim didakwa pernah menyimpan wang kertas RM500 dan RM1000 yang bernilai RM10 billion di luar negara sehinggalah taraf sah laku kedua-dua wang kertas tersebut ditarik balik pada tahun 1999.

Mengikut sumber daripada Utusan Malaysia, sebanyak 177,077 wang kertas RM500 dan RM1,000 yang bernilai RM101 juta masih tidak dapat dikesan daripada pasaran sehingga 30 Januari 2011.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, daripada jumlah itu, 150,259 keping atau 92.4 peratus adalah wang kertas RM500 yang bernilai RM75 juta, manakala 26,818 keping atau 99.4 peratus ialah wang kertas RM1,000 bernilai RM26 juta.
...

Wang kertas ini (RM500 dan RM1,000) ini telah dinyahlakukan berkuat kuasa 1 Julai 1999, maknanya selepas daripada tarikh itu wang kertas tersebut tidak lagi bernilai. Tiada juga cetakan dibuat sejak tahun berkenaan.

Walaupun wang kertas RM500 dan RM1000 tidak lagi bernilai dan taraf sah lakunya ditarik balik, anda masih lagi boleh menukar wang kertas tersebut di mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia atau menjualnya kepada pengumpul matawang lama.

Inilah satu pekara yang rakyat Malaysia lupa bahawa wang note RM500 dan RM1000 berjumlah 101 juta berada didalam simpanan Anwar Ibrahim. Kerana itu apabila Tun Mahathir memecat Anwar Ibrahim dari jawatan Menteri Keewangan pada tahun 1999 mata wang tersebut terus dibekukan penggunaanya dan pengeluarannya.

Orang muda yang ada hari ini mungkin tidak tahu pekara ini apatah lagi pernah melihat mata wang note RM500 dan RM1000. Tetapi kepada mereka yang lebih berumur pasti pernah melihat malah memegang wang tersebut.

Sebab itu Anwar Ibrahim meroyan sampai sekarang nak jadi Perdana Menteri kerana apabila beliau berkuasa kelak percayalah penggunaan mata wang RM500 dan RM1000 akan digunakan semula bagi memberikan lesen buat Anwar Ibrahim membawa kembali wang bernilai jutaan ringgit tersebut yang telah dirompak oleh beliau sewaktu menjawat jawatan Menteri Keewangan.

Apakah rakyat Malaysia mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Najib Razak? Fikir dengan bijak, jangan jadi bodoh!

SUMBER : PAPAGOMO

 

Saturday, 20 April 2013

THE GIANT KILLER P11 PENDANG

 
 
 
 
 
 
 
 


SEKALI LAGI AUTA BANG NON DAN CIKGUBARD

 

Inilah gambar dua saksi video yang didakwa mirip kepada Anwar Ibrahim yang dikatakan ditangkap di sempadan Malaysia-Thailand semalam. Lelaki yang berbaju biru tu adalah Sekretariat Pakatan iaitu Sabrimi Sidek.

Gua difahamkan oleh sumber pihak berkuasa, sebenarnya tiada langsung tangkapan yang dibuat di Balai Polis Bukit Kayu Hitam. Anwar dikatakan sengaja mencipta skrip untuk memburukkan imej Polis yang kononnya mahu menghalang saksi terbabit ditampilkan kepada rakyat.

Ini semua adalah satu lagi sandiwara Anwar serta Chegu Bard yang sengaja direka untuk membersihkan nama Anwar menjelang hari mengundi bagi PRU13 di Permatang Pauh tak lama lagi..

Didalam ceramah di perkarangan Madrasah An-Nadhoh Kubang Semang semalam, Anwar secara terang-terangan menuduh Polis bersekongkol dengan kerajaan untuk menutup bukti kononnya ada pelakon mirip Anwar..

Anwar juga menampilkan rakaman perbualan telefon yang kononnya dibuat semasa saksi mirip Anwar tersebut ditangkap di Bukit Kayu Hitam. Ternyata semua penyokong Anwar ditipu hidup-hidup kerana rakaman tersebut hanyalah helah semata-mata..

Anwar sekarang memang terdesak untuk mencari simpati rakyat khususnya di Permatang Pauh ni beb.. Ceramah semalam pun tak ramai yang datang.. Gua rasa ada la lebih kurang 600 orang je yang hadir..


Kalau macam ni punya keadaan.., rasanya Anwar boleh lari malam beb.. Tak pun.., lepas ni dia tuduh pulak Najib nak bunuh dia.. Korang bukan tak tahu perangai munafik Anwar tu kann... Dia tu memang macam-macam... Cehh!!!
 

CIKGUBARD SEHANDAL RAFIZI BERTUNGKUS LUMUS MENIPU RAKYAT BAGI MENYELAMATKAN BOSNYA



Malam tadi di program Solat Hajat & pendedahan lelaki Klon Anwar dekat Penanti oleh SAMM ternyata satu pembohongan besar .

Chegubard selaku kepala penipu mendakwa Shabrimie Sidek ditahan polis bersama dua saksi yang terlibat menerbitkan video fitnah lucah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam






Calon Dewan Undangan Negeri N21 Sg Acheh, Pulau Pinang, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard memaklumkan sebentar tadi, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam.
"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard.

Menurut Chegu Bard lagi, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di Madrasah An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan video tersebut.

Walhal , info yang GPB terima oleh hadirin yang hadir berkata sebenarnya Chegubard telah menipu semua orang. Dia siap membuat tayangan suara dengan satu panggilan telefon yang dirakamkan di waktu petang .

Sebenarnya tak ada pun pelakon lelaki mirip Anwar tapi hanya rekaan fitnah PKR untuk pencacai2 nya .
[SUMBER DISINI]